RAWATAN KANSER NK CELL THERAPHY DARI NK BIOCELL SDN BHD KINI BOLEH DIHASILKAN OLEH UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

RAWATAN KANSER NK CELL THERAPHY DARI NK BIOCELL SDN BHD KINI BOLEH DIHASILKAN OLEH UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

Ruby
0
RAWATAN KANSER NK CELL THERAPHY DARI NK BIOCELL SDN BHD KINI BOLEH DIHASILKAN OLEH UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) | Assalammualaikum semua! Pada bulan Oktober ini, bukan sahaja ia bulan kesedaran kanser payudara semata-mata. Secara automatik kita akan ambil inisiatif Pink Oktober secara keseluruhan sebagai bulan kesedaran kanser. 

Kita semua mempunyai kisah kanser tersendiri. Sama ada dari kalangan ahli keluarga, diri sendiri atau masyarakat sekeliling. Apabila berjumpa dengan pejuang kanser yang kembali sihat juga kita akan sama-sama gembira. Sebab kita tahu, ia adalah perjuangan yang mengambil masa lama. Kanser boleh di rawat apabila kita melakukan pemeriksaan awal. Kanser juga mempunyai peringkat dan dari itu rawatan susulan akan membantu pesakit. 

RAWATAN KANSER NK CELL THERAPHY DARI NK BIOCELL SDN BHD KINI BOLEH DIHASILKAN OLEH UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)





Berita gembira buat kita semua! Sama ada anda penghidap kanser, ahli keluarga pesakit kanser, sahabat atau penjaga. Kini, NK Cell boleh dihasilkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Memorandum Persefahaman bersama NK Biocell Sdn. Bhd. Alhamdulillah! Semoga UKM mengambil peluang ini untuk melaksanakannya dengan terbaik!

NK Biocell Sdn. Bhd. ialah pusat rawatan kanser lanjutan yang mengkhususkan dalam imunoterapi menggunakan teknologi Korea yang telah dipatenkan. Imunoterapi adalah rawatan yang meningkatkan sistem imun badan untuk melawan dan mencegah kanser menggunakan sel pembunuh semulajadi iaitu NK Cell.

Natural Killer (NK) adalah sejenis sel limfoid yang berfungsi dalam sistem imun semula jadi untuk membuang sel diri yang dijangkiti atau kanser dengan kesan sampingan yang lebih sedikit. Matlamat utama adalah untuk memberi setiap pesakit yang didiagnosis dengan kanser peluang untuk sembuh dan pulih.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Pusat Kajian Kejuruteraan Tisu dan Perubatan Regenaratif, Fakulti Perubatan UKM menandatangani Memorandum of Understanding (MoU) bersama NK Biocell Sdn. Bhd. bagi menjalankan kajian bersama untuk menghasilkan semula sel tisu yang berkaitan dengan sistem immune seperti yang diadaptasi dari teknologi yang telah dijalankan di Korea.

Kajian berkenaan Natural Killer Cell atau dikenali sebagai NK Cell adalah bertujuan untuk membangunkan sel terapi yang berfungsi untuk membunuh sel kanser. Setelah hasil daripada kajian diluluskan, ia akan digunapakai untuk pesakit kanser di Malaysia.


RAWATAN KANSER NK CELL THERAPHY DARI NK BIOCELL SDN BHD KINI BOLEH DIHASILKAN OLEH UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)


MoU ini ditandatangani oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani bersama Ketua Pegawai Eksekutif NK Biocell Sdn. Bhd., Dr. Park Ji-Youn dengan disaksikan oleh Dekan Fakulti Perubatan UKM, Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Ghafor dan Konsultan Perubatan NK Biocell Sdn. Bhd., Dr. Lan Leong Chung. Hadir sama pada majlis ini ialah Timbalan Dekan (Jaringan dan Alumni), Fakulti Perubatan UKM, Prof. Dr. Marina Mat Baki.

Majlis menandatangani Memorandum of Understanding (MoU) di antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan NK Biocell Sdn. Bhd. telah diadakan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Perjanjian ini membolehkan UKM menghasilkan MYJ1633 yang mengandungi sel pembunuh semulajadi (NK Cell) dan sel T pembunuh semulajadi (NKT Cell), berpotensi untuk merawat pesakit kanser.

Secara dasarnya, terdapat lebih 48,000 kes kanser baru di Malaysia yang dilaporkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan angka ini bakal berganda menjelang 2040. Hal ini bakal membebankan sistem kesihatan negara dan memberi impak kepada emosi, fizikal, dan kewangan pesakit kanser. 

Di Malaysia, terdapat lebih 150 pakar onkologi yang mencatatkan nisbah 1 doktor pakar kepada 220,000 pesakit. Pakar-pakar memerlukan cara rawatan terbaru bagi memberi rawatan yang sewajarnya kepada pesakit kanser dan NK Cell bakal menjadi salah satu langkah rawatan pilihan.

NK Cell merupakan sebahagian dari sistem imun manusia yang memainkan peranan penting dalam memusnahkan sel tumor dan sel yang dijangkiti virus. Disebabkan oleh keupayaan sel-sel tersebut, kajian telah dijalankan dan menunjukkan bahawa sel-sel ini berpotensi digunakan untuk rawatan imunoterapi kanser (Choi et al., 2019). 

Dengan itu, badan dari Korea Selatan, ImmunisBio Co. Ltd. (Korea) telah membangunkan dan mematenkan teknologi yang dikenali sebagai MYJ1633, yang mengandungi NK Cell dan NKT Cell yang diaktifkan. Perjanjian ini membolehkan UKM menghasilkan MYJ1633 untuk pasaran Malaysia melalui NK Biocell Sdn. Bhd.


RAWATAN KANSER NK CELL THERAPHY DARI NK BIOCELL SDN BHD KINI BOLEH DIHASILKAN OLEH UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)


Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi UKM, Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani berkata, “Saya berharap usahasama ini dapat memberi manfaat kepada negara. Usahasama badan-badan kerajaan dan swasta seperti ini membuka sempadan baharu kepada institusi pengajian seperti kami untuk mengkaji penemuan-penemuan baru demi menghasilkan produk dan perkhidmatan rawatan yang terbaik kepada masyarakat. Kami di UKM juga berharap dapat menghasilkan produk perubatan untuk rawatan kepada pelbagai jenis penyakit di makmal yang mendapat pengiktirafan cGMP dan CTERM UKM.”.


RAWATAN KANSER NK CELL THERAPHY DARI NK BIOCELL SDN BHD KINI BOLEH DIHASILKAN OLEH UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)



Ketua Pegawai Eksekutif NK Biocell Sdn. Bhd, Dr. Park Ji-Youn berkata, “Perjanjian ini merupakan pencapaian kepada kedua-dua pihak dalam bidang sains, teknologi dan perubatan. Kini, kami mampu menghasilkan MYJ1633 yang selamat dan telah mendapat kelulusan dari Agensi Farmaseutikal dan Peralatan Perubatan (PMDA) Jepun untuk memberi manfaat kepada rakyat Malaysia khususnya pesakit kanser dan autoimun. Dengan bantuan CTERM UKM, kami berjaya mendaftarkan MYJ1633 dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Malaysia. Saya ingin mengucapkan syabas kepada semua yang terlibat dan percaya perjanjian ini akan memberi manfaat kepada semua.”.



Perjanjian UKM-NK Biocell Sdn. Bhd. ini bakal memberikan harapan baru kepada pesakit kanser di Malaysia yang ingin mendapatkan rawatan selain kemoterapi dan sebagainya. Hal ini membolehkan pesakit memilih rawatan mengikut kemampuan dan kesesuaian menepati keperluan rawatan berterusan.


RAWATAN KANSER NK CELL THERAPHY DARI NK BIOCELL SDN BHD KINI BOLEH DIHASILKAN OLEH UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)


Majlis ini turut dihadiri oleh Dekan Fakulti Perubatan UKM, Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor, Timbalan Dekan (Jaringan dan Alumni) Fakulti Perubatan, Prof. Dr. Marina Mat Baki, Ketua Jabatan Pusat Kajian Kejuruteraan Tisu dan Perubatan Regeneratif (CTERM) UKM, Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi Mh Busra, Ketua-ketua jabatan dan pakar-pakar kesihatan di Malaysia.

Rujukan : Choi, J. W., Lee, E. S., Kim, S. Y., Park, S. I., Oh, S., Kang, J. H., ... & Lee, S. (2019). Cytotoxic effects of ex vivo-expanded natural killer cell-enriched lymphocytes (MYJ1633) against liver cancer. BMC cancer, 19(1), 1-11.


Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !