MOVIE REVIEW: AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA

Assalammualaikum semua! Filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa bakal ditayangkan dalam beberapa hari sahaja lagi! Ruby berkesempatan menonton filem ini selepas Pelancaran Ekspo Air Force The Movie: Selagi Bernyawa di Tropicana Gardens Shopping Mall, Center Court yang menampilkan informasi tentang aset-aset Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM).

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa ialah sebuah filem aksi ketenteraan Malaysia 2022 yang diarahkan oleh Zulkarnain Azhar dan Frank See. Ia mengisahkan mengenai Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang terkandas di Namburi selepas kapal terbang mereka ditembak oleh puak pemisah.

Manakala pasukan Tentera Udara di Malaysia berusaha untuk menyelamatkan mereka. Dibintangi oleh Aiman Hakim Ridza, Adi Putra, Nas-T, Luqman Hafidz, Johan As'ari, Pablo Amirul, Jack Tan, Sara Ali dan ramai lagi, filem ini akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 25 Ogos 2022.

MOVIE REVIEW AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA

Setelah menonton filem ini, ada banyak perkara Ruby nak kongsikan. Sebab Ruby beri benchmark yang tinggi sebagai penggemar filem. Namun, kita boleh beri penghargaan kepada mereka yang bertungkus lumus mencuba menghasilkan filem Patriotik kepada penonton. Boleh dikatakan perjalanan industri filem Malaysia semakin maju dan membanggakan.

Lakonan Nas-T paling menyerlah dengan ekspresi wajah dan gaya PASKAU tu memang beri keyakinan bahawa semua akan selamat apabila dia ada. Sepanjang misi menyelamatkan diri dari serangan pengganas, watak Adib ni beri harapan kepada semua. Harapan hadir apabila ada yang masih bertanggungjawab memimpin. Setuju?

Ruby salute dengan pakaian seragam yang semua pelakon pakai lengkap mengikut protokol pakaian PASKAU dan TUDM. Semua pelakon nampak segak dan kemas. Bahagian mekap juga tidak ketinggalan, semua pelakon kita nampak seperti tentera sedang berperang. Kesan khas dan sinematografi memang cun. Semua jelas terpapar. 

Boleh dikatakan apa yang ingin dipaparkan adalah sangat terperinci. Cuma, bab aset yang digunakan oleh Zafran sahaja buat Ruby banyak membebel. Kenapa cara duduk di dalam jet terlalu ke belakang. Macam bersandar sangat. Wajah tidak nampak seperti sedang menerbangkan jet pejuang. 

Semasa "dog fight" bersama MIG pihak pengganas, kenapa naik ke 5G tiada safety sound macam "error error teettt toott teettt tooo restoree restoreeee". Kemudian Zafran dan Spoon pengsan. Risau pula apabila safety juruterbang tidak diketengahkan dalam filem ini. Lepas tu kan, bukan ke Cypher tu Wingman? Mana dia pergi? Ke Ruby yang tidak perasan? 

Serius teruja tengok filem ni. Tapi tulah, macam ada yang tak cukup. Walau apa pun, semua barisan pelakon semua memainkan peranan dengan baik sekali. Serius bangga dan akan repeat tonton lagi. Sebab ada sisi lain yang buat kita nak kenali PASKAU dan TUDM. Bangga! Hehehe. 


MOVIE REVIEW: AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA


Terbitan: Air Force The Movie diterbitkan dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama lima syarikat penerbitan gergasi iaitu Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas (GSC), Astro, FXHammer Films dan SixFun Media.
Pengarah: Zulkarnain Azhar & Frank See
Pengedar: GSC Movies
Tarikh Tayangan: 25 Ogos 2022
Bahasa: Bahasa Melayu
Genre: Aksi, Ketenteraan, Patriotik
Klasifikasi: P13
Sari Kata: Bahasa Melayu / English / Cina
Durasi Tayangan: 90 minit (1 jam, 30 minit)
Pelakon:
Aiman Hakim Ridza sebagai Zafran
Dato’ Adi Putra sebagai Adnan / Lejen
Nas-T sebagai Adib
Sara Ali sebagai Natrah
Pablo Amirul sebagai Tuai
Johan As’ari sebagai Paco
Luqman Hafidz sebagai Gaban
Anas Ridzuan sebagai Matno
Iman Corinne sebagai Susan
Jack Tan sebagai Hujan
Esma Daniel sebagai Brigadier Jeneral Rahim
Sangeeta Krishnasamy sebagai Leftenan Layla
Aqasha
Azira Syafinaz sebagai Hana
Scha Alyahya sebagai Kapten Nur Liyana
Carmen Soo sebagai Marya
Fezrul Khan sebagai Mejar Zaid TUDM
Niezam Zaidi sebagai Cypher

Trailer:


SINOPSIS


Filem ini mengisahkan Kapten Adib dan Major Adnan bersama skuadnya yang terlibat di dalam misi bantuan kemanusiaan di Namburi, sebuah negara yang sedang dalam pergolakan. Di dalam perjalanan pulang ke Malaysia, pesawat mereka telah ditembak jatuh oleh pengganas. Mengetahui perkembangan ini, Tentera Udara Diraja Malaysia telah mengarahkan misi untuk menyelamatkan mereka semua. Zafran, sahabat baik dan bakal abang ipar kepada Adib merupakan seorang juruterbang pesawat SUKHOI berusaha untuk menyelamatkan mereka. Demi keselamatan bersama, mereka harus berkorban dan berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.

MOVIE REVIEW: AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA

MOVIE REVIEW: AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA

MOVIE REVIEW: AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA

MOVIE REVIEW: AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA

MOVIE REVIEW: AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA

MOVIE REVIEW: AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA

MOVIE REVIEW: AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA

MOVIE REVIEW: AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA


PASKAU


Pasukan Khas Udara atau diberi singkatan sebagai PASKAU merupakan di antara salah satu pasukan elit yang terbaik di Malaysia diletakkan di bawah tanggungjawab Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang biasanya menjalankan tugas-tugas mengekang sebarang bentuk serangan dan keganasan dari pihak musuh dan anasir-anasir luar yang melibatkan senario rampasan pesawat-pesawat TUDM dan awam serta tawanan ke atas pengkalan tentera udara dan lapangan terbang awam serta tugas-tugas khas sama seperti pasukan elit yang lain di Malaysia tetapi dengan merangkumi kepakaran masing-masing.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Pasukan_Khas_Udara

ASET TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA (TUDM)


MOVIE REVIEW: AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA MOVIE REVIEW: AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA

MOVIE REVIEW: AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA MOVIE REVIEW: AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA

PELANCARAN EKSPO AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA DI TROPICANA GARDENS SHOPPING MALL


MOVIE REVIEW: AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA


AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA ini bakal ditayangkan di 170 lokasi di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura bermula 25 Ogos 2022. Ia juga tersedia dalam Dolby Atmos dan 4DX untuk pengalaman yang lebih gempak. 

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Previous Post Next Post