GUARDIAN CARES - BERSAMA MENJAGA KEBERSIHAN DAN KESIHATAN KANAK-KANAK

GUARDIAN CARES - BERSAMA MENJAGA KEBERSIHAN DAN KESIHATAN KANAK-KANAK

Ruby
0
GUARDIAN CARES - BERSAMA MENJAGA KEBERSIHAN DAN KESIHATAN KANAK-KANAK | Assalammualaikum semua! Tahniah buat Guardian Malaysia di atas program #GuardianCares yang telah melancarkan Program khidmat masyarakat bagi membantu kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah agar terus kekal menjaga kebersihan dan kekal sihat.

Sebagai ibu, Ruby happy sangat apabila inisiatif penjagaan kebersihan diteruskan walaupun COVID-19 beransur pulih. Namun, penyakit dan wabak lain sentiasa ada. Ia bukan untuk menakutkan mana-mana pihak. Tetapi inilah kehidupan kita yang sentiasa dikelilingi dengan bakteria dan virus. 

Ujian sakit pasti ada, cuma kita sebagai manusia berakal perlu berusaha untuk menanganinya dengan menjaga kebersihan diri. Batuk dan bersin perlu tutup dengan tisu. Jika sakit, pakai pelitup mulut dan hidung. Sentiasa amalkan basuh tangan 20 saat. Jadikan ia rutin. Sebab ini semua membantu kita jaga kebersihan dan kekal sihat. Secara tidak langsung mengurangkan penyebaran penyakit kepadat masyarakat sekeliling. Betul tak? 

Paling kesian apabila kanak-kanak yang sakit. Ibu bapa dan penjaga akan terkesan. Tidak dapat bekerja. Jadual harian terganggu. Anak meragam. Tercicir pelajaran sebab sering cuti sakit. Kemudian berjangkit pula sesama keluarga. Semoga ikhtiar dengan menjaga kebersihan dapat memberi kita semua kesihatan yang baik. InsyaAllah.

GUARDIAN CARES - BERSAMA MENJAGA KEBERSIHAN DAN KESIHATAN KANAK-KANAK


Guardian Malaysia hari ini mengumumkan program khidmat masyarakat seluruh negara baharu, “Bersama Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak” yang bertujuan membantu kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah kekal bersih dan seterusnya, kekal sihat.   

Sebagai sebahagian daripada initiatif #guardiancares, program itu yang akan bermula pada 15 Disember 2022, akan menyediakan produk penjagaan diri, terutamanya mandian badan untuk kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah,

Anna Ng, Pengarah Pemasaran Jenama, Asia Tenggara, Guardian berkata:

“Di Guardian, kami percaya bahawa setiap orang berhak untuk menjadi bersih dan sihat. Ia adalah hak asasi manusia. Hal ini tidak sepatutnya menjadi satu batasan atau diambil ringan, terutamanya bagi kanak-kanak. 

Kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah terdedah kepada serangan penyakit kerana keluarga mereka tidak mempunyai sumber kewangan mencukupi, lebih-lebih lagi selepas Covid-19, untuk membeli produk kebersihan kerana keutamaan diberikan kepada membeli makanan untuk anak-anak mereka. 

Kos sara hidup yang semakin meningkat menyukarkan lagi keadaan mereka apabila kita mengambil kira perbelanjaan utama yang lain seperti pengangkutan, pendidikan, sewa, dan pinjaman.

“Namun begitu, kebersihan dan kesihatan kanak-kanak ini tetap perlu dititikberatkan apabila, sebagai contoh, kita melihat penyakit Tangan, Kaki dan Mulut / Hand Foot Mouth Disease (HFMD) meningkat 20 kali ganda tahun ini berbanding tahun lalu dan golongan kanak-kanak paling teruk terjejas. 

Dengan pengalaman kita berdepan dengan Covid-19 baru-baru ini, menjaga kebersihan khususnya kebersihan tangan yang baik kekal sebagai satu langkah yang sangat penting dalam mencegah penyebaran penyakit berjangkit seperti Covid-19.”

“Di samping itu, kami juga percaya bahawa apabila seorang kanak-kanak itu bersih dan harum, ia dapat merangsang keyakinan diri dan meningkatkan kesejahteraan mental.” tambah Ng.


Sebagai tanda pelancaran kempen itu di Malaysia hari ini, 200 kanak-kanak dari kelas Tahun Satu, Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 1, telah menerima 2 botol mandian badan 1 liter dan 100ml berserta patung beruang Guardiancares setiap seorang. Selain itu, 800 murid Tahun Dua hingga Enam menerima satu botol mandian badan 1 liter. Mereka turut menerima beg eko #guardiancares berserta poster kebersihan yang menunjukkan cara yang betul untuk membasuh tangan dan badan semasa mandi.

Patung beruang Guardiancares akan dijual pada harga RM30 sahaja, di semua stor Guardian di seluruh Malaysia dan di stor dalam talian serta aplikasi mudah alih Guardian. Semua hasil jualan patung beruang Guardiancares akan disalurkan ke dana #guardiancares bagi menyokong keperluan penjagaan diri kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia.


Pada pelancaran itu, ahli pasukan Guardian juga telah turun padang untuk membantu menyiapkan satu mural yang diilhamkan oleh Haris Rashid di sekolah tersebut yang menggambarkan kepentingan menjaga kesihatan dan kebersihan.


Ng menambah: “Menerusi program ini, kami menyasarkan untuk menyediakan 20 juta mandian untuk kanak-kanak kurang bernasib baik bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara Asia Tenggara yang lain seperti Singapura, Indonesia, Kemboja dan Vietnam. 

“Inisiatif ini merupakan program khidmat masyarakat Guardian di seluruh rantau yang meliputi lima negara dimana setiap negara bekerjasama dengan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) tempatan agar sumbangan kami akan sampai kepada kanak-kanak yang dimaksudkan. 

Di Malaysia, Guardian akan bekerjasama dengan Yayasan Perintis Malaysia yang akan membantu mengedarkan produk mandian dan mengenalpasti penerima kanak-kanak bagi pihak Guardian. Kami akan memfokuskan kepada kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah dari keluarga B40 yang tinggal di rumah pangsa dan rumah kos rendah berhampiran sekolah.


“Selain itu, untuk setiap satu liter produk mandian Guardian yang dijual di Malaysia, 15 sen akan didermakan kepada golongan kanak-kanak kurang bernasib baik ini. Jadi kami berharao agar pelanggan dapat menyokong usaha khidmat masyarakat kami dengan membeli produk mandian badan Guardian,” ujar Ng.

Inisiatif #guardiancares adalah satu inisiatif yang mampan yang memberi tumpuan terhadap kesihatan pelanggan dan komuniti dimana Guardian beroperasi. 

“Kami ingin memberi inspirasi dan memperkasakan pelanggan untuk membuat pilihan yang sihat dan mampan dalam memilih jenama kesihatan dan kecantikan yang mereka yakini di Guardian. Pendek kata, kami mahu pelanggan untuk ‘prihatin’ dengan apa yang mereka beli. Kami percaya kecantikan bermula dari dalam. Dengan memilih untuk prihatin, bersama kita mampu membuat perubahan,” jelas Ng

#guardianmy

MENGENAI GUARDIAN MALAYSIA
 
Guardian Malaysia bermula sebagai sebuah kedai runcit farmaseutikal berkeluasan 200 kaki persegi, yang menyajikan perkhidmatan kepada komuniti ekspatriat 55 tahun lalu. Hari ini, ia merupakan peneraju rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit di negara ini, dengan lebih 500 buah stor di seluruh negara, menyediakan pelbagai produk kesihatan, kecantikan dan farmaseutikal yang tiada tandingannya. Setiap tahun, stor-stor kami menyediakan perkhidmatan kepada lebih 30 juta pelanggan di seluruh negara.
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !