JOM MUAT TURUN APLIKASI KENANGAN COFFEE! BOLEH DAPAT MINUMAN PERCUMA!

JOM MUAT TURUN APLIKASI KENANGAN COFFEE! BOLEH DAPAT MINUMAN PERCUMA!

Ruby
10
JOM MUAT TURUN APLIKASI KENANGAN COFFEE! BOLEH DAPAT MINUMAN PERCUMA! | Assalammualaikum semua! Semalam Ruby berkesempatan ke Pelancaran Cawangan Pertama Global Kenangan Coffee di Suria KLCC. Menariknya di sini, mereka menggunakan sistem pesanan yang mudah iaitu aplikasi di telefon pintar je. 

Bayangkan anda keluar dari LRT KLCC dan nak masuk kerja di dalam Suria KLCC, Petronas Twin Tower atau di sekitar kawasan ini. Pesan je minuman atau makanan melalui aplikasi dan anda akan dapat notifikasi minuman atau makanan yang dah ready untuk pick up. Know know dah siap! Masa amat berharga kan? Kalau servis laju, konsisten serta berkualiti, hari-hari kita pasti akan order. Grab-and-go! Hahaha. 

JOM MUAT TURUN APLIKASI KENANGAN COFFEE! BOLEH DAPAT MINUMAN PERCUMA! 



Sejak sibuk dengan urusan harian, Ruby selalu mengelak bersesak dengan masyarakat. Jualan murah dah tidak pergi. Promosi hebat pun tak pergi. Beratur panjang? Memang tidak! Menunggu lama? Lagi tak mahu! 

Segala urusan harian memang akan dijadualkan termasuklah cuaca hari ini dan keadaan trafik jalan raya. Tak sanggup stress atau kelam kabut. Nak elak semua tu, Ruby akan keluar awal. Semuanya awal. 

Di antara gaya hidup yang Ruby sangat suka, ada di dalam aplikasi Kenangan Coffee. Baru tadi Ruby muat turun dan daftar. Belek-belek dalam aplikasi, ehhh semua menu ada setiap hari! Kemudian harga terpapar dan berpatutan. Nak gula lebih? Ais kurang? Tambah topping? Heyyy mudahnyaaaa. 



Anda masuk ke Google Play Store atau Apple Store untuk muat turun Kenangan Coffee. Setelah install, anda daftar nombor telefon dan email. Siap verifikasi, anda dah sedia untuk membuat pesanan. 

MENU KENANGAN COFFEE


Di dalam aplikasi Kenangan Coffee tersedia beberapa kategori dan kesemuanya pilihan pasti sesuai dengan selera anda. Hehe. Kenangan Coffee cuba untuk menyediakan keperluan anda. Peminat kopi, peminat teh dan peminat non kopi serta teh pun ada. Jadi, tiada sebab untuk berkata TIDAK kepada Kenangan Coffee. 

COFFEE LOVER



NON COFFEE LOVER TAPI MAU KE KENANGAN



TEH-TARIK UNTUK YANG SUKA NGETEH!



KEK UNTUK KENANGAN MANIS


MUFFIN UNTUK SI COMEL


PASTRY PASANGAN MINUMAN ANDA


BIJI KOPI ISTIMEWA KENANGAN CPFFEE


MUDAH MEMBUAT PESANAN


Di Kenangan Coffee, gaya hidup si peminat kopi lebih best dengan hanya memilih dari aplikasi. Adakah kami introvert sehingga tidak mahu bercakap dengan Barista? Tidak! Ada kalanya introvert perlu fokus hal lain. Namun, Barista di Kenangam Coffee akan menyapa dengan mesra "Welcome to Kenangan Coffee". "Order for Ruby is Ready!". "Enjoy your day!". 

Kadang-kadang sapaan begitu akan buat kita tersenyum dan bangkit mengenal realiti. Realitinya kita masih boleh menikmati secawan Kenangan Coffee. Ummmmmmm. Kembali fokus dengan lebih hebat lagi ya!

Dibawah ini adalah contoh Ruby memesan Americano. Pada kebiasaannya Ice Americano yang Ruby pesan tiada gula. Anda boleh pesan saiz dari small, regular atau large. Nak sejuk atau panas? Biji kopi jenis Bumi Flores atau Kenangan Blend? Kemudian nak ais? Kurang ais atau tiada ais? Mudah sangat kan?


Selepas itu, anda pilih topping pula. Ada dua bahagian topping. Mungkin anda ingin extra espresso dan hazelnut syrup. Boleh tambah. Easy peasy! 

TEBUS COP UNTUK DAPAT MINUMAN PERCUMA


Jika anda sudah menjadi fans Kenangan Coffee, berita gembira buat anda! Setiap pembelian akan melayakkan anda untuk mendapat satu cop. Kumpul cop banyak-banyak, anda akan dapat minuman percuma!


KENANGAN POINT & BAUCAR

Ini adalah cara bagaimana Kenangan Coffee give back kepada komuniti dan pelanggan. Anda akan menerima cashback dan baucar promosi untuk lebih penjimatan. 

Hari ini, 18 Oktober 2022 hari pertama Kenangan Coffee beroperasi. Jom support mereka dan nikmati kopi pada harga berpatutan. Semua biji kopi Kenangan Coffee adalah autentik dari Indonesia. 4 kawasan pertanian biji kopi yang terlibat iaitu di Aceh Takengon, Sidikalang di Sumatra Utara, Jawa Timur dan Flores.

Enjoy dan jom curhat di Kenangan Coffee! 
Tags

Catat Ulasan

10Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Menariknyaa.. kalau Jojor ada juga ke dia cover, kalau ada nak muat turun juga laaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahun 2023 Kenangan Coffee plan buka 100 cawangan di seluruh Malaysia. Harap di Johor Bahru ada. Dibuka khas untuk Sis Lin. Ewaahhhh. Hehehe.

      Padam
  2. Wow that's interesting, now many company has their own app, including this also

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenangan Coffee dah ada aplikasi sendiri sejak mula perniagaan. Sebab mereka bermula dengan start-up company tech tapi ke arah F&B. Keputusan yang bijak memiliki apps sendiri dari awal. Mudah untuk diselenggara.

      Padam
  3. Menarik nie. Weekend nie boleh ajak my family try out la kot sebab angan2 nak outing area KLCC

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe boleh la naik LRT dan pesan Kenangan Coffee. Mereka di sebelah pintu masuk dari LRT tu je. Mudah akses.

      Padam
  4. Terus rasa nak download Apps Kenangan Coffee. Minuman 'Kenangan Susu X Boba dan 'Milo Dinasaur Kaw' nampak sedap dan AM tertarik nak mencubanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nama menu mereka memang comel. Akak boleh pilih ikut sugar level dan tambah extra topping. Nanti grab-n-go sahaja.

      Padam
  5. Wahhh nak download app ni sekarang juga la, esok terus g claim coffee free! Jap, seriously ni harga coffee kat KLCC? serious macam tak percaya jer taw! Less than RM 10 pun ada... kena switch to this as my lifestyle coffee la lepas ni, pergi office lalu terus grab as morning fuel..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya benerrr harga below rm 10. Sebenarnya memang tujuan Kenangan Coffee untuk reach more people. Beri extra fuel untuk kita happy mulakan hari baru di pejabat. Hehehe.

      Padam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !