TIKET KONSERT U.K'S REUNION 25 TAHUN MULA DIJUAL

TIKET KONSERT U.K'S REUNION 25 TAHUN MULA DIJUAL

Ruby
19
TIKET KONSERT U.K'S REUNION 25 TAHUN MULA DIJUAL | Assalammualaikum semua! Berita gembira buat anda yang meminati selebriti kumpulan UK's yang terkenal sepanjang zaman. Lagu-lagu mereka penuh puitis dan menusuk jiwa. Buat pengetahuan anda, Ruby membesar dengan lagu-lagu kumpulan ini. Mana tidaknya, mak Ruby suka betul semua lagu UK's. Sehingga kini kalau ada sahaja rancangan RTM menampilkan UK's, pasti mak tahu. 

Banyangkan zaman kini intisari rancangan kita tidak tahu kan? Mana ada baca surat khabar untuk tahu semua itu. Tetapi, mak Ruby tahu ya. Konsert Minggu Ini (KMI) 2019 di RTM. Mak siap rekod dengan Astro box. Sampai hari ni masih dia menonton. Ruby ada cakap, boleh tengok dekat youtube lah mak. Mak cakap, nak tengok dekat telefon tu kecil sangat lah Along. 

Tengok dekat tv besar siap boleh kesana kesini sambil kemas rumah, memasak dan buat kerja lain. Hahaha. Kami pun tiada halangan mak nak pasang tv cerita KMI, sebab kami enjoy dengan semua medley yang dinyanyikan oleh Amir Ukays. Hehehe. 

KONSERT U.K'S REUNION 25 TAHUN
Tarikh : 17 & 18 Jun 2022
Masa : 8.30pm
Tempat : Panggung Sari Istana Budaya, Jln Tun Razak, Titiwangsa, 50694 Kuala Lumpur.

InsyaAllah KONSERT U.K'S REUNION 25 TAHUN ini Ruby akan bawa mak menonton dengan lebih dekat dan luas permandangan. For sure Ruby akan bawa tisu banyak-banyak. Mak Ruby ni sejenis happy yang mengeluarkan air mata. Hehehe.

KONSERT U.K'S REUNION 25 TAHUN


Buat julung kalinya Kumpulan U.K's tampil membuat konsert pertama bersempena 25 tahun sambutan ulang tahun mereka. Kumpulan ini sangat popular pada sekitar awal tahun 1990-an. Lagu kegemaran Ruby adalah Bila Diri Disayangi dan Tergamak Kau. Lagu lain juga Ruby suka. Cuma, yang dua ni memang selalu berkumandang dan tangkap jiwa. Hahaha. 

Jika diperhatikan lirik lagu kumpulan ini, Ruby lebih memahami lirik kearah Islamik. Tidak seperti peminat lain yang memahami lebih kepada lirik berkasih sayang. Meminati kumpulan U.K's adalah sesuatu yang unik. Sebab itu, pengikut U.K's ada dari pelbagai peringkat usia dan bangsa. 

Persaingan kumpulan muzik pop rock pada awal tahun 1990-an memang cukup sengit. Ketika itu, kumpulan muzik seperti Exist, Slam, Visa dan Damasutra telah berjaya mendominasi dan mengukuhkan nama mereka dalam dunia rakaman dan industri muzik tanah air. Setuju?

Namun, siapa sangka U.K’s yang sebelum ini pernah dikenali sebagai Ukays telah berjaya menempatkan diri mereka sebagai kumpulan muzik berpengaruh serta mencapai populariti meluas, merentasi benua Asia Tenggara khususnya Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. 

DIKOGRAFI KUMPULAN U.K'S


Kumpulan muzik yang menjadi anak didik komposer tersohor Saari Amri ini telah menghasilkan tujuh album studio Tinggal Irama (1989), Mencari (1992), Bisa Berbisa (1994), Tajam Menikam (1995), Panas Berpanjangan (1996), Cuma Aku Yang Hidup (1997) serta Pijar Kasmaran (2000). 

Album ketiga mereka iaitu Bisa Berbisa menjadi album paling laris dijual dengan jumlah 400,000 unit di pasaran tempatan, manakala album keempat iaitu Tajam Menikam (1995) pula paling laris dijual di Indonesia iaitu sebanyak 700,000 unit, sekaligus menjadikan band muzik ini semakin meledak di negara jiran tetangga tersebut. 


Bahkan, U.K’s adalah antara kumpulan muzik pop rock yang memiliki banyak lagu hit, killer song dan lagu yang mudah dinyanyikan bersama selain daripada Iklim. Antara lagu-lagu hit mereka adalah ‘Kau Satu-Satunya’, ‘Seksa’, ‘Sebak’, ‘Tergamak Kau’, ‘Pahit Akan Manis Akhirnya, ‘Siapa Yang Rampas Cintamu, ‘Bila Diri Disayangi’ dan ‘Disana Menanti Di sini Menunggu’.  

U.K'S GEGAR PANGGUNG SARI ISTANA BUDAYA


Meraikan penglibatan mereka selama 25 tahun sebagai artis rakaman dalam industri muzik tanah air, KONSERT U.K’S REUNION 25 TAHUN bakal diadakan buat julung kalinya bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya pada dua malam berturut -turut bermula 17 Jun sehingga 18 Jun 2022. 

Dianjurkan Mac Training Sdn Bhd bersama RCD Concepts Sdn Bhd, KONSERT U.K’S REUNION 25 TAHUN ini bakal menyaksikan gabungan semula ahli-ahli kumpulan U.K’s yang asal iaitu Mohd Azmir Muhammd Yusuf atau Amir selaku vokalis, Rozdenil Toni (Denil)- pemain gitar, Mohd Saleh Mohd Alias (Olley) – pemain bass serta Amiruddin Sharif (Amirul) – pemain dram. 

Konsert yang berdurasi selama dua jam dan bakal mendengdangkan 25 lagu yang bakal dipersembahkan Amir dan rakan-rakannya ini turut dibantu dua pengarah muzik berkaliber iaitu Mohd Rafi Bin Shafie (Rafi) dan Ahmad Firdaus Mahmud (Firdaus) serta Mustafa Kamal Ahmad (Mus Satira) sebagai pemain gitar undangan. 

Apa yang menarik, ketiga-tiga pemuzik hebat ini adalah antara insan-insan seni yang kerap terlibat dalam hampir kesemua proses rakaman album studio U.K’s, dibantu Allahyarham Izhar selaku penyusun muzik. Rafi dan Firdaus bukan sahaja bertindak sebagai Pengarah Muzik tetapi mereka juga turut menjadi pemuzik undangan bersama kumpulan Mohram yang terdiri daripada Mohar dan Ramli serta kumpulan vokal latar terkenal, Jad Lobo dan pasukannya. 

PASUKAN TULANG BELAKANG HEBAT SEPANJANG KONSERT U.K'S REUNION 25 TAHUN


KONSERT U.K’S REUNION 25 TAHUN ini menjadi lebih bermakna apabila mendapat sentuhan Pengarah kreatif Shamsul Cairel dan Pengarah Teknikal yang tersohor, Dato' Sri Rozaimi Che Di yang juga adalah Pengarah Urusan RCD Concepts Sdn Bhd. 


Selaku penerbit, Samirah Hambali berkata pihak producer Mac Training Centre Sdn Bhd dan RCD Concepts Sdn Bhd amat berbesar hati untuk menganjurkan konsert buat kumpulan U.K’s yang julung kali pertama diadakan ini. 

“U.K’s adalah sebuah nama yang besar dan mempunyai pengikut yang ramai bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara jiran tetangga. Pasti ramai yang teruja dan sudah lama menantikan sebuah konsert berskala besar daripada U.K’s ini yang pastinya akan menghiburkan serta dapat membangkitkan semula nostalgia kehebatan kumpulan U.K's pada suatu masa dahulu. Pihak kami juga mengalu-alukan kesediaan mana-mana pihak korporat yang sudi menaja KONSERT U.K'S REUNION 25 TAHUN ini sebagai sebahagaian daripada projek atau kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi membuka ruang dan peluang kepada warga seni baik di depan tabir mahupun di belakang tabir untuk bekerja semula setelah lama terkesan akibat pandemik,” katanya. 

Sementara itu, selaku vokalis U.K’s, Amir pula memberitahu, kumpulan U.K’s sangat berbesar hati apabila diberi peluang untuk mengadakan konsert berskala besar di tempat yang penuh berprestij seperti Istana Budaya. 

“Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, beraksi di Istana Budaya adalah impian setiap artis rakaman dan peluang seperti ini tidak harus dilepaskan U.K’s. Peluang beraksi di Istana Budaya dapat membuktikan lagi pencapaian dan tanda aras yang lebih tinggi dalam kerjaya muzik kami selama ini. Saya percaya konsert ini memang cukup dinantikan peminat-peminat setia yang selama ini membesar dengan lagu-lagu U.K’s. Setiap lagu pastinya mempunyai nostalgia tersendiri buat mereka. Lagu-lagu U.K’s memamg mempunyai impak yang tersendiri. Ada mendengar lagu U.K’s kerana putus cinta. Yang bercinta kerana lagu U.K’s pun ada. Semua orang punya nostalgia masing-masing dengan lagu U.K’s,” katanya. 

Menurut Amir lagi, memandangkan mereka mempunyai banyak lagu-lagu hit, ia sememangnya memberikan satu cabaran buat mereka untuk memilih 25 lagu yang bakal dipersembahkan dalam konsert ini nanti. 

“Dari awal lagi, kita sudah senaraikan lebih daripada 30 buah lagi dan untuk memilih 25 buah lagu daripada senarai ini cukup memeningkan, apatah lagu ia perlu diaturkan mengikut kesesuaian segmen dan repertoire. Tapi, apa yang boleh saya katakan di sini, semua lagu-lagu hit U.K’s jadi jadi kegemaran setiap peminat, kita akan nyanyi dan persembahkan”.

PENAMPILAN SAARI AMRI MENYANYI BERSAMA U.K'S!


KONSERT U.K'S REUNION 25 TAHUN ini bukan saja dianjurkan untuk meraikan kejayaan dan jatuh bangun U.K’s dalam kerjaya muzik mereka, tetapi juga sebagai penghormatan buat Saari Amri yang telah banyak menaikkan nama U.K’s menerusi lagu-lagu ciptaannya yang cukup menyengat. 

Malah, ia juga diadakan sebagai menghargai peminat-peminat tegar U.K’s di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei yang telah banyak memberi sokongan terhadap kerjaya seni muzik kumpulan ini.


Sebagai kejutan, konsert yang turut diiringi Strings Chamber Orkestra Simfoni Kebangsaan Malaysia (OSK) ini juga akan menampilkan persembahan Saari Amri bersama U.K’s dalam sebuah tribute khas

KONSERT U.K'S PASTI SUKSES KERANA SOKONGAN PENGANJUR


KONSERT U.K'S REUNION 25 TAHUN ini turut dibantu rakan strategik seperti Nasional FM, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, Perak Agrotourism Resort (Patro), Angsana Travel & Tours, iLasso Tickets, Acoustic and Lighting System Sdn Bhd, Seinnheizer Asia, Heaven Studio, Scream Studio, Hotel Premiera Kuala Lumpur dan Istana Budaya. 


Rakan strategik lain yang turut membantu adalah Nazrin Shah Tailor, Boutique First Time Around, Marsita Catering, Pak Tam Sri Corner dan Johans Corner. 

HARGA TIKET KONSERT U.K'S REUNION 25 TAHUN


Tiket menyaksikan konsert ini berharga RM999, RM777, RM555, RM333 dan RM111. 

Platinum: RM 999
VIP: RM 777
Gold: RM 555
Silver: RM 333
Bronze: RM 111

Sebarang pertanyaan mengenai tiket, hubungi Hotline: 03-21706333/ (WhatsApp): 01113297822 atau layari http://ilassotickets.com
Tags

إرسال تعليق

19تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Nie memang kumpulan yang mana kita membesar bersama lagu-lagunya, pastinya setiap lagu akan mengimbau kenangan ketika kita membesar.

    ردحذف
    الردود
    1. Yeee Rawlins. Kenangan masa zaman ni best kan. Macam enjoy gila dengar lagu pop rock. Hehe

      حذف
  2. Wow... it's interesting that classic rock band, U.K will be having their reunion concert. Good for their die-hard fans. I'm U.K fans are excited.

    ردحذف
  3. Ah.. saya tidak pernah dengar ttg brand ini classie rock sgt popular. Ibubapa saya sahaja tahu classic rock Muzik haha..

    ردحذف
    الردود
    1. Heyyyy hahaha u millennial la ni tak tahu lagu U.K's kan. Hahahaha.

      حذف
  4. Ni band classic, baguslah hidupkan kembali band2 macam ni.

    ردحذف
  5. Bestnya dah boleh start buat konsert. Terubat rindu siapa yang suka dengan band ni kan, mengimbau kenangan.

    ردحذف
  6. Kita memang peminat Ukays tapi nak masuk tengk konsert je yang kita berapa minat hahahaha.. tengok kat TV je laa nanti kalau ada tayangannya.. tak tau laa, maybe tak suka bising agaknya..

    ردحذف
    الردود
    1. Belum cuba belum tahu. Akak mesti nangis. Sebab dia org perform terus menusuk jiwa. Ini tiada siaran live tv. Tp RTM ada record nanti. Maybe next year raya akak bleh tengok di rtm or youtube kot. Hehe

      حذف
  7. this is the first time i am getting to know this band thanks to your article. dkid some research and found out that they are such an amazing group with so many great songs. would love to attend their concert if given the chance!

    ردحذف
    الردود
    1. Ya Grace. Banyak lagu mereka hits. Konsert in June. Masih sempat plan something. Jom jom jom.

      حذف
  8. Confirm best kan concert ni nanti.. silver jubilee celebration bah, gempak for sure and good to know now Istana Budaya dah start buka balik for concert dah ni, good sign

    ردحذف
    الردود
    1. Yessss IB dah buka, sempadan dah buka. MasyaAllah semoga dipermudahkan urusan pelbagai pihak dan kita kekal jaga SOP k. Hehe

      حذف
  9. Wah! U.K's nak buat konsert eh. Menarik nih. Ingat lagi masa zaman sekolah menengah, selalu pinjam kaset abang jiran bila nak dengar lagu kumpulan ni. Dulu-dulu, namanya Ukays. Memang layanzzzz sangat la time dengar lagu-lagu diorang. Malar-segar kan. Sampai sekarang pun still jadi pilihan.

    ردحذف
  10. Halo, Kak Ruby
    Salam kenal
    Saya Anazkia dari Indonesia. Tadi nampak kawan Malaysia pos story tengah tengok konsert ni.

    Ya Allah, terujanya saya.
    Macam mahu menulis di blog.

    Ini kalau saya ambil beberapa rujukan dari sini (gambar dan tulisan) bolehkah, Kak?

    Terima kasih.

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !