ALAMANDA MEMBAWAKAN KERIANGAN KRISMAS KEPADA KANAK-KANAK KURANG BERNASIB BAIK

ALAMANDA MEMBAWAKAN KERIANGAN KRISMAS KEPADA KANAK-KANAK KURANG BERNASIB BAIK

Ruby
0
ALAMANDA MEMBAWAKAN KERIANGAN KRISMAS KEPADA KANAK-KANAK KURANG BERNASIB BAIK | Assalammualaikum semua! Baru-baru ini telah berlangsung acara meraikan Hari Krismas bersama kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Yesuvin Mahligai oleh Alamanda Putrajaya. 

Program yang diadakan sangat meriah dengan pelbagai sorotan aktiviti. Mereka diraikan dan terpapar wajah kegembiraan. Semoga perayaan Hari Krismas pada tahun ini memberi memori indah. Tahniah Alamanda Putrajaya yang tidak lokek mengadakan program CSR saban tahun! Semoga terus sukses!

ALAMANDA MEMBAWAKAN KERIANGAN KRISMAS KEPADA KANAK-KANAK KURANG BERNASIB BAIK


Sempena sambutan perayaan Hari Krismas, Pusat Membeli-belah Alamanda meraikan keceriaan perayaan bersama kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Yesuvin Mahligai, Selangor.

Pada 14 Disember 2022, sekumpulan kanak kanak serta belia berumur di antara 3 dan 18 tahun telah diraikan dengan sambutan perayaan yang cukup bermakna di Alamanda. Mereka telah disantuni oleh pihak pengurusan setibanya mereka di perkarangan Alamanda.


Untuk memeriahkan lagi majlis tersebut, kanak-kanak kecil telah dibawa menaiki tunggangan permainan di dalam pusat membeli belah sebelum dibawa ke Centre Court untuk menyaksikan persembahan silap mata. 

Sejurus selesai persembahan tersebut, mereka kemudiannya dihadiahkan dengan hadiah Krismas oleh Pengurus Besar Alamanda, Pang Sook Fong. Acara itu menjadi lebih bermakna lagi apabila rakan niaga yang lain turut menyumbang snek dan barangan lain kepada kanak-kanak ini. Sebelum majlis selesai, mereka disajikan dengan makan tengahari yang istimewa di Secret Recipe.

Andrew Brien, Pengarah Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd berkata, “Memandangkan musim Krismas sudah tiba, kita harus sentiasa ingat bahawa ramai di luar sana yang kurang bernasib baik. Oleh sebab ini dan sebagai sebahagian daripada usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR), kami berbesar hati untuk menjadi tuan rumah kepada kanak-kanak ini dan kami berharap majlis ini akan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan untuk mereka."

Brien menambah, "Tetapi nilai sebenar bukanlah tentang hadiah, tetapi niat di sebaliknya - yang diberikan dengan penuh kasih sayang, sama seperti hari ini."

Puan Viviliyah Rajan, selaku penjaga Pertubuhan Kebajikan Yesuvin Mahligai Selangor berkata, "Layanan istimewa daripada Alamanda ini begitu bermakna untuk kami terutama kepada kanak-kanak ini. Ketika orang lain berpeluang meraikan Krismas bersama yang tersayang, kanak-kanak ini menyambutnya kali ini bukanlah hanya sekadar menerima angpow atau barangan, tetapi layanan dah perhatian yang istimewa.”

MENGENAI PUSAT MEMBELI BELAH ALAMANDA

Alamanda Putrajaya dimiliki Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan diuruskan oleh Suria KLCC Sdn. Bhd. dengan keluasan yang merangkumi kawasan membeli-belah sebanyak 653,235 kaki persegi. 

Bagi keselesaan kira-kira 12 juta orang yang datang untuk membelinbelah setiap tahun, pusat membeli-belah ini dilengkapi dengan dua bangunan tempat letak kereta yang terdiri daripada 3,000 tempat meletak kereta, kemudahan bagi golongan kurang upaya, dua bilik salinan bayi serta bilik sembahyang. Konsep di sebalik Alamanda adalah ‘syurga pengunjung membeli-belah’, yang terletak di pusat Putrajaya.

Ruang tengah Alamanda dihiasi cahaya menawan yang mengindahkan lagi suasana pusat membeli-belah ini dan menarik baik pengunjung mahupun rakan niaga dan penyewa kedai, lebih-lebih lagi apabila pelbagai acara dijalankan setiap tahun.

Pusat membeli-belah ini terdiri daripada pelbagai jenis kedai, restoran, medan selera dan pawagam. Alamanda juga mempunyai ‘travelator’ yang menghubungkan kedai-kedai serta laluan terus ke tempat letak kereta. 

Selain itu, reka bentuk istimewa bangunan dua tingkat ini membolehkan para pengunjung menikmati pengalaman membeli-belah yang mudah.

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !