RESOLUSI QASEH GOLD INGIN MELAHIRKAN LEBIH RAMAI JUTAWAN DAN USAHAWAN BERJAYA

RESOLUSI QASEH GOLD INGIN MELAHIRKAN LEBIH RAMAI JUTAWAN DAN USAHAWAN BERJAYA

Ruby
0

RESOLUSI QASEH GOLD INGIN MELAHIRKAN LEBIH RAMAI JUTAWAN DAN USAHAWAN BERJAYA | Assalammualaikum semua! Alhamdulillah dan tahniah kepada Qaseh Gold kerana kembali dengan lebih berani untuk berkongsi kebaikan produk dan memberi peluang perniagaan kepada masyarakat. 

Tahun 2020 dan 2021 pastinya anjakan paradigma kepada pasukan Qaseh Gold untuk terus mara dengan plan plan perniagaan dengan lebih teguh.

Ruby berkesempatan menghadiri Malam Starvaganza 2021 Qaseh Gold bertemakan Semarak Qaseh Jana Kebahagian dan sangat berbangga dengan pencapaian Qaseh Gold. Semoga terus sukses dan bersemangat.

Baca sini >> QASEH GOLD TERCIPTA DARI RASA KASIH SAYANG

RESOLUSI QASEH GOLD INGIN MELAHIRKAN LEBIH RAMAI JUTAWAN DAN USAHAWAN BERJAYA

Qaseh Health Resources (QHR) sasar 100 Jutawan QASEH dan 1000 Usahawan baharu. Buat julung kalinya, selepas melalui hampir dua tahun fasa pandemik, Qaseh Health Resources (QHR) di bawah payung Ana Global Ventures, kembali meneruskan acara penganugerahan tahunan Malam Starvaganza 2021 Qaseh Gold.

Program eksklusif ini bertujuan untuk meraikan kejayaan Ejen serta Stokis yang telah mencapai prestasi cemerlang sepanjang tahun 2019 - 2021. Malam Starvaganza 2021 Qaseh Gold telah berlangsung pada 19 Disember 2021 hari Ahad. Bermula dari 7.30 malam sehingga 11.00 malam bertempat di Ballroom, Hotel Mercure, Selayang, Selangor.

Menurut Pengasas Qaseh Gold merangkap Pengarah Eksekutif Kumpulan Ana Global Ventures (AGV) Hasniza Hassan, misi utama syarikat sempena melangkah ke tahun baru adalah bagi melahirkan 1000 usahawan baharu dengan minima pendapatan RM2000 sebulan pada tahun 2022 dan membina 100 jutawan Qaseh Gold dalam tempoh 3 tahun

“Apa yang terdetik di hati saya, bagaimana saya sebagai seorang Muslim ingin menjayakan Qaseh dengan lebih meluas, supaya dapat membawa kembali fenomena Qaseh Gold yang dulu pernah melanda negara untuk membantu lebih ramai keluarga jadi sihat dan bahagia. Doakan misi kami untuk melahirkan 100 jutawan QASEH dalam tempoh 3 tahun berjaya dicapai pada tahun 2024 nanti. “ Kata Hasniza.

Jelasnya lagi, sebagai permulaan beliau akan mengadakan sesi training khas untuk leaders dan team. Fokus training adalah untuk membina mindset, leadership, sales and marketing termasuk social media marketing dan personal branding serta recruitment dan pembinaan sistem agen yang lebih kukuh.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu kehormat, Panel Syariah Ana Global Ventures, iaitu Dr. Zaharuddin Abd Rahman  dan Prof. Madya. Dr. Azman Mohd Noor.

PELANCARAN LOGO BAHARU QASEH

ANUGERAH MALAM STARVAGANZA 2021 QASEH GOLD

Sebanyak 8 anugerah utama dengan meraikan 117 penerima anugerah pada malam Stargavanza 2021 Qaseh Gold. 


Berikut merupakan senarai anugerah yang diraikan :

ANUGERAH QASEH WELLNESS ADVISOR

Anugerah ini diberikan kepada mereka yang telah menyertai Qaseh Wellness Advisory Program (QWAP), iaitu sebuah program anjuran pihak HQ bersama Pakar Pemakanan dan Nutrisi Kumpulan Ana Global Ventures, Coach Surainee Wahab. 

ANUGERAH OVERSEA STUDY KRABI

Tahniah Puan Marjan dan Encik Imanshah atas kemenangan yang diraih pada Malam Starvaganza 2021.

Anugerah ini ditawarkan kepada mereka yang layak untuk bersama-sama menikmati percutian ke Krabi yang telah digantikan dengan hadiah wang tunai bernilai RM1000 untuk setiap pemenang disebabkan pandemik yang melanda negara.

ANUGERAH PRESIDENT

Anugerah ini diberikan kepada ejen atau stokis Qaseh yang telah berjaya mencapai jumlah jualan RM16,000 dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak HQ.

ANUGERAH ACHIEVERS

Anugerah ini diberikan kepada ejen atau stokis Qaseh yang telah berjaya mencapai jumlah jualan RM8000 dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak HQ.

ANUGERAH TOP SELLERS

Anugerah ini diberikan kepada Ejen yang telah berjaya meraih jualan tertinggi dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak HQ.

ANUGERAH TOP PP (Pengurus Pemasaran)

Anugerah ini diberikan kepada stokis yang telah menjaya meraih jualan terkumpul tertinggi dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak HQ.

ANUGERAH TOP PPW (Pengurus Pemasaran Wilayah)

Anugerah ini diberikan kepada stokis yang telah menjaya meraih jualan terkumpul tertinggi dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak HQ.

ANUGERAH TOP PPN (Pengurus Pemasaran Negeri)

Anugerah ini diberikan kepada stokis yang telah menjaya meraih jualan terkumpul tertinggi dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak HQ.

STOKIS DAN EJEN DIPERLUKAN

QHR mengalu-alukan penyertaan Stokis dan Ejen bagi menyertai misi melahirkan 1000 usahawan dengan pendapatan minima RM2000 sebulan pada tahun 2022 dan 100 jutawan Qaseh Gold menjelang tahun 2024.


Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi saudari Aqila pada talian 011-60860407.

MENGENAI QASEH HEALTH RESOURCES SDN BHD

Qaseh Health Resources Sdn Bhd. merupakan sebuah syarikat 100% milik bumiputra Islam yang memasarkan produk yang berkualiti tinggi, fungsi yang pelbagai dengan harga yang berpatutan.

Menurut rentetan peristiwa, pada tahun 1983, jenama ANA telah diasaskan oleh Almarhum Tn Hj Othman Omar dan isteri beliau, Pn Hjh Esah Omar. Dan pada tahun 2007 di bawah pimpinan generasi kedua ANA, Tn Luqman Othman dan isteri beliau, Pn Hasniza Hassan, rangkaian produk Qaseh Gold telah diformulasi dan mula dipasarkan. 

Bermula dengan produk Qaseh Gold Adinda dan Qaseh Gold Kekanda. Hasil sambutan yang baik, pihak syarikat telah mengeluarkan produk rangkaian Qaseh Gold Junior dengan formulasi bahan-bahan semula jadi yang bersesuaian untuk kanak-kanak seawal usia satu tahun dan ke atas.

Hasil transformasi syarikat, tahun 2020 syarikat Qaseh Health Resources Sdn Bhd ditubuhkan sebagai anak syarikat di bawah pengurusan Kumpulan Ana Global Ventures. Ianya bagi menguruskan operasi dan penjualan rangkaian produk Qaseh Gold sepenuhnya demi memenuhi permintaan pasaran yang ingin turut serta memartabatkan ekonomi ummah melalui jenama produk keluaran Muslim yang halal, selamat dan bermutu.

QASEH GOLD | FACEBOOK | INSTAGRAM

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !