MENANTI PAGEVIEWS BLOG 777,777

MENANTI PAGEVIEWS BLOG 777,777

Ruby
2
MENANTI PAGEVIEWS BLOG 777,777 | Assalammualaikum semua! Ruby dah pasang niat. Kalau dapat tangkap layar Pageviews blog ruby.my. Ruby nak buat giveaway. Sebagai tanda kesyukuran dan ingin bersedekah. Namun, pada bulan Ramadan 2022. Ruby tunggu punya tunggu pageviews macam slow. Lepas tu hari ni 4 May 2022, Ruby nampak pageviews dah 783,298. MasyaAllah! Laju pula! Hahaha. 




BERPINDAH DARI WORDPRESS KE BLOGGER


Seperti yang sedia maklum. Ruby menulis blog sejak 2003. Namun, Ruby melalui pengalaman teknikal yang sangat banyak. Sebab sifat ingin tahu tu menebal zaman muda-muda dulu. Hahaha. 

Kemudian, Ruby dah tahu macam-macam. Ruby buat keputusan agar kerjaya menulis blog ini tidak membebankan. Sebab Ruby sangat suka menulis blog. Dalam banyak-banyak karier Ruby ceburi, menulis blog adalah paling konsisten saban tahun. Alhamdulillah.  

Ruby menulis blog bermula dengan GeoCities dari Yahoo. Kemudian cuba blogger dan wordpress percuma. Setelah mencuba beberapa tahu , Ruby baru memilih hosting dan domain. Semasa nak bertukar memilih hosting. Terperanjat juga dengan kos bulanan dan tahunan. Oleh kerana masa itu fikir entah ada atau tidak pulangan. Ruby hanya ambil Shared Hosting yang lebih murah berbanding Virtual Private Server (VPS) Hosting dan Dedicated Hosting.

Blog semasa di platform wordpress.

Bajet kecil, jadi guna hosting. Sebab nak memori besar, kelajuan dan bandwith. Hahaha. Namun, tahun 2019 Ruby membuat keputusan untuk bersara dari menulis blog. Ingin fokus kepada pembelajaran anak-anak. Mereka mesti bersekolah dan Ruby tidak cukup masa untuk ke event atau aktiviti media. 

Perancangan Allah tu maha hebat. COVID-19 menyerang satu dunia. 2020 adalah tahun mencabar. Semua orang duduk rumah. Perancangan awal untuk jadi supir anak-anak pergi sekolah tidak berlaku. Semua PdPR sahaja. Hahaha. Kerja? Work from home!! Hahaha.

RAKAN BLOGGER BANTU CEK TETAPAN BLOG RUBY.MY


Ruby gegas pindah domain ke blogger. Kemaskini nameserver dan buat kerja teknikal biasa untuk pindah. Tapi, ada sesuatu Ruby belum mahir. Google sentiasa mengemaskini Google Analytics,  Google Search Console dan produk google yang lain. Kali terakhir guna blogger pada tahun 2014. Bayangkan berapa jarah tahun tu? 

Ruby ringankan mulut dan jari bertanya kepada rakan-rakan yang mahir di blog. Sudah semestinya mereka ini rajin  kemaskini blog dan sudah mencapai jumlah pembaca juta-juta lemon. Semasa di wordpress, trafik ruby.my sangat memberangsangkan. Bukan setakat juta-juta. Lebih dari itu. Sehingga hosting offer bandwidth lagi besar. Tapi, bajet Ruby sangat kecil. Ruby tidak mampu. Maka, blog menjadi slow. Sangat lambat untuk membuka paparan. 

Tapi tidak mengapa. Ruby perlu bersedia untuk bermula semula. 2020, 2021 dan kini 2022. Hampir 3 tahun bersama blogger. Guru pertama Ruby yang sudi melayan Ruby adalah Sis Lin. Ruby tanya itu ini, dia jawab. Sampai satu masa. Meh sini akak cek blog Ruby. Hahaha. 

Kemudian dah cek, banyak perubahan dan Ruby senang hati kemaskini artikel di blog. Takpe untuk trafik, kita pelan-pelan kayuh. Namun 2022 pula Google kemaskini sesuatu. Template sedia ada tidak sesuai. Google Search Console juga dapat mengesan artikel lama Ruby yang tiada label dan set description. Belajar buat sendiri. Sikit-sikit. Hahaha. 

Bulan Ramadan 2022 sifu Hasrul Hassan membuat tawaran untuk cek blog. Ruby dengan senang hati tanya, "available ke Sifu?". Dia cakap Ruby punya blog no 12. Sekarang sedang buat blog no 6. Okaylah gitu. Saya menanti dengan penuh kesabaran. 

Bila sampai giliran Ruby. Kejap je dah siap semua. Dalam 1 malam, buat semua tetapan. GA4, Scheme, DNS, Google Search Console dan Cloudflare. Semua kena sync agar boleh bagi kelajuan blog yang maksimum. Barulah pembaca seronok. Hehehe. 

MENYESAL PINDAH KE BLOGGER


Masa awal-awal dulu, sekitar tahun 2020. Ya, sangat menyesal pindah. Semasa hosting, domain dan plafrorm wordpress, senang guna plugin dan Encik Eizil banyak membantu dari segi teknikal spanel dan nameserver. Apabila blog asyik ada breadcrumbs di Google Search Console. Pening tauuu. Nak cek semua tu dalam satu masa terus. Jika tak buat dan tidak fokus. Bila lagi nak buat. Betul tak?

Sekarang dah tak menyesal, semuanya sudah melepasi fasa sukar. Syukur Alhamdulillah! Ruby cuma perlu rajin update blog berkenaan perkara bermanfaat bak kata Kid. Walaupun tidak aktif di event. Kita boleh dapat scoop content dari mainstream media, isu semasa dan media sosial. Banyak sumber!

Terima kasih untuk anda yang setia membaca ruby.my. Ruby bersyukur dengan pageviews 783,298 tu. Doakan Ruby sempat tankap layar bila pageviews 7,777,777. Ruby memang suka nombor 7. Kikikiki.  Doakan ya. InsyaAllah. 




Tags

إرسال تعليق

2تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !