YAYASAN TAQWA MAIWP MENAJA PEMBIAYAAN PENDIDIKAN GOLONGAN MINORITI ISLAM MELALUI IIUM EDUCATION DIVISION IIUM HOLDINGS SDN BHD

YAYASAN TAQWA MAIWP MENAJA PEMBIAYAAN PENDIDIKAN GOLONGAN MINORITI ISLAM MELALUI IIUM EDUCATION DIVISION IIUM HOLDINGS SDN BHD

Ruby
0
YAYASAN TAQWA MAIWP MENAJA PEMBIAYAAN PENDIDIKAN GOLONGAN MINORITI ISLAM MELALUI IIUM EDUCATION DIVISION IIUM HOLDINGS SDN BHD | Assalammualaikum semua! Beberapa hari yang lalu, Ruby berkesempatan menghadiri cara yang sangat bermanfaat iaitu penyerahan penajaan biasiswa pendidikan sebanyak RM 148,000 untuk golongan minoriti Islam di Gombak. 

Terdapat 2 perkara yang bakal dilaksanakan melalui penajaan tersebut. Diantaranya adalah seramai 24 pelajar antarabangsa jurusan Diploma Teknologi Maklumat di IIC akan ditaja sesi pembelajarannya 

Kemudian, Program Hebat Baca Bahasa untuk 12 keluarga dikalangan B40 dan asnaf yang mempunyai anak-anak berumur lima dan enam tahun yang mempunyai masalah membaca.

Pendidikan adalah perkara yang penting dalam kehidupan kita. Melalui pendidikan, kita dapat menambah ilmu, mencapai impian dan seterusnya mendapat pekerjaan yang akan membantu keluarga kita pada masa akan datang. 

Apabila bertemu anak-anak yang sedang berusaha mencari ilmu, sering Ruby beri kata-kata semangat. "Belajar rajin-rajin dan fokus tau anak-anak. Jangan sia-siakan usia muda". 

Semoga usaha murni ini diteruskan dan menjadi agenda tahunan bagi membantu umat Islam di mana sahaja di dalam Malaysia. InsyaAllah. 

YAYASAN TAQWA MAIWP MENAJA PEMBIAYAAN PENDIDIKAN GOLONGAN MINORITI ISLAM MELALUI IIUM EDUCATION DIVISION IIUM HOLDINGS SDN BHD


Di atas dasar keprihatinan, Yayasan Taqwa, MAIWP mengumumkan tajaan pembiayaan pendidikan yang berjumlah RM148,000 yang disalurkan melalui dua (2) program di bawah pengendalian IIUM Education Division, IIUM Holdings Sdn. Bhd. (IIUM Education). 

Program-program tersebut adalah tajaan pembiayaan pendidikan kepada pelajar antarabangsa Kolej Islam Antarabangsa (IIC) yang beragama Islam yang tidak berkemampuan serta mengalami masalah kewangan untuk melanjutkan pelajaran mereka dan bantuan pembiayaan kepada IIUM Educare bagi menjayakan Program Hebat Baca Bahasa yang menyasarkan kanak-kanak yang berumur lima (5) dan enam (6) tahun yang mempunyai masalah membaca dikalangan B40 dan asnaf. 

Replika cek sumbangan ini disempurnakan oleh YBhg. Dato' Haji Razali Bin Hj. Shahabudin, Pengerusi Yayasan Taqwa, dalam satu majlis ringkas di Hotel Seri Pacific, di sini hari ini. Turut hadir adalah En Mohd Khair Bin Ngadiron, Pengerusi IIUM Education, Tuan Hj. Zabidi Bin Nasan, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa, En. Wan Rohimi Bin Wan Daud, Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Datuk Dr. Mohd Ghazali Bin Md. Noor, Ahli Pemegang Amanah Yayasan Taqwa, En. Shamsul Kahar Bin Haron, Ketua Pegawai Eksekutif IIUM Education dan Puan Adibah Binti Omar, Ketua Pegawai Eksekutif IIUM Educare. 


En. Mohd Khair Ngadiron yang merupakan Pengerusi IIUM Education juga berkata, “Sumbangan ini memberikan motivasi kepada kanak-kanak yang kurang berkemampuan untuk belajar dan mengikuti kelas membaca secara atas talian serta memastikan mereka dapat meneruskan proses pembelajaran dengan sempurna walaupun negara sedang berhadapan dengan isu kesihatan global dan kemelut ekonomi yang meruncing. 

Tambahnya lagi, IIC juga bakal memeterai kerjasama strategik dengan International Intellectual College of Myanmar bagi memastikan pembangunan ummah terutama dalam bidang Teknologi Maklumat berkembang di serata dunia. 

Inisiatif-inisiatif ini turut membantu IIUM Education untuk mengorak langkah kehadapan menjadi rangkaian institusi pendidikan yang tersenarai di Bursa Saham Malaysia sebagai Syarikat Tersenarai Awam (PLC) yang mempamerkan standard tadbir urus korporat yang akan menjadi teladan kepada institusi pendidikan yang lain.

Apa yang boleh mengubah kehidupan adalah peluang pembelajaran. Pendekatan spesifik selama 10 bulan. Internet paling bagus telah di cek agar fasiliti dan infrastruktur dapat digunakan oleh mereka yang memerlukan.” 

PENAJAAN 24 PELAJAR JURUSAN DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT DI IIC


Untuk program pertama, menerusi pembiayaan ini, pihak Yayasan Taqwa, MAIWP bersetuju menaja seramai 24 orang pelajar antarabangsa yang merupakan warganegara Myanmar yang sedang mengikuti Diploma Teknologi Maklumat di IIC. Pelajar-pelajar tersebut mengalami masalah kewangan yang serius akibat pergolakan politik dan ekonomi di negara mereka. 


"Tugas kita ingin membantu masyarakat Islam di Malaysia. Tetapi, membantu masyarakat minoriti Islam seluruh dunia juga. Diharapkan pembiayaan ini dapat disalurkan kepada kumpulan sasar yang dikenalpasti bagi meringankan beban mereka untuk mengejar ilmu dan mencapai kejayaan dalam segala bidang yang diceburi.” YBhg. Dato' Haji Razali Bin Hj Shahabudin; Pengerusi Yayasan Taqwa MAIWP.

Tuan Haji Zabidi Hasan; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa

PROGRAM HEBAT BACA BAHASA


Selain daripada itu, bagi program kedua, kumpulan pertama Program Hebat Baca Bahasa telah bermula pada 15 September 2021 yang melibatkan 12 keluarga bertuah yang telah terpilih untuk menyertai program tersebut. Mereka turut diberikan sebuah “Kotak Kegembiraan” yang mengandungi sebuah laptop, set meja belajar, alat tulis dan buku. Ini bertujuan untuk memberi mereka motivasi untuk belajar lebih tekun dan mempersiapkan diri sebelum memasuki alam persekolahan darjah satu (1). 

"Hebat Baca Bahasa, program membaca yang sangat diperlukan oleh anak-anak pada usia 5 dan 6 tahun agar mereka bersedia memasuki alam persekolaha iaitu tahun 1. Bantuan kondusif online environment kepada keluarga asnaf dan B40 yang terkesan. Keseluruhan ahli keluarga dari kalangan adik beradik juga turut ingin belajar. Ini kerana kekurangan infrastruktur PdPR.

Ramai dari kalangan keluarga pelajar kekurangan peranti telefon pintar. Adik-beradik yang ramai. Malah internet yang sangat terhad. 10 bulan sesi pembelajaran untuk membaca ini, kami membuat lawatan dan menyediakan infrastruktur setiap keluarga seperti talian internet dari telco yang bersesuaian, meja kerusi dan peranti. Semoga usaha murni ini dapat membantu mereka." Puan Adibah Omar; Ketua Pegawai Eksekutif IIUM Educare. 

MENGENAI YAYASAN TAQWA


Yayasan Taqwa telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 20 November 1990. Objektif penubuhan adalah untuk memantapkan agihan dana kebajikan (Zakat-MAIWP) Demi Kesejahteraan Ummah Melalui Program dan Aktiviti yang berbentuk Pendidikan, Kebajikan dan Dakwah.

Selain itu, pelbagai inisiatif diadakan untuk menjana tahap pemikiran ummah kearah masyarakat minda kelas pertama dan memantapkan rangkaian hubungan kerjasama diantara Jabatan/ Agensi Kerajaan dan Swasta, NGO, Persatuan serta media.

Yayasan Taqwa juga memperkasakan semangat dan Pertubuhan sukarelawan melalui Program dan aktiviti kemasyarakatan.

Selain itu, Yayasan Taqwa juga adalah Agen mempromosikan MAIWP dan PPZ agar kutipan Zakat di Wilayah Persekutuan bertambah dari masa ke semasa.

YAYASAN TAQWA WILAYAH PERSEKUTUAN
Tingkat Bawah Lot 1, Bangunan TH, 148 Jalan Ipoh,
51200 Kuala Lumpur. MALAYSIA.
No Tel : 03-40414155 | No Fax : 03-40414166

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !