SALTSANDCO MAGNESIUM OIL SPRAY BERKESAN MELEGAKAN KEKEJANGAN OTOT

SALTSANDCO MAGNESIUM OIL SPRAY BERKESAN MELEGAKAN KEKEJANGAN OTOT

Ruby
3
SALTSANDCO MAGNESIUM OIL SPRAY BERKESAN MELEGAKAN KEKEJANGAN OTOT  | Assalammualaikum semua. Ruby nak review produk dari Salts and Co. Ini adalah produk dari Australia yang Ruby terima sebagai hadiah dari kenalan. Masa tu ingatkan minyak masak. Ruby letak je la kat dapur.

Satu hari yang dingin, suami bertanya. Sayang.. ni minyak apa? Olive oil ke? Siap spray eh? Senang betul. Beberapa ketika, kami saling memandang dan... ehhhhh ni minyak urut lah sayang. Hahaha.



SALTSANDCO MAGNESIUM OIL SPRAY BERKESAN MELEGAKAN KEKEJANGAN OTOT


Apabila dah tahu itu minyak untuk sebelum dan selepas bersenam, boleh digunakan ketika kekejangan otot dan bantu tidur nyenyak. Kami pun spray sebelum tidur. 

Masa mula-mula spray tu, terkejut ada sensasi hangat. Tak panas, tapi hangat macam tu. Ruby urut kaki dan pakai stoking. Alhamdulillah tidur lena tanpa ada kekejangan otot tiba-tiba waktu tengah malam. 

Ruby dengan kekejangan kaki ketika tidur tidak dapat dipisahkan.  Jika boleh kawal sendiri, Alhamdulillah.  Ada kala tidak boleh kawal. Menjerit juga tengah-tengah malam minta tolong suami. 

Boleh dikatakan ramai ahli keluarga Ruby mengalami kekejangan otot ketika tidur atau selepas berjalan terlalu lama. Sebab itu, kalau kami travel. Tentatif program tidak banyak berjalan. Hahaha.

SALTSANDCO MAGNESIUM OIL SPRAY


Melihat pada bungkusan, ia kotak yang kemas dan bersih. Pada botol juga sangat efektif dengan sistem penguncian agar anak Ruby tidak main spray spray. Hahaha.


Semburan magnesium semulajadi menggunakan hanya air tulen dan magnesium klorida (dengan 8.2g unsur magnesium setiap 100ml). 

Gabungan gaya hidup moden, diet yang sihat dan senaman yang kerap boleh menghabiskan  magnesium simpanan semula jadi dengan cepat membuatkan kita berasa letih, memperlahankan pemulihan otot dan menjejaskan corak tidur kita. 

SaltsAndCo Magnesium Oil adalah pilihan terbaik untuk meningkatkan tahap magnesium. Boleh digunakan setiap hari.

P/S: Jika anda percaya anda mengalami kekurangan magnesium, disyorkan anda berbincang dengan doktor atau pakar kesihatan profesional yang boleh melakukan penilaian lengkap. Seterusnya boleh mengesyorkan pelan rawatan yang sesuai. 

Gunakan sebelum atau selepas senaman untuk membantu pemulihan dari kekejangan otot. Kaki yang penat selepas seharian bekerja juga amat digalakkan menggunakannya. Manfaat minyak ini menyokong kesihatan otot serta kesejahteraan am. Selain itu, ia membantu meningkatkan kualiti tidur. 

CARA PENGGUNAAN SALTSANDCO MAGNESIUM OIL SPRAY

 
Sembur pada otot atau kawasan sendi dan urut perlahan-lahan. Boleh digunakan sebelum dan selepas senaman dengan sehingga 4 semburan ke kawasan yang terjejas atau seperti yang dinasihatkan oleh profesional penjagaan kesihatan anda. 

4 Semburan = 85.28mg magnesium 
8.2g unsur magnesium setiap 100ml

Isi kandungan SaltsAndCo Magnesium Oil adalah Air Tulen, Magnesium Klorida (8.2g Unsur Magnesium setiap 100ml). Semua adalah dari bahan-bahan organik dan natural.

Jangan sembur ke muka atau kulit yang cedera tau!

HARGA SALTSANDCO MAGNESIUM OIL SPRAY


Ruby ada cek di website SaltsAndCo dan mendapati harga adalah seperti gambar di bawah.

Harga AU$24.95 bersamaan RM 75. SaltsAndCo Magnesium Oil hanya perlu di simpan di tempat kering dalam rumah kita. Tiada penjagaan istimewa yang diperlukan. Spray! Spray!

Kalau korang tahu anyone jual di Malaysia. Komen kat bawah eh. Ruby suka kah guna SaltsAndCo Magnesium Oil Spray. Kekejangan otot memang bukan benda seronok bagi kehidupan Ruby. Syukur alhamdulillah dah jumpa produk yang boleh bantu kaki ku. Hehehe. 

Setiap rumah, wajib ada sebotol SaltsAndCo Magnesium Oil Spray. Boleh juga bawa ketika menunaikan Umrah dan Haji nanti. InsyaAllah. 

Tags

Catat Ulasan

3Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Wah! Bagus ni. Sebab bekerja 12 jam hingga 15 jam sehari depan komputer boleh membuat otot tangan jadi kurang selesa dan pinggang pun sakit. Kadangkala otot paha pun pandai kejang sebab duduk lama depan laptop

    BalasPadam
  2. Bagusnya ada guna spray gini, jarang juga jumpa minyak urut jenis spray ni, untuk Suami Sis bagus ni.. boleh try survey cari laa...

    BalasPadam
  3. Spray yang memudahkan mereka yang memerlukan

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !