ANDA PEMAIN MLBB? INI 4 SEBAB KENAPA GALAXY A53 SESUAI UNTUK ANDA

ANDA PEMAIN MLBB? INI 4 SEBAB KENAPA GALAXY A53 SESUAI UNTUK ANDA

Ruby
0

ANDA PEMAIN MLBB? INI 4 SEBAB KENAPA GALAXY A53 SESUAI UNTUK ANDA | Assalammualaikum semua! Salam dari Binjai! Hahaha. Tiba-tiba roh pemain MLBB masuk ke dalam diri. Hadir! Untuk anda yang bermain permainan MOBA Mobila Legends: Bang Bang (MLBB). Mungkin ini adalah waktu yang anda nantikan untuk menggantikan telefon yang sedia ada. 

MAIN MLBB DENGAN GALAXY A53 5G

Ruby ingin berkongsi 4 sebab kenapa Galaxy A53 5G sesuai untuk anda. Ya sesuai untuk anda pemain game! Galaxy A53 5G telah tiba, dan ia membawakan banyak ciri yang menarik yang terdapat pada siri mercu Galaxy. Memenuhi hampir semua keperluan yang diperlukan dalam sebuah peranti dengan spesifikasi terbaik dan perisian padat yang disokong secara meluas, digabungkan pula dengan set cip paling berkebolehan setakat ini - ia sememangnya peranti yang sesuai untuk pemain yang bersemangat. 

MLBB Heroes: Kadita

Tidak kira sama ada anda seorang pemain yang gemar menghabiskan masa berjam-jam bermain Mobile Legends atau pun seorang newbie, anda boleh mengharapkan Samsung Galaxy A53 5G untuk meningkatkan pengalaman permainan anda. Inilah sebab-sebabnya:

1. MEMBAWA PENGALAMAN BERMAIN YANG SANGAT NYATA

Skrin Galaxy A53 5G adalah besar. Paparan Super AMOLED 6.5-inci dan resolusi HD+ Penuh, dengan kecerahan puncak 800 nit adalah terang dan mudah dilihat pada waktu siang. Peranti ini memaparkan kadar segar semula 120Hz, membolehkan pemain menikmati prestasi permainan yang sangat lancar, dan mampu melihat gerakan pada skrin terpantas dengan jelas dan kurang kabur – dipadankan dengan pengalaman yang menggembirakan berkat skrin yang mengasyikkan, membawa pengalaman bermain yang sangat nyata. 

"First Blood"

"Double Kill"

"Triple Kill"

"Maniac"

"Savage"

"Killing Spree"

"Megakill"

"Unstopable"

"Monster Kill"

"Godlike"

"Legendary"

2. PERISIAN MUDAH ALIH ADALAH LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA 

Galaxy A53 5G dilengkapi dengan cip Exynos 1280 5nm yang berkuasa – menawarkan sambungan yang lebih baik dengan fps yang lebih tinggi, serta penampilan grafik yang lebih baik untuk memberi anda pengalaman permainan optimum yang akan membawa anda kepada kemenangan. Pemain tegar tidak perlu risau dengan peranti menjadi panas berkat sistem penyejukan yang boleh menghilangkan haba dengan lebih cekap berbanding sebelum ini!

3. HAYAT BATERI YANG BERTAHAN SELAMA DUA HARI

Kadar penggunaan juga sama penting terutamanya apabila anda sering menghabiskan sebahagian besar masa anda bermain permainan maya pada telefon anda. Anda tidak perlu bimbang tentang peranti anda mati di tengah-tengah pertempuran yang serius – dengan bateri 5,000mAh yang tahan lama, anda boleh luangkan lebih masa dengan telefon anda yang boleh bertahan selama dua hari. Selain itu, jika anda kehabisan kuasa, pengecasan pantas 25W akan mengecas bateri anda sehingga penuh – membolehkan anda kembali beraksi dalam masa yang singkat!

4. GAME BOOSTER MENINGKATKAN PRESTASI PERMAINAN

Tidak kira jenis permainan yang anda mainkan, Game Booster direka untuk menjadikan pengalaman permainan anda lebih baik! Nikmati permainan maya kegemaran anda tanpa gangguan kerana aplikasi tersebut memantau cara penggunaan pada peranti anda lalu menukar tetapan peranti anda secara automatik untuk mengoptimumkan hayat bateri, suhu dan memori, sambil menyekat notifikasi untuk memastikan prestasi permainan yang optimum.


Galaxy A53 5G kini tersedia untuk dibeli di mana-mana Samsung Experience Stores, Samsung Authorized Dealers dan Samsung Malaysia Online Store pada harga runcit yang disyorkan RM1,849.

Tambahan lagi, dari 1 April hingga 31 Mei 2022, anda akan mendapat Protective Standing Cover bernilai RM99 secara percuma dan dan diskaun 20% Samsung Care+ dengan pilihan sehingga 2 tahun apabila anda membeli Galaxy A53 5G baharu. Lebih baik lagi, nikmati penjimatan hebat dengan promosi Purchase with Purchase “PWP” apabila anda menukar beli peranti lama anda yang layak dan terima rebat tambahan sehingga RM150 yang ditambah kepada nilai tukar beli asas. 

Untuk maklumat lanjut tentang promosi Galaxy A53 5G terbaru kami, sila layari: https://www.samsung.com/my/offer/mobile/galaxy-a-series-2022/ 

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !