HUJUNG MINGGU YANG LENGKAP DENGAN GALAXY A23

HUJUNG MINGGU YANG LENGKAP DENGAN GALAXY A23

Ruby
2
HUJUNG MINGGU YANG LENGKAP DENGAN GALAXY A23 | Assalammualaikum semua! Hujung minggu sentiasa dinanti-nantikan selepas minggu yang sibuk, dan idea hujung minggu yang menyeronokkan mungkin berbeza bagi setiap orang - jadi mari kita lihat bagaimana Galaxy A23 membantu pemiliknya 'A' memanfaatkan hujung minggunya dengan sepenuhnya!

HUJUNG MINGGU YANG LENGKAP DENGAN GALAXY A23

TELEFON MAMPU MILIK DENGAN KAMERA IOS!


9AM: A membuat sarapan untuk keluarganya setiap hujung minggu. Dengan Galaxy A23 yang menawarkan resolusi skrin Full HD+ dan 12GB (6GB RAM + 6GB RAM Plus) 1 , ia bukan sahaja menjadikan kandungan dalam paparan kelihatan jelas, tetapi A juga mampu menavigasi video resipi di Youtube dengan mudah.

1PM: A pergi ke kafe dengan rakan-rakannya, dan jelas sekali, sebagai seorang perempuan – A akan sentiasa merakam semua detik yang meriah menggunakan kamera quad Galaxy A23 yang dinaik taraf. Apatah lagi, kamera tersedia dengan OIS 2 , yang membolehkan A merakam video dengan lebih lancar dan dengan butiran yang lebih halus walaupun dalam cahaya malap.

Mereka juga suka mengambil selfies kerana kamera hadapan 8MP dilengkapi dengan kesan bokeh, menjadikan gambar kelihatan lebih cantik!

6PM: Anda mungkin fikir A akan mula bimbang kerana telefonnya sepatut kehabisan bateri - tetapi itu tidak berlaku. Memandangkan peranti ini padat dengan kuasa 5,000mAh 3 , dan disokong dengan 25W Fast Charging 4 – A dapat menikmati harinya sepenuhnya untuk berjam-jam.

10PM: Akhirnya tiba masanya untuk hiburan masa rehat sementara A bersiap untuk tidur. Sebelum tidur, dia akan menikmati siri TV kegemarannya – dan Galaxy A23 memberikan pengalaman yang mengasyikkan dengan paparan TFT V-Cut 6.6-inci 5 dan pengalaman tontonan yang lancar tanpa gangguan dengan kadar penyegaran 90Hz.

Walaupun ia telefon termurah dalam kategori peringkat permulaan Samsung, ia masih hebat untuk kegunaan harian anda! Peranti tersebut berfungsi lebih baik daripada yang anda jangkakan – jika A boleh mengalami hujung minggu yang memuaskan dengan Galaxy A23, anda boleh juga!

Galaxy A23 kini tersedia untuk dibeli di mana-mana Samsung Experience Stores, Samsung Authorized Dealers dan Samsung Malaysia Online Store pada harga runcit yang disyorkan RM999. Selain itu, mulai hari ini hingga 31 Mei 2022, anda akan mendapat Card Slot Cover bernilai RM59 secara percuma 6!

Untuk maklumat lanjut tentang Galaxy A23, sila layari: https://www.samsung.com/levant/smartphones/galaxy-a/galaxy-a23-white-128gb-sm-a235fzwvmea/

إرسال تعليق

2تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Menarik juga HP Samsung yang ni dengan RAM 12G tu memang berbaloi sangat kan.

    ردحذف
  2. Makin lama makin menarik yaaa spesikasi Samsung.. dah macam sama level ios dah tuu..

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !