5TH MALAYSIA INTERNATIONAL FILM FESTIVAL (MIFFEST) DAN MALAYSIA GOLDEN GLOBAL AWARDS (MGGA) 2022

5TH MALAYSIA INTERNATIONAL FILM FESTIVAL (MIFFEST) DAN MALAYSIA GOLDEN GLOBAL AWARDS (MGGA) 2022

Ruby
0
5TH MALAYSIA INTERNATIONAL FILM FESTIVAL (MIFFEST) DAN MALAYSIA GOLDEN GLOBAL AWARDS (MGGA) 2022 | Saat yang dinantikan oleh para karyawan dan penggiat seni tanahair semakin mendebarkan. Berbaki tidak sampai 1 bulan sahaja lagi, kita bakal menyaksikan pemenang-pemenang di acara anugerah terunggul. 

Semasa acara pengumuman senarai pencalonan juga telah membuat para hadirin speechless dengan karya dari seluruh dunia. Membuka mata kita bahawa di luar sana masih banyak hasil seni filem tidak didendangkan. Namun, dari program Malaysia International Film Festival (MIFFest) dan Malaysia Golden Global Awards (MGGA), ada sinar baru untuk memberi semangat kepada penggiat seni. Sebagai penonton, kita pasti terbuai dengan mesej-mesej yang disampaikan melalui naskah filem.


5TH MALAYSIA INTERNATIONAL FILM FESTIVAL (MIFFEST) DAN MALAYSIA GOLDEN GLOBAL AWARDS (MGGA) 2022


Pada 15 Jun, Malaysia International Film Festival (MIFFest) dan Malaysia Golden Global Awards (MGGA) 2022, mengadakan sidang media untuk mengumumkan senarai pencalonan MGGA 2022. MIFFest juga mengumumkan bahawa Tourism Malaysia akan menyertai festival tahun ini sebagai pihak sokongannya. 

Filem India 'Two Friends’ telah dicalonkan dalam lima kategori, dua pelakon utama filem tersebut, Arif Shaikh (umur 10) sebagai Safikul dan Asik Shaikh (umur 9) sebagai Palash, telah dicalonkan bersama sebagai Pelakon Lelaki Terbaik (Best Actor) di 5th MGGA 2022, ini menjadikan mereka calon termuda MGGA kali ini. 


Terdapat lebih daripada 100 filem yang dihantar untuk MGGA tahun ini, ‘Drowning In Holy Water' (Iran), ‘Full Time’ (Perancis), 'Hail, Driver!’ (Malaysia), ‘Memoryland' (Jerman, Vietnam), ' No Ground Beneath The Feet' (Bangladesh), 'Rehana' (Singapura, Bangladesh), ‘The Silent Forest' (Taiwan), ‘Two Friends’ (India), ‘Whether The Weather Is Fine’ (Filipina, Singapura), 'White Building’ (Perancis, Kemboja) telah dicalonkan sebagai Top 10 Films of 5th MGGA 2022. 

Lima juri telah dijemput sebagai juri MGGA 2022, Christine Hakim (Pelakon Indonesia) sebagai Presiden Juri, Lay Diaz (Pembikin Filem Filipina), Sabrina Baracetti (Festival Presiden Udine Far East Film Festival), dan Ho Wi Ding (Pengarah Malaysia yang berpangkalan di Taiwan) dan Chong Keat Aun (Pengarah Malaysia). 

LIFETIME ACHIEVEMENT AWARD OF THE 5TH MALAYSIA GOLDEN GLOBAL AWARDS 2022 - KIM DONG-HO AND HOU HSIAU-HSIEN


Festival tersebut akan menyampaikan dua anugerah untuk Lifetime Achievement Award di majlis anugerah tahun ini kepada Kim Dong Ho dan Hou Hsiao Hsien. 


Pengerusi Festival Filem Antarabangsa Malaysia dan Malaysia Golden Global Awards, Joanne Goh berkata: "Kami sebenarnya bercadang untuk menyampaikan anugerah ini kepada pengarah Hou Hsiao Hsien pada dua tahun yang lalu, malangnya kami terpaksa menangguhkan rancangan ini sebab pandemik." 

Beliau juga menyebut: "Mereka telah menghasilkan banyak karya yang terkenal kepada festival festival dan seluruh industri filem. Encik Kim Dong Ho ialah salah seorang pengasas Festival Busan International Film Festival dan Gangneung International Film Festival, beliau juga merupakan Presiden Kehormat Malaysia International Film Festival kita. Tanpa bimbingan beliau, saya mungkin tidak mempunyai semangat untuk menjalankan MIFFest dan MGGA sehingga hari ini." 

SENARAI TAYANGAN FILEM MIFFEST


MIFFest ke-5 pada tahun ini akan dilancarkan dengan filem pembukaan ‘Edge of The World’, sebuah filem dari United States, mengisahkan kisah Kapten James Brooke, filem ini menjalani penggambaran sepenuhnya di Sarawak, Malaysia dan filem ini juga mendapat sokongan daripada Sarawak Tourism Board (STB). 


Sarawak Tourism Board berasa gembira apabila menerima makluman bahawa filem ini akan ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Malaysia tahun ini. Pengarah dan pelakon filem itu akan bertemu dengan penonton di Majlis Perasmian MIFFest yang akan diadakan pada 10 Julai. 

Senarai filem-filem terkenal yang akan ditayangkan di 5th MIFFest 2022 terdapat dalam beberapa kategori tayangan iaitu Pawagam Dunia, Pawagam Asia, Pawagam Malaysia. 

TAHUN PERTAMA MIFFEST PROJECT MARKET DILANCARKAN BERMULA 12 HINGGA 13 JULAI UNTUK MENCARI PEOJEK FILEM CEREKA YANG BERPOTENSI DI MALAYSIA


MIFFest Project Market kali pertama ini akan dijalankan pada 12 - 13 Julai, kelima-lima Official Selection akan berpeluang untuk bertemu dengan penerbit, pengedar dan pelabur tempatan dan antarabangsa untuk membincangkan projek-projek mereka. Wu Ke-Xi (Pelakon), Keoh Chee Ang (Penerbit) dan Vijay Munisamy (Penerbit Eksekutif) adalah juri-juri untuk MIFFest Project Market tahun ini. 


Kelima-lima Official Selection MIFFest Project Market 2022 adalah 'Don't Assume Still Waters' arahan Leysha Al-Yahya, 'The Depths' arahan David Yanez, 'Sunny, Benny & Jenny' arahan Jin Ong, 'Garek' arahan Cech Adrea, dan 'Maybe Today, If Not Today, Maybe Tomorrow'. 

Tayangan filem-filem yang tercalon untuk 5th Malaysia International Film Festival (MIFFest) akan berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion KL dari 10 hingga 15 Julai 2022, manakala 5th Malaysia Golden Global Awards (MGGA) akan diadakan pada 16 Julai 2022 di Istana Budaya, Kuala Lumpur. MGGA akan disiarkan di Unifi TV (siaran langsung di Malaysia), Viu TV HK (siaran penangguhan di Hong Kong), dan YouTube MIFFest (siaran langsung di seluruh dunia). 

Jom sama-sama kita sokong industri perfileman tempatan dan antarabangsa. Selamat menonton dan selamat maju jaya buat semua calon! Anda semua pemenang!

Tags

إرسال تعليق

0تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !