HEGIRA BUKA CAWANGAN KEDUA DI IOI CITY MALL PUTRAJAYA

HEGIRA BUKA CAWANGAN KEDUA DI IOI CITY MALL PUTRAJAYA

Ruby
10
HEGIRA BUKA CAWANGAN KEDUA DI IOI CITY MALL PUTRAJAYA | Assalammualaikum semua. Pada 1 Oktober 2022 yang lalu telah berlangsung pelancaran dan pembukaan butik fizikal kedua Hegira di IOI City Mall Putrajaya Fasa 2. Acara sangat meriah dihadiri oleh tetamu kehormat dan pelanggan setia Hegira sendiri.

Bagi pelanggan di Kuala Lumpur, membeli Hegira melalui laman web utama adalah perkara biasa. Namun, apabila dapat memegang tudung-tudung jenama Hegira. Berlainan perasaan yang muncul. Material yang Hegira pilih adalah dari kain yang berkualiti. Corak pula yang segar. Walaupun ia tudung sarung, ia tampak manis kepada si pemakai. Jahitan tepi juga kemas. Tudung semudah ABC begini sentiasa menjadi dambaan kepada muslimah. Lebih istiqomah untuk menjaga aurat. 

HEGIRA BUKA CAWANGAN KEDUA DI IOI CITY MALL PUTRAJAYA  



Perkataan Hegira di ambil dari kisah Nabi Muhammad S.A.W. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Marilah kita memupuk rasa cinta kita kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan menerapkan sifat-sifat mulia dan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w di dalam kehidupan seharian kita. 

Hegira merupakan hijrah Nabi Muhammad S.A.W dari Mekah ke Yathrib (Madinah) pada tahun 622 M, menandakan penyatuan masyarakat Islam pertama. Ia adalah peristiwa  bersejarah di mana perjalanan oleh sekumpulan besar untuk berpindah dari persekitaran yang bermusuhan. 

Dari kisah Nabi Muhammad S.A.W ini, kita sebagai umatnya boleh mengambil semangat perjuangan baginda. Liku-liku memperjuangkan agama Islam dan cabaran menjaga masyarakat Islam. Ia adalah tindakan yang sangat bertanggungjawab. 

Begitulah apa yang ingin dilakukan oleh Pengasas Hegira. Puan Suri mengambil berat tentang pelanggannya dan juga pekerjanya. Semua yang terlibat dalam penubuhan Hegira menjadi tanggungjawab kepada beliau untuk memperkukuh perniagaan ini dengan pembukaan cawangan fizikal agar dapat memberi bantuan kepada muslimah dalam menjaga aurat. Sambil berniaga, kita berdakwah sekali. InsyaAllah.  


Peneraju hijab inovasi dan berinspirasi di Malaysia, Hegira melangkah setapak lagi ke hadapan dengan membuka butik kedua setelah tiga tahun berada dalam pasaran dan kejayaan butik pertama di Kota Bharu, Kelantan. Pembukaan butik kedua ini bertujuan untuk menjadikan jenama Hegira lebih dekat dengan pelanggan-pelanggan setia mereka.

Hegira yang dikenali sebagai virtuoso tudung menjadi rakan kolaborasi SK bagi memanfaatkan permintaan tinggi tudung slip-on. Sebagai rakan kolaborasi dan anak syarikat Siti Khadijah, Hegira diilhamkan daripada kemuliaan perkataan ‘hijrah’ atas penghormatan kepada sejarah penting agama Islam ketika Nabi Muhammad SAW berhijrah dari Mekah ke Madinah. 

Keunikan, fleksibiliti dan praktikal menjadi tunjang utama rekaan hijab yang dikeluarkan Hegira dalam usaha menampilkan keperibadian setiap wanita supaya tampil lebih bersederhana dan mengangkat martabat dan nilai diri mereka. Prinsip utama Hegira yang mengangkat inovasi telah berjaya meletakkan Hegira berada di barisan hadapan dalam pembangunan dan rekaan hijab yang tersendiri.
 

Pengasas Hegira, Suri Daman berkata, visi Hegira adalah untuk menjadi sedekat mungkin dengan kehidupan wanita dan menemani mereka mengharungi kehidupan yang mencabar.

“Kami akan terus mereka bentuk tudung, pakaian, dan produk lain yang boleh memudahkan kehidupan wanita. Lebih penting, sesuai dengan slogan kami 'Ubah Nasib Anda', kami berharap Hegira melalui produk dan kisahnya dapat memberi inspirasi kepada ramai wanita untuk memiliki kisah hijrah peribadi serta mampu menentukan nasib mereka sendiri. Kami juga merancang untuk menjadikan jenama Hegira lebih mudah diakses oleh pelanggan kami dengan membuka lebih banyak lokasi runcit fizikal di seluruh negara mulai tahun ini,” katanya.

Hegira menampilkan variasi rekaan hijab termasuklah keistimewaan utama, iaitu hijab sarung atau slip ons (The SO's) dan PS laitu Pin & Style. Menariknya, setiap hijab sarung (The SO's) menampilkan nama-nama yang bermula atau berakhir dengan perkataan SO seperti Prettily-So. Charmingly-So. Lovely-So, So-Right dan banyak lagi. 

Hegira menyasarkan untuk menghasilkan lebih banyak rekaan dan produk khusus untuk golongan wanita. Tudung keluaran Hegira juga boleh dibeli menerusi dalam talian atau hadir sendiri ke rangkaian butik berhampiran.


Acara pembukaan dan pelancaran butik kedua ini dibuat serentak bersama butik terbaharu Siti Khadijah pada Sabtu, jam 11 pagi di IOI City Mall Putrajaya Fasa 2.

Tags

إرسال تعليق

10تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Weekend nie bawa kengkawan yang penggemar setia SK nie. Dengar kata ada memacam offer ye

    ردحذف
  2. Cantik la kedai Hegira ni.. sangat teratur dan love the pegangan/prinsip/konsep yang diterapkan oleh Puan Suri.. boleh ajak kawan2 Nell pergi juga la,, they sure suka collection yang ada kat sini..

    ردحذف
  3. tak pernah lagi try tudung brand ni. tahniah hegira untuk cawangan kedua. dekat dengan rumah boleh la pi nanti

    ردحذف
  4. Congrats to their 2nd outlet opening, their collections look versatile and colors also very subtle

    ردحذف
  5. sanggat meriah! Congratulations for their second store opening kat IOI City Mall Putrajaya. Nanti nak visit there and shop till drop!

    ردحذف
  6. Congratulations congratulations on the new opening, I love the pink outlet design , so lovely nice to visit & enjoy shopping la. Cheers Siennylovesdrawing

    ردحذف
  7. Congrats on the 2nd opening, Putrajaya IOI Mall does seem to be a nice spot, hope u got something during your visit!

    ردحذف
  8. Tahniah diucapkan buah HEGIRA atas pembukaan cawangan kedua ini. Moga selepas ini lebih banayk cawangan & rakyat Malaysia bolehlah membeli belah di sini dengan mudah :)

    ردحذف
  9. Nampak menarik design Hijab kat sini yea.. Boleh la ajak kengkawan jengah ke sini hujung minggu ini

    ردحذف
  10. semakin melebarkan sayap, congratulations on your second branch opening HEGIRA ! :)

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !