TONER MEDIHEAL TEA TREE BIOME BLEMISH CICA PAD MENJIMATKAN RUTIN SKINCARE

TONER MEDIHEAL TEA TREE BIOME BLEMISH CICA PAD MENJIMATKAN RUTIN SKINCARE

Ruby
0
TONER MEDIHEAL TEA TREE BIOME BLEMISH CICA PAD MENJIMATKAN RUTIN SKINCARE | Assalammualaikum semua! Hari ni dah 31 Disember 2021! Ruby doakan semoga kehidupan kita semua pada tahun 2022 dan seterusnya lebih baik ya!

Ruby nak kongsi apa yang Ruby discover pada tahun 2021 ni. Ruby cuba toner pad yang dah siap dalam bekas. Jadi, Ruby tak perlu beli toner dalam botol atau perlu pam. Lagi satu, Ruby dah tak beli pad kapas dah. Jimat betul! 

Bukan sahaja jimat duit, ruang simpanan pun jimat. Hahaha. Kalau sebelum ni, ruang simpanan pad kapas sahaja dah ambil satu laci. Sebab Ruby suka buat stock barang. Sekarang tidak lagi! Hehehe.

TONER MEDIHEAL TEA TREE BIOME BLEMISH CICA PAD MENJIMATKAN RUTIN SKINCARE


Kebiasaannya rutin skincare atau penjagaan wajah ni tidak boleh skip atau stop. Ia perlu berterusan agar hasilnya kita boleh nikmati sepanjang kita hidup. 

Wajah glow dan sihat adalah impian setiap insan. Tahukah bagaimana untuk mencapai matlamat itu? Anda hanya perlu tahu apa yang khusus untuk jenis kulit anda. Kemudian amalkan ia secara harian dan konsisten. 

CARA PAKAI MEDIHEAL TEA TREE BIOME BLEMISH CICA PAD 


Pad ini mempunyai tekstur berlainan di bahagian depan dan belakang. Bahagian depan ada permukaan berbucu dan bahagian belakang permukaan rata. Untuk permukaan berbucu, anda sapu dulu kat wajah dan leher. Anda akan nampak sisa kulit dan kotoran daki melekat di pad. 

Kemudian anda guna pad bahagian permukan rata anda sapu di bahagian wajah dan leher. Gunakan dua-dua bahagian ni secara gentle. Jangan tonyoh-tonyok mula tu. Sayangi diri kita tau. 


ISI KANDUNGAN MEDIHEAL TEA TREE BIOME BLEMISH CICA PAD 


Tea Tree Biome ialah rangkaian penjagaan kulit baharu yang bukan sahaja memberikan kesan menenangkan tetapi menjaga kulit agar kekal sihat. 


NON-TOXIC

TIADA isi kandungan berbahaya 
TIADA kandungan membimbangkan 
TIADA memberi kesan kerengsaan 
TIADA bahan yang menyebabkan tindak balas alahan

Formulasi Micro Biome Cica Liposome Capsule Contains Patent Solutions dalam keseluruhan barisan produk tumbuhan Tea Tree organik yang ditanam secara domestik.

Pembungkusan menggunakan kertas kitar semula mesra alam dan dakwat berasaskan tumbuhan.

Mediheal Tea Tree Biome Blemish Cica Pad membantu menanggalkan sisa-sisa kulit mati. Memberi penjagaan wajah yang menenangkan pada kulit yang merengsa. Menawarkan penjagaan rapi pada kawasan yang bermasalah sambil melembabkan.

Purified Water, Glycerin, 1,2-Hexanediol, Dipropylene Glycol, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Water (10,000ppm), *Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Extract (500ppm), *Kunzea Ericoides Leaf Extract (500ppm), Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Oil (70ppm), Centella Asiatica Extract, Betaine, Panthenol, Papain, Gluconolactone, White Willow Bark Extract, Polyglyceryl-10 Laurate, Hydroxyethylcellulose, Trehalose, Polyglyceryl-4 Laurate, Carbomer, Arginine, Allantoin, Octyldodeceth-16, Zeolite, Melia Azadirachta Leaf Extract, Disodium EDTA, Melia Azadirachta Flower Extract, Salvia Officinalis (Sage) Oil, Sodium Hyaluronate

(* menunjukkan ramuan dalam Kompleks Daun Tea Tree.)

HARGA MEDIHEAL TEA TREE BIOME BLEMISH CICA PAD


Melalui pemantauan di facebook group, ramai menginginkan produk ini tetapi mempunyai persoalan tentang harga. Murah atau mahal adalah subjektik untuk produk penjagaan kulit. Apa yang penting adalah keberkesanannya kepada kulit kita. 


Beli 1 untuk cuba, jika okay boleh teruskan. Ruby sudah serasi dengan toner ini, maka setiap kali Guardian buat jualan murah. Perkara pertama adalah cek sama ada produk ini mempunyai promosi ke tidak. Hehehe. 

Harga asal Mediheal Tea Tree Biome Blemish Cica Pad RM 89.90. Ketika promosi, anda boleh dapat Purchase with Purchase (PWP) 50% diskaun untuk pembelian kedua, ketiga dan seterusnya. Best kan? Oh ya Ruby beli di Guardian Suria KLCC. 

Semoga perkongsian ini membantu untuk anda mencari toner bersesuaian. 

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !