BORONG PRODUK BZU BZU DI TCE BABY EXPO

BORONG PRODUK BZU BZU DI TCE BABY EXPO

Ruby
0
BORONG PRODUK BZU BZU DI TCE BABY EXPO | Assalammualaikum semua! Wahhhh dah 5 tahun Ruby meninggalkan dunia membeli-belah di Expo. Dulu, masa hamil Adam dan Alif, 4 bulan sebelum melahirkan mereka. Mesti Ruby ke Baby Expo. Sama ada Expo dari jenama bayi atau Expo dari syarikat seperi TCE, Motherhood dan lain-lain. 


Tapi the most trusted Baby Expo adalah dari TCE. Semua contest facebook dan event mereka adalah legit. Tu yang ramai ibu bapa suka. Ruby yang anak dah besar pun masih mengikuti TCE Baby Expo di facebook. Cuma, pada 24 March 2022 Ruby kembali ke TCE Baby Expo sebab BZU BZU. 

JUALAN MURAH GILER DARI BZU BZU


Melampau betul BZU BZU ni buat jualan macam ni. Dah lah barang keperluan sekarang wajib ada stok tisu basah dan hand wash. Ish ish ish. RM 1 untuk 30 helai tisu basah! Di tempat lain pun tak ada RM 1 ye. Di Tesco Lotus's Value Baby Wipes 30 helai RM 1.29. Manakala Guardian Antibacterial Wipes 30 helai RM 2.80 yang mereka jual BUY 3 @ RM 2.80 tu. Sebab sepaket 10 helai mereka buat. Mudah anak-anak bawa ke sekolah.

Jadi, apabila dah ke Baby Expo, barang keperluan anak-anak dah diperunttukkan pada bulan Mac dan April. Hahaha. Lepas raya nanti baru fikir nak cari jualan murah di mana lagi. Hehehe. Buat pengetahuan korang, ini kali pertama Ruby beli produk BZU BZU. Masa tahu ada promosi, Ruby cek juga latar belakang produk ni. Terkejut juga produk ni selamat untuk seisi keluarga. 

Korang nak tau apa Ruby beli? Jom tengok sini. 

BZU BZU BABY WIPES 80


RM 10 untuk 4 BZU BZU Baby Wipes. Setiap satu ada 80 helai.

BZU BZU BABY WIPES 30


RM 1 BZU BZU Baby Wipes. Setiap satu ada 30 helai. Ruby beli sekotak berisi 48. Puas hati oiii dapat borong. Lepas beli, minta staff BZU BZU 2 helai bag untuk keluarkan dari kotak. Nak angkat kotak macam semput je kan. Masuk 2 bag barulah mak bangga keluar dari Expo beli banyak barang BZU BZU. Hahaha.

BZU BZU KIDS TOOTHPASTE (GRAPE, ORANGE DAN STRAWBERRY)


RM 2 tiap satu ubat gigi kanak-kanak. 3 perisa Ruby borong. Harga asal RM 3.99. 

BZU BZU BABY ACCESSORIES CLEANSING FOAM


RM 11.90 satu, beli dua dapat 50% off. RM 5.95 untuk pembelian botol kedua. 

BZU BZU ANTI BACTERIAL FOAMING HAND WASH 300ML


RM 5 sebotol. Harga asal RM 15.50. Borong beli 5. Hahahaha. 

BZU BZU FRESH COOLING KIDS SHAMPOO 600ML


RM 11 sebotol. Harga asal RM 22. 

BZU BZU SILKY SOFT KIDS SHAMPOO 600ML


RM 11 sebotol. Harga asal RM 22.


BZU BZU HAPPY KIDS BODY WASH 600ML


RM 11 sebotol. Harga asal RM 22.

BZU BZU KIDS SHAMPOO 200ML


RM 5 sebotol. Harga asal RM 10.90. Boleh bawa travel atau balik kampung beraya nanti.

GIFT WITH PURCHASE BZU BZU SUPER CUDDLY BLANKET


Ruby dapat hadiah dari BZU BZU. Dua unit blanket. Percuma 1 untuk pembelian RM 80 ke atas. Harga blanket ni RM 35 satu tau. Wuwuwuwuwu. Dapat percuma memang best la kan. Sesuai dijadikan selimut di dalam kereta untuk Adam dan Alif. Terima kasih BZU BZU!

Next time boleh join lagi! Sebab produk BZU BZU ni tiada bahan kimia berbahaya seperti Sulfat, Paraben, Alkohol, DEA, MEA, TEA dan formaldehid. Diuji makmal berkesan membunuh 99.999% kuman dan bakteria dalam hanya 15 saat. pH seimbang, bebas sabun, mesra untuk kulit kering. Selamat untuk kanak-kanak dan sesuai untuk kegunaan seisi keluarga. 

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !