SERONOK KE STUDIO ASTRO GO SHOP! BARU TAHU HOS TIADA SKRIP!

SERONOK KE STUDIO ASTRO GO SHOP! BARU TAHU HOS TIADA SKRIP!

Ruby
2
SERONOK KE STUDIO ASTRO GO SHOP! BARU TAHU HOS TIADA SKRIP | Assalammualaikum semua! Semalam 18 Oktober 2022, Ruby berkesempatan hadir ke acara 8 tahun Astro Go Shop. Happy Birthday Go Shop! Acara itu diadakan di Astro Bukit Jalil. Pertama kali Ruby menjejakkan kaki ke sana. Teruja bukan kepalang ya. Gembira sangat!

Jam 9:30 pagi Ruby dah bertolak ke Astro. Lokasi agak jauh dari kediaman dan perlu melalui trafik sesak di Bandar Tasik Selatan. Tak mengapa, memandu rileks je. Sedar-sedar, 10:30 pagi pun tak sampai lagi ye. Nak masuk dalam kawasan parking tetamu Astro Visitor Entrance perlu melalui Jalan Teknologi 7 di Bukit Jalil. 

SERONOK KE STUDIO ASTRO GO SHOP! BARU TAHU HOS TIADA SKRIP TAPI PETAH DAN CERIA



Rupanya lagi jauh pusing-pusing. Nampak dekat peta macam dekat je dengan Axiata Arena. Jam 11 pagi Ruby sampai. Daftar kad pengenalan dan no telefon di pondok pengawal. Nasib baik pasukan Go Shop dah register kenderaan awal-awal. Kalau tak, parking luar la jawabnya. Tapi perkara itu tidak berlaku. Parking disediakan berdekatan dengan pintu masuk studio. 

Masuk ke dalam, Ruby terkesima tengok konsep studio di Astro. Dari luar nampak macam dua tingkat, tetapi rupanya siling tinggi. Ruby berjalan-jalan untuk mencari Studio Go Shop. Tapi sesat sampai ke luar pintu belakang. Hahahaha. Patah balik sampai jumpa Encik Nafiz dan berkenalan dengan Cik Shereen Wong dan Cik Eileen Teh. 

Langkah pertama kami ke Studio Go Shop. Ruby di sapa oleh Pengacara kegemaran Ruby, Cik Raianna. Beliau menjemput para tetamu masuk ke konti dimana rancangan Go Shop sedang bersiaran. Kemudian dia bawa masuk ke dalam studio pula. Wowwwwwwwwww Ruby teruja!

Tiga orang hos sedang LIVE menjual Pressure Cooker. Mereka mengendalikan LIVE tanpa skrip dan semua memainkan peranan di antara satu sama lain. Menarik kan? Ruby tahu mereka tiada skrip sebab Cik Rai bagi tahu. Mesti Shopaholics semua hos ni. Kreatif sungguh! Hahaha. 

Kalau Ruby lah kan... kena promosi produk, selama satu jam.... Kering tekak dan kering idea lah nanti... Kena belajar bagaimana mereka boleh cakap tanpa henti dengan informasi produk melekat dalam ingatan. Tanpa tersasul ye...

Sambil hos Go Shop mengacara, sambil tu boleh buat food review. Hehehe. Di Go Shop, bukan hanya barangan perkakasan elektrik dapur sahaja dijual. Ada perkakas rumah, barangan dapur, makanan, fesyen, produk kecantikan dan barangan digital.

HOS GO SHOP DAN PENGASAS PRODUK TERUJA INGIN MENGENDALIKAN ULANG TAHUN KE-8 GO SHOP


Apabila bercerita tentang sambutan ulang tahun program GO SHOP, pasti ramai menantikan tawaran istimewa dan diskaun. Namun kali ini, Ruby ingin menyingkap kisah pengalaman Hos Go Shop dan Pengasas produk. Mereka adalah barisan hadapan yang akan membuat jualan langsung. Sepanjang mengendalikan program bersama Go Shop, banyak kisah menarik dikongsikan. 


GO SHOP mempunyai plan sepanjamg 8mazing Years 8xciting Celebration. Bagi Pengacara Go Shop, Raianna A Rahman, "Sepanjang 8 tahun bersama Go Shop, saya sentiasa gembira mengendalikan program ini. Banyak jenama dan produk menyertai Go Shop. Sebagai hos, menjadi tanggungjawab kami untuk sentiasa bertenaga dan ceria sepanjang mengendalikan program. 

Bukan penonton sahaja, tetapi saya juga membeli di Go Shop kerana barang-barangnya sangat eksklusif dan dijual pada harga yang berpatutan. Paling best ada Free Gift. Walaupun saya hos, saya juga pengguna dan semestinya mahukan yang terbaik untuk setiap pembelian yang saya dilakukan. 




Hos tidak ada sebarang skrip ketika LIVE, kami spontan dan santai untuk mewujudkan suasana lebih mesra dan menyenangkan bersama penonton. Perlu sentiasa kreatif dalam penyampaian agar apa yang kita ingin sampaikan itu menyakinkan penonton.

Bila buat program siaran langsung, semestinya hos perlu lebih bersedia dan bijak mengendalikan sebarang situasi di luar jangkaan.”

DATIN HAJJAH FOUZIAH GOUS GEMBIRA FG WALET TERUS BERKEMBANG BERSAMA GO SHOP


FG Walet diasaskan oleh Datin Hajjah Fouziah Gous pada tahun 2013 untuk berkongsi semangatnya tentang gaya hidup sihat. Beliau menemui kebaikan pengamalan sarang burung dan menjadikannya satu misi untuk berkongsi manfaatnya dengan orang ramai. 

Dengan mencipta produk yang mudah diamalkan dan boleh didapati. Kini, FG Walet’s Bird’s Nest merupakan salah satu produk sarang burung Halal yang paling laris di Malaysia.


Menurut Datin Hajjah Fouziah Gous, Pengasas FG Walet, " Perjalanan bersama Go Shop sememangnya mengajar saya tentang bagaimana mengembangkan perniagaan. 

Ia bukan sahaja berkenaan hasil untung jualan, ia mengajar saya tentang penjenamaan, melayani pelanggan dan bagaimana menguruskan servis penghantaran efisen bersama Go Shop.

Perniagaan FG Walet tidak akan sehebat sekarang jika saya tidak membuat keputusan untuk bersama Go Shop. Setiap kali saya promosi produk secara LIVE di Go Shop, saya sentiasa berdebar-debar dan teruja. 

Ada juga apabila produk dah terjual habis dalam beberapa minit, saya perlu terus bercakap untuk meyakinkan penonton bahawa FG Walet baik untuk semua. 

Pada musim ulang tahun ke-8 Go Shop lagi lah istimewa, pasukan saya telah bersiap sedia meningkatkan stok di gudang. Inilah masanya untuk pasukan kami di FG Walet untuk give back kepada masyarakat dengan mengadakan promosi istimewa nanti. 

Jika sekarang pun beli half dozen dapat percuma 2 botol. Bayangkan semasa Go Shop 8mazing Live Party pada 29 Oktober 2022 nanti? Tunggu....

NANTIKAN WONG CHUI LING SEBAGAI HOS GO SHOP 8MAZING LIVE PARTY


Wong Chui Ling, nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan dan pengacaraan. Multi talented supermom gelaran yang sering diberikan oleh para peminatnya. Mempunyai pengalaman sebagai hos, usahawan dan ibu. 

Apabila bertanya tentant stail membeli-belah beliau, Chui Ling lebih cenderung membeli produk kesihatan selepas pandemik covid-19 dan selainnnya adalah produk seisi keluarga. Keperluan anak-anak paling diutamakan. Nantikan kemunculan Wong Chui Ling di Go Shop 8mazing Live Party. 

CHEF IZYAN HANI SERONOK BERBELANJA DI GO SHOP


Apabila menonton Go Shop, persamaan Ruby dan Chef Izyan sangat sama iaitu, kami buka channel Astro Go Shop untuk beri rumah bernyawa. Membiarkan hos pot pet pot pet. Apabila ada barang menarik, terus buka aplikasi Go Shop dan beli! 

Chef juga akan berada di Go Shop 8mazing Live Party. Mesti kecoh studio Go Shop pada hari tersebut!

Saksikan 8mazing Live Party pada 29 Oktober ini dari jam 9.00 pagi – 12.30 tengah hari di Astro saluran 303 dan pada 30 Oktober dari jam 9.30 pagi – 1.00 petang di Astro saluran 118. Para pelanggan juga boleh strim acara ini secara SIARAN LANGSUNG melalui Astro GO atau di laman sesawang, aplikasi mudah alih, platform YouTube dan laman Facebook Go Shop.

Tags

Catat Ulasan

2Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Wow best nyer dapat masuk their studio memang lawa the decor, selalu i watch from tv aje.

    BalasPadam
  2. Haritu ada gak terbaca, biasa kalau show live ni mereka takde skrip yaa.. ke ada certain ada.. kalau betul, woww betul ekk.. kena susun ayat dan tutur bahasa.. janji tak gagap..

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !