KENAPA AKU SUKA GALAXY S21 FE 5G

KENAPA AKU SUKA GALAXY S21 FE 5G

Ruby
1
KENAPA AKU SUKA GALAXY S21 FE 5G | Assalammualaikum semua! Baru-baru ini Ruby telah menggunakan Samsung Galaxy S21 FE 5G. Jika anda ada baca penulisan Ruby ketika pelancaran telefon pintar tersebut pada Januari 2022 yang lalu. 

Ruby tertarik dengan fungsi resolusi tertinggi pada paparan Dynamic AMOLED 2X, Gorilla® Glass Victus™, Super Smooth 120Hz refresh rate, bateri 4500mAh, pengecasan 25W Super-Fast supaya anda boleh mengecas bateri anda lebih daripada 50% dalam masa 30 minit sahaja, kamera hadapan 32MP, One UI 4 Samsung yang intuitif, Ultra-Wide Camera dan 30x Space Zoom! Ringan, skrin luas dan warna Lavender semestinya sesuai untuk kita semua!

Menarik sangat kan? Jadi, Ruby telah menggunakan telefeon pintar ini semasa percutian keluarga dan ketika acara The Brandlaureate bagi meraikan usahawan di Malaysia. Jom lihat hasil gambar tanpa edit yang Ruby telah ambil. 

KENAPA AKU SUKA GALAXY S21 FE 5G

KENAPA AKU SUKA GALAXY S21 FE 5G

Setiap kali mencari telefon pintar, apa yang perlu kita selidik adalah untuk kegunaan apa dan gaya hidup kita bagaimana? Jika anda sering bersama telefon pintar, sudah semestinya prestasi sistem pemprosesan perlu jitu. Malah, kapasiti bateri juga harus besar agar anda boleh melakukan aktiviti harian tanpa perlu risau dengan bateri dan membawa power bank yang berat sepanjang masa.

Baca di sini >> https://www.ruby.my/2022/01/galaxy-s21-fe-5g-telefon-pintar-flagship-untuk-semua.html

Ruby suka sangat dengan fungsi kamera di Galaxy S21 FE 5G, ia mempunyai ciri Single Take, Portrait 3x Zoom, Photo dan Video boleh Zoom In dan Zoom Out, AR Doodle, Pro mod, Panorama, Food, Night, Portrait Video, Pro Video, Super Slow-Mo, Slow Motion, Hyperlapse dan Dual Recording.

Galaxy S21 FE 5G menggunakanGorilla® Glass Victus™, kaca paling lasak pada telefon pintar Samsung Galaxy. Apabila anda mengambil gambar dengan skrin kaca jelas seperti ini, kepuasan mengambil gambar dan merakam video juga terpancar di wajah anda. Malah, Ruby sering menawarkan diri untuk mengambil gambar. Rasa puas dengan hasil gambar detik-detik indah itu.

FUNGSI KAMERA TIADA TANDINGAN


Sebelum kita ke fungsi-fungsi yang tersedia, jom lihat fungsi kamera utama.  32MP dengan detik indah, setiap detik berjaya di ambil. Dari percikan air, senyuman dan pergerakan. Semuanya boleh!



PORTRAIT MODE LEBIH RELEVAN


Kebiasaannya Portrait Mode mempunyai Bokeh agar menaikkan objek atau gambar seseorang. Namun, ada Bokeh yang tidak sesuai dengan potongan yang ingin di asingkan. Ada kalanya telinga terkabur sekali dengan background. Ada juga gambar background yang tidak dikaburkan menyeluruh tetapi muncul bersama gambar objek. Oleh itu, amat penting Portrait Mode memberi Bokeh yang natural kepada gambar kita. Barulah ibarat kamera DSLR. Portait mode Galaxy S21 FE 5G memang terbaik! Ruby addicted snap gambar dengan fungsi ini.

Manusia


Haiwan

NIGHT MODE JITU KETIKA KURANG PENCAHAYAAN


Ada kalanya, tidak perlu menunggu pada waktu malam. Lokasi yang kurang pencahayaan juga akan memberi kesan kepada gambar kita apabila noise lebih banyak. Wajah pun tidak berapa jelas. Mesti stress kan? Jangan bimbang, Galaxy S21 FE 5G sangat hebat ketika mengambil gambar dan video ketika situasi ketika di majlis makan malam, konsert atau dimana-mana sahaja!

FUNGSI FOOD BUAT KECUR AIR LIUR


Selain dari gambar kenangan seisi keluarga, jangan dilupa gambar makanan. Ia adalah penyeri hari kita. Hehehe.

VIDEO SLOW-MO MENYIMPAN KENANGAN INDAH DENGAN LEBIH TERPERINCI

Sudah lama tidak menggunakan fungsi slow-mo. Detik-detik indah dapat di ambil dengan mudah sekali! Tidak perlu tunggu lama dan tidak perlu mengambil beberapa kali detik tersebut. Semuanya mudah dengan Galaxy S21 FE 5G.




SELFIE BERSAMA GALAXY S21 FE 5G


Selfie kini lebih natural dengan telefon pintar ini. Tiada lagi ilusi gemuk bagi sesiapa yang berada di hujung tepi. Hahaha.


INSTAGRAM REELS MENGGUNAKAN GALAXY S21 FE 5G

Apabila berpuas hati dengan apa yang ditawarkan oleh telefon pintar, secara automatik kita akan teruja ingin menyiapkan video percutian. Jom layan!

VIDEO #1



VIDEO #2


VIDEO #3



Terima kasih Samsung Malaysia kerana memberi peluang kepada Ruby untuk mencuba Galaxy S21 FE 5G. Ruby dapat berkongsi dengan para pembaca apa yang Ruby suka sangat dengan telefon pintar ini. Diharap perkongsian ini bermanfaat! 

Untuk maklumat lanjut tentang Galaxy S21 FE 5G, sila lawati

Catat Ulasan

1Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Dia punya image sharp betul yaaa.. video pun cantikk..
    Suami Sis memang suka Samsung cuma baru ni je company lama tu bagi ViVo.. ni dengar nak tukar sebab katanya susah hahahahaha

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !