EMP KUALA LUMPUR MENAWARKAN HIDANGAN MAKAN TENGAHARI AUTENTIK MASAKAN CINA

EMP KUALA LUMPUR MENAWARKAN HIDANGAN MAKAN TENGAHARI AUTENTIK MASAKAN CINA

Ruby
8
EMP KUALA LUMPUR MENAWARKAN HIDANGAN MAKAN TENGAHARI AUTENTIK MASAKAN CINA | Assalamualaikum semua! Baru-baru ini Ruby sekeluarga makan tengahari di Restoran EMP KL yang disyorkan oleh kawan-kawan. Mereka buat gathering dan Ruby tengok ehh cantiknya dekorasi restoran dan sangat privasi. Jadi, kami pun buat tempahan untuk makan tengahari pada 25 Disember yang lalu. 

Buat anda yang menggemari masakan cina. Inilah lokasi yang wajib anda cuba iaitu di EMP Kuala Lumpur  atau lebih dikenali sebagai EMP KL. Terletak di tingkat 1, The Westin Hotel Kuala Lumpur. Lokasi yang tenang dan mudah di akses dari parking dan lobi hotel.

Menyediakan hidangan autentik masakan cina dari bahan-bahan segar dan berkualiti. Restoran ini dalam kategori Pork Free. Pensijilan Halal tidak dapat disediakan kerana restoran ini menyediakan minuman beralkohol. Namun, jangan khuatir kerana kesemua bahan masakan basah dan kering dari pembekal makanan yang diiktiraf HALAL.

EMP KUALA LUMPUR MENAWARKAN HIDANGAN MAKAN TENGAHARI AUTENTIK MASAKAN CINA


EMP KL menawarkan pemandangan yang indah, dari luar dan dalam restoran. Masuk sahaja ke dalam restoran yang luas ini, anda akan mendapat tempat duduk kontemporari yang selesa di sebelah dapur terbuka, di mana chef EMP KL boleh dilihat sedang menumis, mereneh dan memasak dengan aksi berapi-api. 

Anak-anak seronok dapat tengok. Tetapi perlu berhati-hati sebab uncle dan aunty hantar dulang makanan masakan panas bergerak laju. Jangan sesekali mengganggu kerja mereka. Itu pesanan Ruby kepada anak-anak.

Tingkap-tingkap yang lebar di dalam EMP KL memasukkan banyak cahaya matahari semula jadi, menawarkan pemandangan di tingkat pertama menghadap ke Jalan Bukit Bintang ini lebih tenang. Namun, apabila anda lihat di jalan raya, anda dapat lihat kesibukan Pavilion Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya.

MENU MAKAN TENGAHARI SEISI KELUARGA DI EMP KL

Menu makanan tengahari kami hari ini lebih kepada masakan berasaskan makanan laut dan berlauk sahaja. Kami tidak memilih nasi atau mee. Apabila makan begini, isi kandungan dan gabungan bahan-bahan segar jelas terasa.  

Pembuka selera sambil menunggu hidangan tiba. Kacang! Makan kacang dulu. Hanya di restoran masakan cina sahaja memberi kudapan sebelum semua menu yang kita pesan tiba.

CHILLED ICE PLANT WITH YUZZ DRESSINGS RM 25


Saat salad ini hadir, kami skeptikal kerana tidak nampak sebarang sos. Tetapi, setiap suapan. Setiap kunyahan. Percikan rasa limau di dalam mulut memenuhi gastronomi pembuka selera kami. Rasa yang manis dan sedikit rasa masam di hujungnya. Sedapnya! Bagaimana ini terjadi? Tidak sangka makan salad boleh sesedap itu. Segar, citrus dan menyihatkan.

CRISPY KING PRAWNS WITH WASABI MAYO RM 48


Umumnya King Prawns lebih besar daripada Udang Harimau, King Prawns adalah udang yang paling popular di Australia. Udang ini mempunyai daging yang segar, sederhana padat dan rasa yang kaya. Hujung ekor King Prawns berwarna biru terang apabila mentah. Dari ciri itu ia dikenali sebagai King Prawns. 

EMP KL sangat kreatif menyediakan hidangan King Prawns dalam kerangupan bersama sedikit Ebikko dan Wasabi Mayo. Kehangatan Wasabi dapat dirasai lagi di bahagian akhir kunyahan. Nyummsss!

DOUBLE BOILED FISH BONE SOUP WITH DRIED SEAFOOD RM 48

Air rebusan ikan tidaklah hanyir seperti yang anda fikirkan. Rasanya agak halus, manis semulajadi, dan kaya dengan umami. Sup putih ini adalah gabungan di antara tulang ikan, daun bawang dan halia. Apabila siap direbus, EMP KL menyediakannya bersama makana laut kering iaitu sotong putih kering. Selain itu, ada biji Goji dan Cendawan. Menyegarkan apabila dinimati semasa musim hujan di KL. Menyihatkan badan dengan kolagen semulajadi.

SIGNATURE CRISPY LONDON DUCK RM 188


Itik panggang yang sedap dan halal memang sukar untuk kita dapat. Kulit mestilah rangup, isi pula mestilah lembut. Cicah pula bersama sos soya manis. Hidangan ini dipanggang dengan teknik dan resipi rahsia agar itik tidak berbau. Gabungan perapan yang seimbang memberi nikmat setiap suapan.

GIANT RIVER PRAWNS CHEE CHEONG FUN RM 78 

Macrobrachium rosenbergii, juga dikenali sebagai Giant River Prawns atau udang air tawar gergasi, ialah spesies udang air tawar palaemonid yang penting secara komersial. Ia ditemui di seluruh kawasan tropika dan subtropika di rantau Indo-Pasifik, dari India ke Asia Tenggara dan Australia Utara.

Udang ini menjadi kegemaran ramai dan resepi masakan paling kami gemari adalah Kam Heong. EMP KL menyediakan Kam Heong Giant River Prawns bersama Chee Cheong Fun. 1 ekor Giant River Prawns dibelah dua dan seterusnya di masak enak. Isi udang segar dan banyak! Memang best!

RED RUBY BUBUR CHA CHA RM 18


Setelah makan semua menu, pencuci mulut dari manisan berkuah dan sejuk amat memberi kelegaan. Walaupun kekenyangan, masih ada ruang untuk dessert kan? Red Ruby Bubur Cha Cha adalah gabungan pelbagai ubi, sengkuang cina, biji sagu, santan dan daun pandan. Bau yang wangi dari kelopak bunga memberi ia lebih berbau wangi. Enak dinikmati bersama seisi keluarga.

CRISPY COCONUT PANCAKE WITH GULA MELAKA RM 23


Pencuci mulut seterusnya adalah kuih yang unik dan digemari oleh semua. Sebab ia rangup di luar dan inti di dalam adalah pandan kaya yang dimasak bersama gula melaka. Tekstur rangup dan lembut memberi nikmat luar biasa. Sedap tidam terhingga! Nikmati hidangan istimewa ini hanya di EMP KL.


EMP KL MESRA KANAK-KANAK

Selain dari makanan sedap, layanan juga mesra. Restoran EMP KL menyediakan set pinggan, mangkuk, sudu, garfu dan pisau plastik untuk anak-anak Ruby. Jadi, Ruby gembira sebab tidak perlu bimbang jika anak-anak nak minum air, guna garfu dan pisau. Terima kasih EMP KL.


DEKORASI EMP KL SELESA DENGAN PENCAHAYAAN DARI TINGKAP YANG LUAS

Pertama kali melangkah ke dalam EMP KL, Ruby terus ke kaunter untuk semak tempahan. Tetapi, kaki ini seperti ingin meneroka ruang di dalam restoran. Maaf, sebab teruja dengan kepelbagaian dekorasi dari negara China. 

Menyediakan 11 bilik peribadi, tempat duduk di antara 6 hingga 24 orang setiap satu. Ada bilik tersedia dengan kemudahan karaoke, EMP KL menyediakan suasana yang sempurna untuk apa sahaja acara sama ada sambutan ulang tahun hari jadi, perkahwinan dan momen intim bersama insan tersayang.

EMP KL BERSEDIA MENERIMA TEMPAHAN ANDA!

Nikmati warna, bau dan rasa masakan Cina yang terbaik hanya di EMP KL. Tempah lebih awal agar anda tenang menikmati hidangan segar di sini bersama seisi keluarga.

EMP Kuala Lumpur 
1st Floor, The Westin Kuala Lumpur, 199, Jln Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.

Tel: +010 303 0011
Tel: +010 303 0022

Waktu Operasi:
Dibuka Setiap Hari
Dim Sum: 10AM - 3PM
Makan Tengahari: 11AM – 3PM
Makan Malam: 6PM – 10PM

KADAR PARKING RM 12 FLAT RATE

Ruang parking di The Westin Hotel adalah paling mudah untuk ke Restoran EMP KL yang terletak di tingkat 1. Anda boleh menikmati hidangan istimewa tanpa perlu risau kadar parking setiap jam. Di EMP KL, sebagai pelanggan yang menjamu selera. Anda akan mendapat kadar parking RM 12 flat rate. Best kan?


Untuk mendapatkan flat rate, anda perlu mengesahkan kad parking di meja utama Restoran EMP KL. Mereka akan cop kad parking. Apabila memandu keluar tidak perlu validate parking di The Westin Hotel Concierge atau mesin AutoPay. Anda hanya perlu sediakan tunai RM 12 dan bayar di exit gate keluar parking. Mudah kan?

Tags

Catat Ulasan

8Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Wow sedapnya! Terliur kita tengok menu chinese food kat sini. Semua nampak sedap! Especially crispy king prawn so nyummy

    BalasPadam
  2. Ok. Boleh rekomen kat kengkawan nie, ada yang gila sangat chinese food. Ambience pun menarik nie

    BalasPadam
  3. Ohh wowo....all the dishes look so so tasty good, gonna check out & plan for family reunion dinner. Cheers Siennylovesdrawing

    BalasPadam
  4. ya ampun semuanya nampak sedap dan menarik. kalau dapat datang bawa famili makan2 kat sini mmh terbaik

    BalasPadam
  5. Crispy London Duck tue nampak sedap betul.. Boleh set gathering dgn member kat sini..

    BalasPadam
  6. Ohh wowo...so so tasty looking all the Chinese dishes, gonna bring my mama along la. Cheers Siennylovesdrawing

    BalasPadam
  7. Ni my officemate tengah plan nak celebrate and go for Chinese cuisine and still searching for Halal one, boleh la consider this kan! mereka pun teruja nak try bah... good recommendation juga ni..

    BalasPadam
  8. Wow semua nampak sedap, especially their crispy prawns with wasabi mayo

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !