SELAMAT ULANG TAHUN KE-55 GUARDIAN

SELAMAT ULANG TAHUN KE-55 GUARDIAN

Ruby
0
SELAMAT ULANG TAHUN KE-55 GUARDIAN | Assalammualaikum semua! Baru-baru ini Ruby telah hadir ke program bersama Guardian di Ampang Glasshouse. Sedar tidak sedar sudah 55 tahun Guardian di Malaysia. Sambutan ulang tahun ke-55 Guardian diraikan bersama Guardian Gaya Squad! 

Uniknya, bukan tiupan lilin ulang tahun, malah Guardian memberi kepada kami lagi barang-barang keperluan harian yang terdapat di Guardian. Guardian ni memang baik hati. Kita tidak akan pulang dengan tangan kosong, malah berganda bag macam balik dari pusat membeli-belah. Sweet sangat! Semoga diperkayakan lagi rezeki kepada Guardian! 

SELAMAT ULANG TAHUN KE-55 GUARDIAN



Sambutan ke-55 tahun bukan dengan meniup lilin, tetapi memberi pratonton produk kepada Guardian Gaya Squad. Malah, kami dapat mencuba dan pelajari secara terus bersama jenama. Apa sahaja soalan boleh ditanya dan wakil dari jenama akan memberi jawapannya. Lebih tepat dan telus. 

Inilah cara Guardian membantu jenama dan pengguna untuk memahami produk-produk yang terdapat di Guardian. Kami dari Guardian Gaya Squad sudah semestinya gembira! 

55TH CELEBRATING YEARS - 55% OFF 2ND ITEM!


Guardian Malaysia memperkenalkan barisan jenama baharu dan eksklusif sempena ulang tahunnya yang ke-55 pada Oktober 2022. 


SELAMAT ULANG TAHUN KE-55 GUARDIAN


“Apa yang mulanya hanya sebuah ruang perniagaan sekecil 200 kaki persegi di dalam pasar raya Weld, telah berkembang dalam 5 dekad lalu menjadi peneraju rangkaian runcit farmasi, kesihatan dan kecantikan terkemuka di negara ini, yang telah dipilih sebagai jenama peruncitan nombor satu di Anugerah Jenama Putra 2021 baru-baru ini. 

Hari ini, Guardian memiliki lebih daripada 520 stor di seluruh negara, e-stor yang berkembang pesat serta aplikasi yang boleh diakses bila-bila masa,” kata Angela Teo, Ketua Pemasaran, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd.

“Hari ini, sebagai sebahagian daripada sambutan Ulang Tahun ke-55 kami, kami menampilkan 24 ‘muka baru’ di stor kami dan kepada ahli Guardian Gaya Squad. Jenama-jenama baharu dan eksklusif ini merangkumi pelbagai segmen produk termasuk penjagaan kulit, penjagaan rambut, kesihatan dan kecantikan.

“Selain itu, bersempena dengan sambutan Ulang Tahun ke-55 ini, Guardian akan menawarkan promosi dan tawaran menakjubkan dari sekarang hingga 30 Oktober 2022.

Malah, kami telah menawarkan 1,000 produk dengan potongan 55% untuk belian item kedua dan banyak lagi tawaran promosi hebat yang lain,” tambah Teo.


- Promosi sah dari 3 Oktober - 30 Oktober 2022
- Diskaun 55% untuk item ke-2 adalah berdasarkan harga biasa.
- Selepas daftar keluar, diskaun akan ditunjukkan pada halaman daftar keluar
- Semak nilai diskaun sebelum meneruskan pembayaran
- Guardian Malaysia berhak untuk menamatkan, meminda atau menambah mana-mana Terma & Syarat ini tanpa notis terlebih dahulu

GUARDIAN GAYA SQUAD


Guardian Gaya Squad telah dijamu dengan pratonton istimewa jenama jenama baharu dan eksklusif tersebut yang ditawarkan hari ini dalam sebuah acara istimewa bagi meraikan ulang tahun ke-5 penubuhannya.

Guardian Gaya Squad yang merupakan sebuah inisiatif oleh Guardian Malaysia untuk membina hubungan dengan pelanggan menerusi media sosial kini menjadi sebuah saluran penyampaian utama untuk pelanggan mengakses idea dan maklumat untuk kehidupan yang sihat dan bijak.

“Inisiatif Guardian Gaya Squad yang telah dilancarkan lima tahun lalu kini diterima secara meluas oleh pelanggan kami sebagai satu saluran untuk mendapatkan maklumat trend kesihatan dan kesejahteraan serta produk terkini.”

“Kami memulakan Guardian Gaya Squad sebagai satu saluran utama untuk memperkenalkan pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa yang dijual di stor untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran umum tentang jenama tersebut kepada pelanggan menerusi influencer media sosial yang dijemput ke sesi-sesi itu,” jelas Teo. 

Sesi-sesi Guardian Gaya Squad adalah sebuah perhimpunan kecil dan intim yang dihadiri oleh influencer media sosial, dimana mereka diberi peluang yang unik untuk mengalami sendiri, menyentuh, merasai dan mencuba produk jenama tersebut dan lebih penting lagi, bertanya apa sahaja soalan yang ingin ditanyakan untuk mengenali jenama dengan lebih baik. 

Supaya akhirnya, semua ulasan yang disiarkan di media sosial untuk pengikut mereka dan pelanggan kami adalah maklumat yang mendidik dan berinformasi yang tepat dan berguna.

“Dengan cara ini, pelanggan kami belajar lebih banyak tentang jenama yang kami tawarkan,” tambah Teo. 

“Ia benar-benar satu inisiatif menang menang untuk pelanggan kami yang akan mendapat maklumat lebih mendalam tentang jenama kesihatan dan kecantikan terkini di pasaran dan trend terkini manakala pemilik jenama pula mendapat pendedahan jenama untuk meningkatkan kesedaran pengguna tentangnya,” kata Teo.

“Sebagai sebahagian daripada sambutan Ulang Tahun ke-55 kami, kami berbangga dengan apa yang telah kami capai selama ini dan akan terus bekerja bersungguh-sungguh kerana kami komited untuk membantu pelanggan kami mendapatkan kehidupan yang sihat dan Indah - setiap hari,” Teo mengakhiri.

MENGENAI GUARDIAN MALAYSIA 


Guardian Malaysia bermula sebagai sebuah kedai runcit farmaseutikal berkeluasan 200 kaki persegi, yang menyajikan perkhidmatan kepada komuniti ekspatriat 55 tahun lalu. 

Hari ini, ia merupakan peneraju rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit di negara ini, dengan lebih 500 buah stor di seluruh negara, menyediakan pelbagai produk kesihatan, kecantikan dan farmaseutikal yang tiada tandingannya. 

Setiap tahun, stor-stor kami menyediakan perkhidmatan kepada lebih 30 juta pelanggan di seluruh negara.

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !