3700 MAH BATERI GALAXY Z FLIP4 MAMPU BERTAHAN SEHINGGA 10 JAM

3700 MAH BATERI GALAXY Z FLIP4 MAMPU BERTAHAN SEHINGGA 10 JAM

Ruby
6
3700 MAH BATERI GALAXY Z FLIP4 MAMPU BERTAHAN SEHINGGA 10 JAM | Assalammualaikum semua! Apa khabar? Ruby nak sambung lagi berkongsi cerita tentang telefon pintar kegemaran ramai ni. Kali ini berkenaan hayat bateri. Ramai bertanya, apa perbezaan di antara 3,300 mAh Galaxy Z Flip3 dan 3,700 mAh Galaxy Z Flip4. Perbezaan ketara atau sama sahaja?

3700 MAH BATERI GALAXY Z FLIP4 MAMPU BERTAHAN SEHINGGA 10 JAM


Pada pendapat Ruby sebagai pengguna, penambahan sehingga 10 jam hayat bateri di Galaxy Z Flip4 amat membantu berbanding bateri Galaxy Z Flip3 hanya 3,300 mAh sahaja. Kebiasaannya rutin sebelum tidur Ruby akan cas Galaxy Z Flip4. 

Apabila keesokan hari bateri akan 100% penuh. Wayar type C  dan adapter sentiasa ada di dalam bag Ruby. Jadi, waktu lebih kurang 6 petang Ruby akan cas telefon kembali. Ketika itu, bateri masih berbaki 20%.

Perlu diingatkan apakah gaya dan cara penggunaan telefon kita. Sebab cara penggunaan telefon pintar setiap orang berbeza. Dalam Galaxy Z Flip4 Ruby, Ruby hanya mempunyai aplikasi penting untuk urusan kerja dan sekolah anak sahaja. Seperti beberapa akaun e-mail, Whatsapp, Telegram, Spotify, Samsung Health, Samsung Wearable, Samsung Pay, Keep Notes, Google Family Link, Blogger dan Google Drive. 


Apabila menggunakan Galaxy Z Flip4 ni, aktiviti kegemaran Ruby lakukan adalah ambil gambar dan video anak-anak FlexCam. Ambil gambar dari pelbagai arah dan melalui kamera selfie atau kamera di skrin hadapan Quick Shot juga menyumbang kepada pengurangan bateri. Jadi, anda boleh belajar untuk plan ambil gambar bagaimana sebelum snap menggunakan Galaxy Z Flip4. Gunakan hand gesture dan timer untuk hasil gambar lebih sharp. Okay?

Media sosial lain memang Ruby tidak install sebab Galaxy Z Flip4 khas untuk kegunaan personal sahaja. Untuk menjimatkan bateri Galaxy Z Flip4 adalah dengan mengurangkan pencahayaan, dan jika membuka pelbagai aplikasi, sentiasalah tutup semua aplikasi setelah selesai menggunakannya. 

Kita sedia maklum bagaimana setiap telefon pintar terus beroperasi dengan data internet Telco yang sedang aktif di belakang tabir. Notifikasi dari aplikasi, sms dan panggilan telefon juga menyumbang kepada baki bateri harian telefon pintar anda. Kenali telefon anda dan sama-sama memahami kelebihannya. Setuju?

Catat Ulasan

6Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Ohh wwowo....so so nice this flip phone design by Samsung, love the flex modes especially, so cool . Cheers Siennylovesdrawing

    BalasPadam
  2. Wah this is good, kalau pergi travel and out the whole day memang bagus

    BalasPadam
  3. this phone sounds so impressive! our phones can hardly last a few hours after photo taking and playing music. i hope i get to try the samsung galaxy z one day because it definitely will fit into my busy lifestyle!

    BalasPadam
  4. Phone ni sesuai for content creators like us kan! Boleh tahan up to 10 hours wor! Total upgrade from the previous series kan! Good choice to go for this!

    BalasPadam
  5. all content creators like us need this phone for longer shooting time kan. Nowadays we always shoot video and a lot of gambar so gonna need it

    BalasPadam
  6. Nampak trendy phone flip ni. Zaman pun dah lain sebab this smartphone pun nampak lebih sturdy daripada dulu.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !