KRIS DAYANTI & NORYN AZIZ: DUO DIVA LIVE IN MALAYSIA 29 OKTOBER 2022

KRIS DAYANTI & NORYN AZIZ: DUO DIVA LIVE IN MALAYSIA 29 OKTOBER 2022

Ruby
0
KRIS DAYANTI & NORYN AZIZ: DUO DIVA LIVE IN MALAYSIA 29 OKTOBER 2022 | ACO MEDIA dan Asia Momentum Media (AMM) dengan berbesar hati mempersembahkan KRIS DAYANTI & NORYN AZIZ: DUO DIVA LIVE IN MALAYSIA, menampilkan bintang ‘multitalented’ Indonesia, Kris Dayanti dan penyanyi jazz dan R&B terkenal Malaysia, Noryn Aziz.

Konsert duo yang hebat ini akan berlangsung di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC) pada 29 Oktober (Sabtu) dan tiket mula dijual sejak 7 Oktober 2022, 3 petang.

KRIS DAYANTI & NORYN AZIZ: DUO DIVA LIVE IN MALAYSIA 29 OKTOBER 2022


Kedua-dua diva yang memenangi pelbagai anugerah ini telah berada dalam industri muzik selama beberapa dekad. Kris Dayanti memulakan kerjaya muziknya pada tahun 1984 manakala Noryn Aziz memulakan kerjayanya pada tahun 1996. Oleh itu, ini pastinya merupakan kerjasama legenda ‘cross-country’!

“Konsert ini merupakan ‘customize concert’. Bagi kami, Kris Dayanti merupakan diva di Indonesia manakala Noryn Aziz pula Diva kesayangan ramai di Malaysia. Kami percaya bahawa kolaborasi dua diva ini akan mengegarkan pentas dan pastinya ada kejutan-kejutan yang bakal diberikan kepada para peminat mereka nanti. Jadi jangan lepaskan peluang menyaksikan dua Diva ini beraksi di sebuah pentas,” ujar Belvas Lee mewakili ACO MEDIA dan Asia Momentum Media (AMM).


Kris Dayanti, penyanyi dan pelakon popular Indonesia, akhirnya bakal mengadakan konsert semula di Malaysia selepas 5 tahun tidak muncul bertemu peminat di Kuala Lumpur khususnya. 

Diva yang terkenal dengan hits, ‘Menghitung Hari’ mula menyanyi pada usia 9 tahun untuk filem ‘Megaloman’. Lagu-lagu hebat Kris Dayanti dan persembahan langsung yang dinamik telah menjadikannya terkenal di Indonesia dan di seluruh dunia. 

Noryn Aziz, salah seorang penyanyi dan penulis lagu jazz dan R&B terhebat di Malaysia, memulakan kerjaya muziknya pada tahun 1996 sebagai ahli kumpulan Sister-Sister dan kemudian menjadi penyanyi solo pada tahun 1997 menerusi album solo pertamanya, 'Fantasi O Realiti'. Vokalnya yang sangat hebat telah memukau penontonnya selama bertahun-tahun. 

Dalam konsert ini, mereka berdua akan mempersembahkan lagu hits mereka seperti ‘Menghitung Hari’ oleh Kris Dayanti dan ‘Cerita Cinta’ oleh Noryn Aziz. 

Peminat juga boleh menjangkakan beberapa duet yang mengejutkan daripada duo yang hebat dengan vokal bertenaga ini! Sertai kami untuk malam persembahan yang menarik dan penuh keseronokan di MIECC!

HARGA TIKET KRIS DAYANTI & NORYN AZIZ: DUO DIVA LIVE IN MALAYSIA 


Harga tiket ialah:
VIP - RM 1,188
Cat 1 - RM 988
Cat 2 - RM 788
Cat 3 - RM 488
Cat 4 - RM 288

Dapatkan tiket anda sekarang di https://www.ticket2u.com.my/
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !