NETFLIX STRANGER THINGS SEASON 4

NETFLIX STRANGER THINGS SEASON 4

Ruby
2
NETFLIX STRANGER THINGS SEASON 4 | Stranger Things ialah siri televisyen drama seram fiksyen sains Amerika yang dicipta oleh Duffer Brothers dan penstriman utama di Netflix. Siri pertama telah ditayangkan di Netflix pada 15 Julai 2016. Berlatarbelakang tahun 1980-an di bandar fiksyen Hawkins, Indiana. 

Drama bersiri ini mempunyai keunikan dan kelainan tersendiri. Monster yang dipaparkan memang menakutkan. Paling utama, kami seronok menonton apabila Eleven dan kawan-kawan berjaya melawan monster. Puas hati apabila bandar Hawkins kembali selamat. 


NETFLIX STRANGER THINGS SEASON 4 VOL. 1

Penantian peminat drama bersiri Stranger Things bagi musim ke empat seperti sebuah percintaan jarak jauh. Hahaha. Jarak setiap musim mengambil masa terlalu lama dan ia menjadikan amarah serta tanda tanya. "Bila nak release season 4??". Tanda tanya terungkai, 27 Mei 2022 adalah tarikh keramat dan pelancaran gilang-gemilang Stranger Things Season 4 telah diadakan di Menara Kuala Lumpur! Malah di Kwai Chai Hong, Kuala Lumpur terdapat pintu ke Upside Down! Mendebarkan! 


Stranger Things berjaya mengambil perhatian penonton dengan musim pertama ditayangkan di Netflix pada 15 Julai 2016 dengan sebanyak 8 episod. Ketika itu Netflix telah tersedia di Malaysia pada Jan 2016. Ia adalah fenomena baru dan automatik Ruby subscribe Netflix. Kahkahkah. Kemudian musim kedua ditayangkan pada 27 Oktober 2017 sebanyak 9 episod

Musim ketiga paling dinantikan dan ia ditayangkan pada 4 Julai 2019 sebanyak 8 episod. Apabila pandemik COVID-19 menyerang pada tahun 2020, Stranger Things menjadi trending dan memiliki peminat baharu. Setiap musim, monster yang keluar adalah berlainan dan mempunyai kekuatan tersendiri. Boleh dikatakan drama bersiri ini sangat menakutkan dan perlu pemantauan serta bimbingan ibu bapa jika anak-anak menonton bersama. 

Penonton juga dapat melihat bagaimana para pelakon kanak-kanak menginjak usia ke remaja. Semua makin cantik, kacak, dan tinggi. Mereka lebih bersedia dan berani di Stranger Things 4 vol 1 yang mempunyai 7 episod. Ruby sudah habiskan kesemua episod pada Sabtu 28 Mei 2022. Best sangat!

MISTERI VECNA TERUNGKAI

Stranger Things Season 4 mempunyai misteri yang tidak berkesudahan. Kali ini, ia berkaitan dengan misteri 30 tahun dahulu di bandar Hawkins. Misteri itu kembali setelah Eleven secara tidak sengaja membuka Upside Down pada musim pertama. Musim keempat ini, Vecna yang sedang hibernate telah bangkit dan mengganggu penduduk Hawkins. Hanya dengan mengganggu jiwa dengan dosa silam dan mengawal minda, anda boleh mati dengan sangat tragis. 

Paling menyayat hati, kematian berlaku dimana-mana sahaja setelah Vecna memilih mangsa. Tiada pertalian di antara satu sama lain. Vecna hanya memilih secara rawak. Apa yang pasti ia adalah penduduk bandar Hawkins. 

Banyak situasi yang memerlukan risiko perlu dihadapi oleh semua penduduk. Tetapi bagi Superhero yang pernah menewaskan monster sebelum ini juga sedang mengalami situasi lain. Kuasa Eleven sudah tiada! Hopper di tangkap oleh askar Russia. Joyce dengan misi menyelamatkan Hopper. 

Manakala Eleven berhadapan dengan situasi buli di sekolah dan perlu belajar mencari kuasa yang hilang. Dustin mula menyedari ada makhluk sedang menggangu bandar Hawkins. Nancy seperti tahu kejadian aneh ini berkaitan dengan kes lama di bandar Hawkins. 

Mereka meneruskan kehidupan baru, tanpa di sangka ada lagi perkara aneh berlaku di bandar Hawkins. Secara tidak langsung mereka bergabung kembali untuk merungkai misteri. Iaitu Vecna!


NETFLIX STRANGER THINGS SEASON 4 VOL. 2 PADA 1 JULAI 2022

Stranger Things Season 4 vol. 1 dah habis dengan 7 episod. Pasti ramai menantikan vol. 2 yang bakal ditayangkan pada 1 Julai 2022. Lagi 1 bulan!


MENGENAI SIRI NETFLIX STRANGER THING

Tayangan pertama drama bersiri Netflix ini mula ditayangkan pada 15 Julai 2016. Stranger Things ialah siri televisyen drama seram fiksyen sains Amerika yang dicipta oleh Duffer Brothers dan penstriman utama di Netflix. Mereka juga adalah pelakon dan penerbit eksekutif bersama-sama dengan Shawn Levy dan Dan Cohen. 

Siri ini mula ditayangkan di Netflix pada 15 Julai 2016. Berlatarbelakang tahun 1980-an di bandar fiksyen Hawkins, Indiana. Musim pertama memfokuskan kepada penyiasatan ke atas kehilangan seorang budak lelaki bernama Will Byers (Noah Schnapp). Terdapat peristiwa ghaib yang berlaku di sekitar bandar Hawkins. Kemudian misteri penampilan seorang gadis yang mempunyai kebolehan psikokinetik iaitu Eleven (Millie Bobby Brown).  

Makmal Kebangsaan Hawkins yang berdekatan kononnya menjalankan penyelidikan saintifik untuk Jabatan Tenaga Amerika Syarikat, tetapi secara rahsia melakukan eksperimen ke atas paranormal dan ghaib, termasuk yang melibatkan subjek ujian manusia. 

Secara tidak sengaja, mereka telah mencipta portal kepada dimensi alternatif, "The Upside Down". Pengaruh Upside Down mula memberi kesan kepada penduduk Hawkins yang tidak mengetahuinya. Ia amat berbahaya.

Musim pertama bermula pada November 1983, apabila Will Byers diculik oleh makhluk dari Upside Down. Ibunya, Joyce, dan ketua polis bandar itu, Jim Hopper, mencari Will. Pada masa yang sama, seorang gadis psikokinetik muda bernama Eleven melarikan diri dari makmal dan membantu rakan Will, Mike, Dustin, dan Lucas, dalam usaha mereka untuk mencari Will.

Stranger Things Season 2

Musim kedua ditetapkan setahun kemudian, bermula pada Oktober 1984. Will telah diselamatkan, tetapi hanya sedikit yang mengetahui butiran peristiwa itu. Apabila diketahui bahawa Will masih dipengaruhi oleh entiti dari Upside Down, rakan dan keluarganya mengetahui terdapat ancaman yang lebih besar kepada alam semesta mereka daripada Upside Down.


Stranger Things Season 3

Musim ketiga ditetapkan beberapa bulan kemudian, pada hari-hari menjelang perayaan Fourth of July pada tahun 1985. Starcourt Mall yang baharu dibina telah menjadi pusat perhatian penduduk Hawkins, menyebabkan kebanyakan kedai lain tidak beroperasi.

Tanpa disedari oleh bandar itu, sebuah makmal rahsia Soviet di bawah Starcourt berusaha untuk membuka pintu masuk ke Upside Down, membenarkan entiti dari Upside Down untuk menakluk penduduk bandar Hawkins.

Siri ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat iaitu Winona Ryder, David Harbour, Finn Wolfhard, Millie Bobby Brown, Gaten Matarazzo, Caleb McLaughlin, Natalia Dyer, Charlie Heaton, Noah Schnapp, Sadie Sink, Joe Keery, Cara Buono, Dacre Montgomery, Maya Hawke dan ramai lagi watak-watak baru yang sangat best! Ada Jamie Campbell Bower juga tau! Hehehe.

Untuk lebih menarik dan memahami siri Stanger Things, jom tonton di Netflix sekarang! 
Tags

Catat Ulasan

2Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Rancangan bersiri yang best mesti ramai pengikutnya

    BalasPadam
  2. Saya pun baru je selesai menonton season 4 vol 1 ni. memang seronok. tak sabar nk tunggu bulan 7 nnti untuk baki 2 episod lgi :)

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !