THE BIG BAD WOLF BOOK SALE MIECC THE MINES SEDIAKAN 3.5 JUTA BUKU PELBAGAI GENRE DAN DISKAUN SEHINGGA 95%

THE BIG BAD WOLF BOOK SALE MIECC THE MINES SEDIAKAN 3.5 JUTA BUKU PELBAGAI GENRE DAN DISKAUN SEHINGGA 95%

Ruby
0
THE BIG BAD WOLF BOOK SALE MIECC THE MINES SEDIAKAN 3.5 JUTA BUKU PELBAGAI GENRE DAN DISKAUN SEHINGGA 95% | Assalammualaikum semua! Jualan buku kegemaran kita semua kini kembali dan telah membuka tirai sejak 20 Disember 2022 hingga 2 Januari 2023 bertempat di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC). 

Kali ini, BBW tidak beroperasi selama 24 jam seperti jualan buku mereka di MIECC sebelum ini. BBW akan beroperasi seawal 10 pagi hingga 2 pagi, setiap hari. Jom datang beramai-ramai. 

THE BIG BAD WOLF BOOK SALE MIECC THE MINES SEDIAKAN 3.5 JUTA BUKU PELBAGAI GENRE DAN DISKAUN SEHINGGA 95%


The Big Bad Wolf Book Sale
Lokasi: Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC)
Tarikh: 20 Dis 2022 - 2 Jan 2023
Masa: 10 pagi - 2 pagi

Menurut Puan Jacqueline Ng, Pengasas BookXcess dan Pengasas Bersama Big Bad Wolf," Sejak membuka pintu BookXcess pada tahun 2007, BookXcess telah mentakrifkan semula jualan buku di Malaysia dan seterusnya menawarkan rangkaian buku berharga mampu milik yang tiada tandingan. Sama ada daripada novel klasik kepada buku pop-up kanak-kanak kepada tajuk motivasi diri terlaris.

Misi kami adalah untuk mencipta, memberi inspirasi dan memperkasakan pembaca serta memupuk tabiat membaca dengan menjadikan buku boleh diakses dan mampu dimiliki oleh semua. Kami adalah ikon industri, bersedia untuk mencipta semula industri buku.

Dinamik, kreatif dan inovatif, serta dengan rangkaian kedai adalah inspirasi yang berkembang pesat, kami menyampaikan berjuta-juta buku kepada pembaca di seluruh dunia melalui pengalaman digital dan runcit.

Big Bad Wolf Books telah dilancarkan di Kuala Lumpur, Malaysia, pada tahun 2009 melalui hasil cetusan idea pengasas BookXcess, Andrew Yap dan saya. 

Tercetus berdasarkan wawasan kami yang ingin memupuk  tabiat membaca, meningkatkan kefasihan dalam Bahasa Inggeris di seluruh dunia, dan membina generasi pembaca baharu dengan menjadikan buku lebih mudah diakses serta mampu dimiliki oleh SEMUA ORANG.

Dikenali sebagai Jualan Buku Terbesar di Dunia, platform ini adalah inisiatif advokasi membaca diperingkat global yang bertujuan untuk menggalakkan orang ramai dari semua peringkat umur menerokai kegembiraan membaca, memberi inspirasi kepada mereka untuk mengejar impian  mereka dan yang paling penting, memperkasakan mereka dengan ilmu untuk merealisasikannya.

Sejak penubuhannya, Jualan Buku Big Bad Wolf telah berkembang dengan pesat, ke arah pasaran global dan menjelajah 37 bandar di 15 buah negara, termasuk Malaysia, Kemboja, Hong Kong, Indonesia, Myanmar, Pakistan, Filipina, Sri Lanka, Korea Selatan, Singapura, Thailand, Taiwan, Emiriah Arab Bersatu dan terbaharu, menerokai benua Afrika – ke Tanzania dan Kenya."

Tahniah pasukan BookXcess dan BBW!

PROMOSI MENARIK DI BBW

Menawarkan lebih 3.5 juta naskah buku dari pelbagai syarikat penerbitan buku dengan potongan diskaun sehingga 95%! Bukan itu sahaja, dengan tiap pembelian lebih RM 120 akan mendapat satu tote bag bernilai RM 4.90. Ruby tidak bawa bagasi atau bag pada tahun ini. Nasib baik ada dapat bag. Hahahaha. 

Tips untuk anda yang bakal hadir ke BBW seeloknya bawa bagasi, beg troli atau wagon trolley untuk memudahkan anda membeli-belah buku. Tawaran jenis buku dan harga istimewa di BBW tidak akan mengecewakan anda. Pasti ada buku untuk anda sekeluarga. BBW menyediakan bahan bacaan dari usia bayi sehingga dewasa. 

Bahan aktiviti untuk membantu perkembangan bayi juga dijual di sini. Ada puzzle untuk kanak-kanak. Buku latihan ulangkaji sekolah dari prasekolah sehingga SPM. Buku-buku bacaan agama pun ada. Malah lebih interaktif, kualiti kertas buku glossy dan berwarna. Bertambah seronok anak-anak membaca. 


PERADUAN DI BBW


BBW sentiasa meriah dengan harga berbaloi dan peraduan. Tidak BBW kalau tiada peraduan. Peraduan paling dinantikan adalah menang buku satu troli. 

PAPARAN SENARAI HARGA MELALUI ABJAD


Menariknya di BBW kali ini, Ruby lihat senarai harga melalui susunan abjad. Jadi, apabila anda ambil buku dan lihat penanda harga hanya abjad sahaja. Sila rujuk gambar ini.

SUASANA DI BBW


Bagi anda yang merindui suasana BBW di MIECC, inilah peluang anda untuk kembali! Ruby pun seperti anda yang sentiasa wow apabila melangkah masuk ke dalam BBW. 


MEMUPUK AMALAN MEMBACA SEBAGAI RUTIN HARIAN



Jujur Ruby katakan sejak mula ke Big Bad Wolf (BBW) pada 2011, Ruby mula menetapkan ia adalah aktiviti tahunan yang disertakan dengan belanjawan untuk membeli-belah. Setiap tahun, bajet kami adalah RM 300. Dari jumlah itu, kami sekeluarga 4 orang boleh dapatkan keperluan bacaan di BBW. Ambil apa sahaja! 

Minat membaca Ruby ada kalanya berubah. Masa muda dulu Novel thriller penyiasatan dan tebal adalah pilihan. Sekarang, Ruby lebih suka baca buku motivasi diri atau quotes dari penulis buku sahaja. Mengharungi kehidupan yang serba mencabar, membuatkan Ruby lebih inginkan sokongan mental dan emosi buat masa ini.

Jom ke BBW!

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !