PASUKAN BIEU ARGILE TURUN PADANG HULURKAN BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR

PASUKAN BIEU ARGILE TURUN PADANG HULURKAN BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR

Ruby
0
PASUKAN BIEU ARGILE TURUN PADANG HULURKAN BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR | Assalammualaikum semua! Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Hati Ruby sayu dan sedih melihat bencana banjir yang berlaku di Selangor, Melaka, Pahang, Negeri Sembilan dan semu negeri di Malaysia yang terjejas.

Apa yang mampu Ruby lakukan adalah memanjatkan doa kepada Allah s.w.t dan memberi sumbangan kepada badan-badan kebajikan yang aktif di kawasan terlibat. Jika anda ingin membantu, banyak cara boleh kita bantu. Diantaranya menjadi Sukarelawan dengan niat utama ingin membantu. 

Ruby juga tertarik dengan usaha murni para usahawan di Malaysia. Mereka menyumpang produk-produk mereka dan menghulurkan bantuan. Terima kasih banyak-banyak. Di antara usahawan muda yang Ruby ingin kongsikan dengan anda semua adalah Encik Mohd Ammar Aiman Samsul yang memberi sumbangan produk pencuci keluaran syarikatnya sendiri iaitu Bieu Argile. 

PASUKAN BIEU ARGILE TURUN PADANG HULURKAN BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR


PASUKAN BIEU ARGILE TURUN PADANG HULURKAN BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR


Bersimpati dengan apa yang berlaku, syarikat pengeluar produk pencucian serba guna jenama Bieu Argile dari Eco Eschroll Sdn Bhd tampil menghulurkan bantuan kepada  mangsa banjir. Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Ammar Aiman Samsul berkata, 

“Kilang produksi produk Bieu Argile yang terletak di Seksyen 33, Shah Alam, turut terkesan dengan bencana banjir. Namun, ia tidak menghalang usaha pasukan kami untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

Kami turut berdukacita dengan apa yang berlaku. Kami berharap dengan sumbangan barangan yang masih selamat ini dapat membantu mangsa banjir di Taman Sri Muda (Shah Alam), Kampung Sri Aman (Puchong) dan Hulu Langat.

Semasa misi bantuan mangsa banjir, penduduk yang terbabit dalam bencana tersebut terpaksa mengggunakan banyak bahan pencuci bagi membersihkan kediaman mereka. Mencuci perabot, pakaian dan pinggan mangkuk yang masih boleh digunakan.

Produk pencucian Bieu Argile diperbuat daripada bahan semula jadi iaitu enzim air tanah liat dan tanpa bahan kimia. Ia selamat digunakan dan tidak menyakitkan tangan dan alam walaupun digunakan pada kuantiti yang banyak,” katanya. 

PASUKAN BIEU ARGILE TURUN PADANG HULURKAN BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIRPASUKAN BIEU ARGILE TURUN PADANG HULURKAN BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR


MENGHANTAR SUMBANGAN MAKANAN KEPADA MANGSA BANJIR MENGGUNAKAN DRON


Ammar bersama pasukannya juga menyumbangkan bantuan makanan di kawasan yang terjejas teruk seperti di Taman Sri Muda dengan menghantarkan  makanan menggunakan dron. 

“Enam dron membawa makanan ‘diterbangkan’  kerana orang ramai tidak boleh masuk ke sana dan kenderaan tidak boleh lalu kerana paras air tinggi.MKetika banjir kilat berlaku ada yang terpaksa menyelamatkan diri di atas bumbung selama dua hari tanpa makanan dan minuman,” katanya. 

Ammar menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik untuk terus membantu mangsa banjir ini sehingga pulih melayari kehidupan baru.

“Sedikit yang kita sumbangkan memberi makna besar buat mereka. Dari semasa ke semasa, pihak kami akan terus menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir sambil berharap keadaan akan pulih seperti sedia kala,” katanya.
PASUKAN BIEU ARGILE TURUN PADANG HULURKAN BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR


KENALI BIEU ARGILE


Produk penjagaan rumah Bieu Argile adalah produk tempatan yang dibangunkan secara dalaman melalui penyelidikan dan pasukan pembangunan dengan sokongan daripada SIRIM menggunakan Enzim Air Tanah Liat dicampur dengan bahan semulajadi dan mesra alam.

PASUKAN BIEU ARGILE TURUN PADANG HULURKAN BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR

Bieu Argile mengeluarkan produk pencucian serba guna yang mampu milik, selamat dan tidak memudaratkan persekitaran serta manusia tanpa mengorbankan keupayaannya untuk menghilangkan kotoran degil dan menghapuskan bakteria.

Menggunakan ‘tagline’ Kualiti Kayangan Harga Mampu Milik, syarikat berkenaan dalam perancangan untuk mengeluarkan produk kosmetik, pencucian badan dan skrub badan. Matlamat syarikat adalah untuk mengurangkan penggunaan bahan kimia kepada alam sekitar dan selamat untuk pengguna.

Kini, Bieu Argile turut membuka peluang kepada individu yang ingin menjadi pengedar rasmi produk. Produk ini dilancarkan pada November 2021 yang lalu dan boleh dibeli melalui Master Dealar sahaja. 

Produk Bieu Argile terbukti secara saintifik dalam penyelidikan dan pembangunan yang meluas dengan SIRIM Bhd mampu menanggalkan kotoran degil, membunuh bakteria berbahaya dan lembut kepada kulit sensitif dengan wangian buah-buahan yang beraroma. 

Ejen pembersih alternatif semulajadi, selamat dan mesra alam daripada menggunakan agen sintetik, khususnya industri Perdagangan Halal dan Logistik. Bieu Argile mencipta perkhidmatan yang menyediakan kemudahan dan produk dan perkhidmatan sanitasi khusus kepada umat Islam berdasarkan undang-undang Islam dan bukan Islam untuk memanfaatkan penggunaan produk dan perkhidmatan teknologi inovatif. 

Menyebarkan dan mempromosikan Kesihatan Persekitaran Hijau dan Kesihatan Ekosistem sejagat dengan menggunakan kaedah Islam membersihkan kekotoran, sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat Bieu Argile.

MENGENAI CLAY-RICH MINERAL


Bieu Argile kaya dengan mineral semula jadi dan ion dalam air tanah liat yang telah ditapai. Ia adalah produk unik yang mempunyai sifat antibakteria akibat pertukaran ion yang boleh mengganggu kebolehtelapan membran sel yang memberi peranan penting dalam kerosakan bakteria serta membunuh bakteria yang menjangkiti manusia dan haiwan. 

Detergen berasaskan mineral mempunyai antivirus, antimikrob dan antikulat juga, dan terbukti mempunyai pelbagai manfaat pembersihan super. Mineral yang kaya dengan tanah liat terbukti bebas daripada bakteria berbahaya.

BIEU ARGILE | FACEBOOK | INSTAGRAM 

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !