GIGI ‘NAKAL’ DI KUALA LUMPUR 5 NOVEMBER INI!

GIGI ‘NAKAL’ DI KUALA LUMPUR 5 NOVEMBER INI!

Ruby
1
GIGI ‘NAKAL’ DI KUALA LUMPUR 5 NOVEMBER INI! | Assalammualaikum semua!!! Finally GIGI juga hadir ke Malaysia untuk mengadakan konsert pada 5 November 2022 ini! Kumpulan muzik Indonesia ini terkenal dengan lagu lirik puitis percintaan. Menghargai setiap alam percintaan. 

Nakal menjadi trending pada sekitar tahun 2007 dari album Peace, Love 'n Respect. Ini adalah lagu favourite Ruby. Namun lagu Terbang popular sekitar tahun 1999 adalah punca segala-galanya. Punca satu Malaysia suka GIGI. Kemudian lagu seperti 11 Januari, Andai, Berlabuh, Ya.. Ya.. Ya.., Cinta Terakhir, Pintu Sorga, Jomblo dan banyak lagi!

GIGI ‘NAKAL’ DI KUALA LUMPUR 5 NOVEMBER INI!



GIGI ‘NAKAL’ DI KUALA LUMPUR
Tarikh : 5 November 2022
Hari: Sabtu 
Masa: 8 malam
Lokasi : ZEPP Kuala Lumpur, B2-01-02, Level B2, Entertainment Hub, BBCC, 2, Jalan Hang Tuah, 55100 Kuala Lumpur.

Umum sudah mengetahui bahawa kumpulan Gigi bakal mengadakan konsert dengan judul Gigi ‘Nakal’ di Kuala Lumpur pada 5 November ini bertempat di Zepp Kuala Lumpur bermula 8 malam. 

GIGI adalah sebuah kumpulan rock Indonesia yang diketuai oleh pengasas, Armand Maulana, dan penulis lagu Dewa Budjana. Ditubuhkan pada tahun 1994, menurut senarai di Spotify dan Wikipedia, GIGI telah mengeluarkan 21 album. Ini termasuk album, single dan kompilasi. Nada Yang Hilang merupakan lagi terkini dihasilkan pada tahun 2022. Suara Armand Maulana masih sama!!! 

Angan (1994), Dunia (1995), 3/4, (1996), 2 X 2 (1997), Kilas Balik (1998), Baik (1999), Untuk Semua Umur (2001), Salam Kedelapan (2003), Ost. Brownies (2004), Raihlah Kemenangan? (2005), Next Chapter (2006), Pintu Sorga (2006), Peace, Love 'n Respect (2007), Jalan Kebenaran (2008), Sweet Seventeen (2011), Aku dan Aku (2012), Live At Abbey (2014), Mohon Ampun (2016), Setia Bersama Menyayangi Dan Mencintai (2017), Gigi (2019) dan Amnesia (2021).

Kompilasi album dengan lagu-lagu terbaik GIGI di The Greatest Hits Live In Concert (2000) dan The Best of Gigi (2002). Singles pula terdiri daripada Pesan Yang Singkat (2020), My Facebook (2020), Berlabuh (2021), dan Nada Yang Hilang (2022).

Sudah sekian lama GIGI tidak menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur. GIGI akan kembali merawat kerinduan para peminat di Malaysia. Terakhir kumpulan itu beraksi di Menara PGRM pada tahun 2003 dan muncul di sebuah festival muzik di Mont Kiara pada tahun 2008. 

Pastinya kehadiran GIGI yang dianggotai oleh Armand Maulana (vokal), Dewa Budjana (gitar), Thomas Ramdhan (bass) dan Gusti Hendy (dram) dinantikan oleh para peminat terutamanya GIGIKita. 

Kemunculan kali ini akan merawat kerinduan ramai terutamanya pemuzik yang mengidolakan kumpulan ini di atas bakat dan skill mereka. Pihak YOLO Malaysia dengan kerjasama Tanjak Adventure & Tour selaku penganjur dan Udzir Harris Projects selaku penyelaras konsert bakal memberi yang terbaik sepanjang GIGI beraksi selama dua jam di ZEPP Kuala Lumpur.

“Pihak YOLO Malaysia dan Udzir Harris Projects berasa sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan kumpulan terkenal Gigi untuk konsert kali ini. Begitu juga jalinan profesional bersama pihak Tanjak Adventure & Tour bagi merealisasikan konsert yang memang ditunggu-tunggu ramai ini, “ ujar Ib Harun selaku Pengasas YOLO ASIA. 


HARGA TIKET GIGI: NAKAL DI KUALA LUMPUR



Tiket-tiket dijual pada harga seperti berikut:

  • RM 200 (ROCK ZONE - Free standing)
  • RM 250 (SEATING - upper tier)
  • RM 350 (VIP SEATS - upper tier)
  • RM 5,000 (SVIP BOX - termasuk meet & greet, makanan dan minuman)

Manakala untuk kategori-kategori lain yang ingin menambah ‘Meet & Greet’, boleh melakukannya dengan hanya bayaran tambahan RM 250. Para peminat boleh membeli tiket di www.yoloasia.com

Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. best layan lagu Gigi, dapat beli seat depan memang mantap tengok diorang nyanyi live :)

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !