SAMSUNG GALAXY A53 5G : ULASAN PENUH

SAMSUNG GALAXY A53 5G : ULASAN PENUH

Saiful Naim
0
SAMSUNG GALAXY A53 5G : ULASAN PENUH | Assalamualaikum semua | Selepas memakai Samsung Galaxy A53 5G selama 14 hari. Ruby ingin berkongsi tentang Samsung Galaxy A53 5G. Jika anda adalah seorang pengguna yang menyukai skrin besar dan memerlukan kapasiti bateri yang besar, Samsung Galaxy A53 5G adalah pilihan yang tepat.

SAMSUNG GALAXY A53 5G | PAPARAN SKRIN DAN SUARA

Samsung Galaxy A53 5G di datangi dengan 6.5 inci paparan skrin. Paparan skrin amat menakjubkan dengan paparan AMOLED yang kaya dengan paparan yang jitu beresolusi 2400 x 1800 pixel. Selaun itu, paparan skrin mempunyai kadar segar 120Hz yang memberikan pengalaman bermain permainan di Samsung Galaxy A53 5G lebih berkualiti di samping mempunyai suara "Dolby Atmos" yang sedap di dengari.

SAMSUNG GALAXY A53 | BATERI DAN PRESTASI

Seperti yang anda semua tahu, Samsung Galaxy A53 5G di lengkapi dengan chip pemprosesan Exynos 1280. Chip ini adalah yang terbaru keluaran Samsung, ianya mempunyai respon yang bagus, laju membuka aplikasi dan sangat pantas dalam menukarkan aplikasi semasa menggunakannya. Dengan kata lain, telefon sangat bagus dan pantas. Di hadiri dengan 8GB Ram dan ruang storan 128GB serta boleh di tambah dengan kad mikro SD. Di samping, dilengkapi dengan 5G ianya sangat bagus apabila 5G berkembang di Malaysia.
Samsung Galaxy A53 5G mempunyai kapasiti bateri 5000mAh yang bertahan lebih dari 1 hari dengan kepenggunaan yang berat seperti menangkap gambar, mengedit dan bermain permainan di telefon. Biasanya, jangka hayat bateri akan cepat habis tetapi Samsung Galaxy A53 5G lebih dari itu sememangnya menakjubkan.
Dari segi "OS" pula, Samsung Galaxy A53 5G menggunakan "One UI 4.1 yang dikuasakan Android 12. Ianya sangat mudah digunakan.

SAMSUNG GALAXY A53 5G  | KAMERA

Ianya mempunyai 4 kamera di bahagian belakang. Dengan 64MP lensa utama dengan OIS, 12MP lensa lebar dengan 123 darjah keluasan penuh pemandangan dan dual 5Mp makro lensa. Di bahagian hadapan dilengkapi dengan 32MP kamera yang mempunyai lensa fokus tetap. Ianya boleh menangkap video senhingga 4K di 30fps.
Kamera utama belakang dapat menangkap segala butiran dan amat sesuai dengan kondisi yang lampu yang kurang. Segala fitur kamera yang di berikan oleh Samsung amat menakjubkan. Anda mempunyai pilihan untuk mengguna mana satu fitur yang sesuai digunakan.

Jadinya, adakah anda rasa berbaloi membeli Samsung Galaxy A53 5G ini? Ianya berharga Rm 1849 dan telefon kelas pertengahan yang dikuasakan chip pemprosesan Exynos baru. Bagi Ruby, telefon ini amat bagus dengan harga yang manpu milik, pantas respon dan jangka hayat bateri amat memuaskan. 
Bagi anda berminat untuk mendapatkan unit ini, boleh la ke laman sesawang Samsung untuk infografik dan promosi baru.





Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !