GUNA APLIKASI SAMSUNG HEALTH DI GALAXY Z FLIP4 UNTUK MENGESAN AKTIVITI OLAHRAGA

GUNA APLIKASI SAMSUNG HEALTH DI GALAXY Z FLIP4 UNTUK MENGESAN AKTIVITI OLAHRAGA

Ruby
1
GUNA APLIKASI SAMSUNG HEALTH DI GALAXY Z FLIP4 UNTUK MENGESAN AKTIVITI OLAHRAGA | Assalammualaikum semua! Ruby dah mula berlari 1km baru-baru ini. Kemudian Ruby teruskan lagi setiap hari. Hari Khamis ni dah masuk hari ketiga. Alhamdulillah. Aktiviti larian memang Ruby suka. Ini di antara sukan yang Ruby teruskan sampai sekarang walaupun ON OFF. Hahaha. 

Bila tidak berlari, badan mula malas dan berat badan tidak terkawal. Pemakanan seimbang juga tidak akan mengubah kilogram kita jika kita tidak berpeluh keluarkan toksin dalam badan. Berlari ni beri semua sistem dalam badan wake-up. Sebab setiap langkah kita membuat segala lemak bergegar dan jantung akan mengempam darah. Barulah lancar peredaran darah. 

GUNA APLIKASI SAMSUNG HEALTH DI GALAXY Z FLIP4 UNTUK MENGESAN AKTIVITI OLAHRAGA


Dulu, jika berlari 5km, mesti kena muat turun aplikasi lain untuk rekod. Paling penting perlu ada peta, barulah syok tengok pencapaian berlari pusing satu taman. Hehehe. Sekarang, semua aplikasi pengesan larian semua Ruby dah delete kecuali Samsung Health. 

Samsung Health tersedia pada peranti dengan Android 8.0 Oreo (API tahap 26) ke atas. Ia boleh didapati pada semua telefon pintar Samsung dan juga telefon pintar Android selain Samsung. TargetSdkVersion apl yang menggunakan Samsung Health SDK untuk Android hendaklah 26 tahun ke atas. 

Pengguna boleh cuba aplikasi ini di telefon jenama lain dan pasti anda akan berasa ingin mencuba peranti-peranti Samsung Galaxy. Hehehe. Seperti Ruby menggunakan Galaxy Z Flip4, ia bersaiz comel kerana peranti boleh di lipat dari Samsung sangat jimat ruang. Berlari sambil bawa telefon pintar tiada masalah bagi Ruby.

Bagaimana ingin menggunakan Samsung Health? Mudah sahaja. Muat turun terlebih dahulu di Google Play Store. Apabila sudah install. Anda masukkan maklumat peribadi dan set olahraga kegemaran anda. 


Apabila sudah set semua informasi berkenaan diri anda. Anda boleh cuba menggunakan aplikasi Samsung Health untuk olahraga jenis larian di bahagian Exercise. Tekan ikon larian. 


Pilih Running dan set berapa anda target untuk larian. Ruby target 3km untuk permulaan. Namun, Ruby tak larat sehingga 3km. Jadi, 1.65km sahaja. Okay la untuk comeback. Hahaha. 


Ruby pilih distance target. Agar mudah untuk Ruby agak berapa kilometer kawasan taman perumahan untuk capai 3km. 


Apabila melihat peta di Samsung Health. Rupanya untuk capai 3km perlu dua kali pusing taman. Disebabkan sudah kepenatan, Ruby berhenti berlari dan terus pulang. Kita cuba lagi hujung minggu ni nanti.



Dengan peranti Samsung, semua Galaxy Watch4 dan Galaxy Buds2 Pro akan Ruby sambung ke Galaxy Z Flip4 melalui aplikasi Galaxy Wearable. Jadi, sambil berlari, telinga ada Galaxy Buds2 Pro untuk mendengar muzik dan Bixby bagi tau rumusan larian Ruby. Jadi, tidak perlu lihat telefon. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat. 


إرسال تعليق

1تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. love a good fitness app at this age! i am using a similar app on my phone too but the samsung version seems amazing too. wishing you all the luck you'd need for your run this weekend! :)

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !