KENALI GUARDIAN BUNNY TWIN POM POM DAN BUN NEE

KENALI GUARDIAN BUNNY TWIN POM POM DAN BUN NEE

Ruby
0
KENALI GUARDIAN BUNNY TWIN POM POM DAN BUN NEE | Assalammualaikum semua. Selepas seronok shopping Mix & Match di Guardian. Korang kena tahu bahawa Guardian ada ikon kembar Arnab yang sangat comel. Kenapa Arnab? 

Ini kerana ia bersempena dengan Tahun Baru Lunar iaitu pada tahun ini adalah zodiak Arnab dan signifikasi dengan produk Guardian Brand yang telah berada di pasaran. Korang dah cuba produk dari Guardian Brand? 

Cubalah Guardian Brand, sebab lebih banyak penjimatan. Ruby selalu restock hand wash, hand sanitiser, body wash, berus gigi, tisu, kapas,  barangan untuk pakai mekap, pencuci mekap dan lain-lain.

KENALI GUARDIAN BUNNY TWIN POM POM DAN BUN NEE



Kebetulan tahun ini adalah tahun lunar Tahun Arnab, Guardian turut memperkenalkan karakter digital, Guardian Bunny Twin baharu yang dikenali sebagai Pom Pom dan Bun Nee.

Angela Teo berkata: “Mereka akan menjadi Bunny pertama daripada banyak lagi arnab yang akan muncul dari Bunnyville Guardian dan kedua-duanya akan berinteraksi dengan pelanggan secara maya sebagai duta jenama Guardian yang berkhidmat untuk memenuhi keperluan kesihatan dan kecantikan pelanggan kami.

“Pom Pom, arnab yang lebih tua bersifat Mendidik, Bermaklumat dan Prihatin manakala kembarnya yang lebih muda, Bun Nee, gemar Bermain dan Cerdik. Jadi ikuti ruang digital kami untuk kelahiran lebih banyak Bunny Guardian dari Bunnyville tidak lama lagi!!”

Penjagaan diri sangat penting buat kita semua. Jika ingin diri sendiri bersih dan kemas. Kita perlu menjaga kebersihan dan kekemasan seisi rumah. Suami dan anak-anak. Ibu bapa dan adik beradik. Apabila semua tahu tanggunjawab menjaga diri, pasti kita akan bahagia dengan peranan yang mereka lakukan tanpa di suruh pada masa akan datang.

Sebagai ibu, Ruby lah yang menentukan stok penjagaan diri dan rumah. Ruby akan kira stok dan kekerapan penggunaan. Semua ada di dalam kepala. Jika habis mandian kanak-kanak Guardian. Anak-anak akan bagi tahu Ruby dan Ruby akan ambil di ruang storan. Hassle free. Hehe. 

Itu sebabnya rangkaian produk Guardian Brand akan memastikan kehidupan kita kelihatan baik. Rangkaian produk Guadian Brand terdiri daripada Pencuci Muka, Facial Scrub, Facial Wipes & Makeup Remover. Semua produk diuji secara dermatologi dan terbukti bebas daripada alkohol, pewarna, minyak mineral & paraben.

Ia mengandungi Asid Hyaluronik & Vitamin B3 yang membantu meningkatkan penghidratan kulit dan menguatkan fungsi penghalang kulit. Mekap Remover Guardian bebas pewangi serta bebas alkohol supaya ia tidak merengsakan kulit kita. 

Berbelanja di Guardian sekarang kerana ada Mix & Match dan 60% diskaun. Best kan?

إرسال تعليق

0تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !