TELEKUNG SITI KHADIJAH DAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) JALIN KERJASAMA UNTUK KOLEKSI ATMA YANG BAKAL DILANCARKAN PADA 2023

TELEKUNG SITI KHADIJAH DAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) JALIN KERJASAMA UNTUK KOLEKSI ATMA YANG BAKAL DILANCARKAN PADA 2023 | Assalammualaikum semua! Pada 9 Jun 2022 yang lalu Ruby telah hadir ke acara Majlis Penyerahan Dokumen Perjanjian Pelesenan di antara INOVASI @ UKM dan Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd. Ia adalah kerjasama julung kali sebegini oleh Siti Khadijah dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Institut Alam dan Tamadun Melayu atau lebih dikenali sebagai ATMA dalam menghasilkan rekaan terbaharu Telekung Siti Khadijah.

Melalui kerjasama ini, pihak Siti Khadijah dapat menerima idea-idea rekaan malalui manuskrip Tamadun Melayu dari sumber yang sahih dan lengkap. Rekaan ini diterjemahkan oleh UKM yang lebih arif tentang kajian manuskrip Tamadun Melayu. Manuskrip ini adalah harta intelek yang telah dijaga rapi sejak bertahun lamanya. 


TELEKUNG SITI KHADIJAH DAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) JALIN KERJASAMA UNTUK KOLEKSI ATMA YANG BAKAL DILANCARKAN PADA 2023

Manuskrip Tamadun Melayu ialah penanda kembara bangsa Melayu. Hampir semua manuskrip Tamadun Melayu ditulis dalam tulisan khat Jawi. Di dalam manuskrip ini terdapat kandungan tentang warkah Raja-Raja, ilmu keagamaan, perubatan, cerita rakyat dan macam-macam lagi. Kebanyakan manuskrip Tamadun Melayu tersimpan di perpustakaan negara Belanda. Naskhah berkenaan adalah koleksi diperoleh Belanda ketika zaman penjajahan. 

Jenama Siti Khadijah juga telah mendaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia dengan sasaran untuk melangkah ke pasaran Antarabangsa. Siti Khadijah dan UKM berharap kolabrasi ini akan berterusan dan mendapat perhatian semua pelanggan. Terus yakin bersemangat untuk mengetengahkan karya-karya hebat iaitu karya Tamadun Melayu di mata dunia. 

Manuskrip Tamadun Melayu adalah Harta Intelek pada abad ke 19 yang sukar di fahami. Penyelidikan estetika telah menghasilkan 8 corak dari manuskrip. Pihak Siti Khadijah telah memilih corak-corak yang terbaik. Corak manuskrip ini berbentuk bunga melayu, ilustrasi dan rekaan unik. Khazanah manuskrip mengangkat kredibiliti Melayu dari segi nilai wafak dan tulisan khat. 

Bahasa hadir dengan budaya. Mengangkat jenama Siti Khadijah ke peringkat antarabangsa. Mungkin pada masa akan datang kita boleh mewajibkan Bahasa Melayu untuk acara rasmi dan tidak rasmi negara. Siti Khadijah bekerjasama UKM untuk penyelidikan dan dapat kembangkan lagi ia ke persada antarabangsa. Bawa kedua-dua nama bersama agar dapat mengangkat semula budaya dan penejenamaan dari Malaysia. Meningkat Siti Khadijah, menyerlah Universiti Kebangsaan Malaysia. 

TELEKUNG SITI KHADIJAH DAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) JALIN KERJASAMA UNTUK KOLEKSI ATMA YANG BAKAL DILANCARKAN PADA 2023
Ts. Dr. Ros Mahwati Anmad Zakaria dari Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Kerjasama yang diwujudkan ini bertujuan untuk mengetengahkan koleksi Manuskrip Melayu selain meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman masyarakat untuk memelihara khazanah negara yang kian dilupakan. Kolaborasi ini adalah langkah tepat dalam memastikan kelestarian manuskrip melayu agar generasi baharu pada hari ini dapat mengenali tinggalan manuskrip nenek moyang terdahulu yang bersejarah.

Tambahan pula, kerjasama ini diharapkan dapat menjadi penanda aras baharu dalam rekaan busana telekung yang berinspirasikan corak dan motif manuskrip-manuskrip yang terdapat di ATMA selain meraikan kepelbagaian budaya khususnya budaya tamadun melayu yang pernah gemilang di mata dunia suatu ketika dahulu.

Majlis penyerahan perjanjian berlangsung di Anjung Digital Smart Selangor, Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi bersama Prof. Dato’ Ir. Dr. Abdul Wahab Mohammad ( pengerusi UKM Technology Sdn Bhd ) & En Mohammad Munzir (Ketua Pegawai Eksekutif Siti Khadijah Sdn Bhd) pada jam 10 pagi.

Koleksi telekung yang diinspirasikan oleh manuskrip melayu ini akan mula memasuki pasaran Siti Khadijah bermula bulan Januari 2023. 4 koleksi akan dilancarkan secara 3 kali setahun dan selama 3 tahun anda akan melihat kesinambungan setiap koleksi ATMA Siti Khadijah.  

Di Siti Khadijah, telekung-telekung tersedia dalam 3 jenis harga melalui 3 jenis label iaitu Basic @ White Label anggaran harga dari RM 89 - RM 199, Premium @ Maroon Label anggaran harga dari RM 195 - RM 445 dan Exclusive @ Black Label anggaran harga dari RM 538 - RM 988. Untuk koleksi ATMA, Siti Khadijah akan mengeluarkan koleksi tersebut untuk kesemua 3 label bagi memenuhi permintaan pelanggan. 

MENGIMBAU PERJALANAN JENAMA SITI KHADIJAH

Semuanya bermula apabila Pengasas Siti Khadijah, Puan Padzilah Enda Sulaiman menyedari wanita sering bergelut untuk mencari telekung yang sesuai dan selesa. Kebimbangan ini akhirnya memberi nafas kepada Siti Khadijah pada 2009 dan aspirasinya untuk memastikan wanita boleh memilih telekung yang lebih baik dan selesa melalui inovasi serta menambah baik pengalaman pengguna semasa aktiviti solat. 

TELEKUNG SITI KHADIJAH DAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) JALIN KERJASAMA UNTUK KOLEKSI ATMA YANG BAKAL DILANCARKAN PADA 2023
En Mohammad Munzir (Ketua Pegawai Eksekutif Siti Khadijah Sdn Bhd)

4 - 5 tahun awal pembabitan di Siti Khadijah, Puan Padzilah menghasilkan motif rekaan dari koleksi peribadi. Motif bunga adalah utama kerana sinonim dengan wanita. Revolusi koleksi rekaan telekung-telekung Siti Khadijah berubah apabila anak-anak tamat pengajian dalam bidang kejuruteraan dan menyertai perniagaan ibunda. Impak dari peneyertaan anak-anak dalam syarikat memberi hasil kerja yang pelbagai. Ada renda dan bungaan yang lebih banyak. R&D setiap rekaan amat penting. Kini, jenama Siti Khadijah sudah memiliki legasi yang boleh diwarisi. 

Perniagaan Siti Khadijah kian berkembang secara dalam talian di laman sesawang rasmi, laman e-dagang, di butik seluruh negara serta di Indonesia, Siti Khadijah menyasarkan untuk menjadi jenama global terkemuka yang memperjuangkan niche produk gaya hidup keislaman.

Selama 14 tahun Siti Khadijah di pasaran, jenama ini meneliti, membangunkan rekaan dan inovasi baru untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh umat Islam dengan pakaian selesa untuk solat. Melalui pengalaman ini, Siti Khadijah memberi jaminan kualiti sepanjang masa. 

PENYELIDIKAN CORAK HIASAN MELAYU TRADISIONAL DIKOMERSIALKAN MELALUI PRODUK PAKAIAN

Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia ([email protected]) dan Siti Khadijah Apparel Sdn. Bhd. melaksanakan penyerahan perjanjian pelesenan yang membolehkan corak hiasan Melayu tradisional yang bersumberkan alam semulajadi diekstrak ke dalam bentuk digital bagi tujuan pengkomersialan produk pakaian, terutamanya telekung wanita. 



Perjanjian perlesenan ini membabitkan hasil penyelidikan corak hiasan Melayu tradisional yang diketuai oleh penyelidik UKM iaitu Ts. Dr. Ros Mahwati Anmad Zakaria dari Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA). Melalui kerjasama ini, UKM dan Siti Khadijah Apparel berkongsi visi yang sama iaitu untuk mengangkat warisan seni Melayu tradisional ke persada antarabangsa. 

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani berkata usaha untuk mengetengahkan corak dari khazanah seni Alam Melayu ini dapat memperkasa jati diri sebagai Keluarga Malaysia sejajar dengan Naratif Watan UKM. 

“Semoga corak yang dilesenkan ini menjadi satu permulaan bagi pengkomersialan dan penggunaan lebih banyak lagi corak seni warisan Alam Melayu pada masa akan datang agar tidak dilupakan oleh generasi akan datang,” katanya. Menurutnya, terdapat banyak lagi corak hiasan Alam Melayu yang menarik dan mempunyai nilai tinggi untuk dikomersialkan. 

Beliau juga berharap lebih ramai lagi penyelidik akan turut sama dalam memberi sokongan dan komitmen untuk terus meningkatkan lagi kesedaran warga penyelidik UKM terhadap peranan menghasilkan produk yang berinovasi tinggi dan kompetitif dalam pasaran. 

Majlis penyerahan perlesenan ini turut dihadiri oleh Pengerusi UKM Technology Sdn. Bhd., Prof. Dato’ Ir. Dr. Abdul Wahab Mohammad dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Siti Khadijah, Mohammad Munzir Aminuddin. 

MENGENAI [email protected] 

[email protected] merupakan pusat perkhidmatan UKM yang menguruskan perlindungan Harta Intelek secara komprehensif dan pengkomersialan Harta Intelek, Teknologi dan Produk UKM di samping membudayakan inovasi kepada seluruh warga UKM. Selain Harta Intelek, Teknologi dan Produk yang dihasilkan daripada para penyelidik UKM akan dipromosikan oleh [email protected] bagi mewujudkan permintaan dan peluang kolaborasi dengan rakan industri di samping bagi merancakkan aktiviti pengkomersilan melalui anak syarikat UKM, iaitu UKM Technology Sdn. Bhd. 

Penyelidikan ini telah dijalankan sejak tahun 2019 berkaitan corak-corak hiasan Melayu tradisional yang bersumberkan motif alam semulajadi. Corak-corak yang menarik ini kemudiannya diekstrak ke dalam bentuk digital dan menarik minat syarikat ini untuk menjalinkan kerjasama sehingga termeterai Perjanjian Pelesenan ini. 


Usaha-usaha untuk mengetengahkan corak-corak dari khazanah seni Alam Melayu ini dapat memperkasa jati diri kita sebagai Keluarga Malaysia sejajar dengan Naratif Watan UKM. Semoga corak-corak yang dilesenkan ini menjadi satu permulaan bagi pengkomersialan dan penggunaan lebih banyak lagi corak seni warisan Alam Melayu pada masa akan datang agar tidak dilupakan oleh generasi akan datang. Terdapat banyak lagi corak-corak hiasan Alam Melayu ini yang amat menarik dan mempunyai nilai tinggi untuk dikomersialkan. 

Justeru, dengan termeterai Perjanjian Pelesenan ini, diharapkan ianya akan dapat menyumbang ke arah matlamat utama iaitu pengkomersialan produk serta penjanaan pendapatan di bawah kebitaraan i-minda. Melalui Perjanjian Pelesenan ini, saya juga berharap lebih ramai lagi penyelidik akan turut sama dalam memberi sokongan dan komitmen untuk terus meningkatkan lagi kesedaran warga penyelidik UKM terhadap peranan menghasilkan produk yang berinovasi tinggi dan kompetitif dalam pasaran. 

Akhir kata, semoga hasil penyelidikan ini dapat diperluaskan lagi dalam bidang-bidang yang lain yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat keseluruhannya. 

SITI KHADIJAH | INSTAGRAM | FACEBOOK

3 تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Satu jenama yang terus menerus berkembang dan memberi manfaat kepada ummat

    ردحذف
  2. Tak sabar nak tengok collection ATMA tu nanti mesti menarik kan. Suka telekung SK ni memang sejuk pakai.

    ردحذف
  3. Sis pemakai telekung SK ni.. alhamdulilah moga kerjasama begini dapat memberi manfaat kepada semua dan memperluaskan lagi pasarannya..

    ردحذف

إرسال تعليق

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم