NIMS CRISPY CHOCO TUB STARBERRY, PERTAMA DI MALAYSIA GABUNGAN BIJIRIN HONEY STARS DAN COKLAT STRAWBERI

NIMS CRISPY CHOCO TUB STARBERRY, PERTAMA DI MALAYSIA GABUNGAN BIJIRIN HONEY STARS DAN COKLAT STRAWBERI

Ruby
0
NIMS CRISPY CHOCO TUB STARBERRY, PERTAMA DI MALAYSIA GABUNGAN BIJIRIN HONEY STARS DAN COKLAT STRAWBERI | Assalammualaikum semua! Berita gembira buat semua penggemar NIMS Crispy Choco Tub. Pengeluar snek makanan ringan berasaskan bijirin dan coklat. Mereka telah melancarkan variasi baharu iaitu NIMS Crispy Choco Tub Starberry. Sedap sangat!

Ruby mengenali NIMS CRISPY CHOCO TUB semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa Pandemik COVID-19 sekitar tahun 2020. Ketika itu, Ruby ke kedai runcit berdekatan rumah. Di kaunter bayaran, uncle mamak yang biasa Ruby berurusan rekemen NIMS. Hari pertama, Ruby reject, sebab fikir banyak dah makan Choco Jar. NIMS ni apa pula kan?

Beberapa hari seterusnya, uncle masih rekemen NIMS. "Akak cubalah. Sedap ni. Ada macam-macam bijirin atau biskut." Ruby berkerut-kerut dahi nak beli ke tak. NIMS ni ape. Hahaha. Uncle terus cakap "Akak tengok atas ni, nak mini coco crunch ada, coco rice, biskut, rainbow". Ruby cakap "Okaylah saya ambil biskut dan mini coco crunch." Hahahaha. Dari tak nak, terus beli dua. 

NIMS CRISPY CHOCO TUB STARBERRY, PERTAMA DI MALAYSIA GABUNGAN BIJIRIN HONEY STARS DAN COKLAT STRAWBERI


Dari kiri, Encik Faiz Bin Hussamuddin; Pengasas Bersama NIMS ADELICIOSZ Sdn Bhd dan Yang Mulia Tengku Norhanim Tengku Othman, Pengasas NIMS ADELICIOSZ Sdn Bhd.

NIMS ADELICIOSZ Sdn Bhd telah melancarkan produk terbaru iaitu NIMS CRISPY CHOCO TUB STARBERRY. Produk ini berasaskan perisa strawberi dimana coklat yang digunakan adalah coklat strawberi dan bijirin berwarna merah jambu yang berbentuk bintang. 

NIMS ADELICIOSZ Sdn Bhd berada di pasaran hampir 5 tahun dalam pasaran makanan ringan, memiliki kilang sendiri di Meru Klang
dan bersedia untuk ke Pasaran Antarabangsa. 

Memiliki ejen di seluruh negara produk Nims Choco Tub boleh didapati diseluruh negara. Tahun 2022 Nims sudah mula menembusi pasaran Indonesia, Brunei dan juga Singapura. Bakal membuka satu lagi cawangan kilang di Indonesia menjelang tahun 2023.

YM Tengku Norhanim Binti Tengku Othman merupakan pengasas Nims, Encik Faiz Bin Hussamuddin pula merupakan pengasas  bersama. Majlis pelancaran produk terbaru ini adalah khusus buat ejen-ejen nims yang memberikan sepenuh komited sepanjang tahun. Produk terbaru ini juga adalah untuk merialisasikan impian mereka yang sentiasa mahukan produk terbaru!

NIMS bukanlah produk yang baru muncul semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Hakikatnya, NIMS adalah pencetus Choco Jar di Malaysia. Saban tahun, proses penyelidikan dan pembinaan pengeluaran produk tidak henti dilakukan agar dapat memenuhi permintaan pelanggan. 

NIMS CRISPY CHOCO TUB STARBERRY


Nims Crispy Choco Tub didatangkan dalam balang besar yang dipenuhi dengan bijirin Honey Stars rangup dengan coklat strawberi cair. Coklat cair menutupi bijirin rangup sekata, membuatkan anda menikmati kerangupan coklat dalam setiap sudu.

Sesuai untuk semua peringkat umur. Proposal NIMS Crispy Choco Tun Starberry bermula sejak Januari 2022, seterusnya kajian dan penyelidikan diteruskan sejak Julai 2022. 


Bahan-bahan yang tersedia dalam sebalang Nims Crispy Choco Tubs Starberry adalah: Honey Stars, Coklat Strawberi Premium, Minyak sayuran.

Saiz Tersedia: 250g
Harga: RM15.00

VARIASI PRODUK NIMS ADELICIOSZ


Sejak penubuhannya pada 2014, ramai menyukai produk NIMS. Produk paling awal adalah NIMS Crispy Choco Jar. Setelah itu, inovasi dari Jar ke Tub dilaksanakan dan memperkenalkan NIMS Crispy Choco Tub sejak Ogos 2019 dengan produk pertama NIMS Crispy Choco Tub - Coco Rice. 

1. NIMS Crispy Choco Tub - Coco Rice

2. NIMS Crispy Choco Tub - Mini Coco Crunch 

3. NIMS Crispy Choco Tub - Coco Ball

4. NIMS Crispy Choco Tub - Coco Crisp

5. NIMS Crispy Choco Tub - Bijirin Berbentuk N

6. NIMS Crispy Choco Tub - Mini Rainbow Crunch

7. NIMS Crispy Choco Tub - Starberry


Kini NIMS telah menghasilkan snek kegemaran ramai dari 4 jenis coklat iaitu Milk Chocolate, Dark Chocolate, White Chocolate dan Strawberry Chocolate.

DUTA NIMS ADELICIOSZ IMAN TROYE


Pemilihan Iman Troye adalah kerana personaliti dan penampilan Iman Troye yang ceria. Kontrak 1 tahun bermula Mac 2022 hingga Mac 2023. Sepanjang bergelar sebagai duta NIMS ADELICIOSZ, pelbagai rangka promosi telah dilaksanakan bersama. 

PELUANG PERNIAGAAN BERSAMA NIMS ADELICIOSZ


NIMS membuka peluang Perniagaan besar-besaran bagi anda yang ingin menjana income bersama NIMS.

✅ Produk NIMS Permintaan Tinggi
✅ Produk NIMS lain dari yang lain
✅ Bungkusan Ekslusif Ceria
✅ Isi Kandungan Bahan-Bahan yang digunakan bahan premium
✅ Ilmu dan Bahan Pemasaran disediakan.

Berminat sertai NIMS? Whatsapp 0109295632.

Kisah jenama NIMS sangat menarik dan Ruby sedang menghasilkan satu artikel berkenaan jenama dan pengasas. Itu Ruby akan sediakan pada artikel seterusnya. Okay?

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !