MEDAN SELERA SIGNATURES SURIA KLCC LOKASI EATERY WAJIB KAMI SEKELUARGA

MEDAN SELERA SIGNATURES SURIA KLCC LOKASI EATERY WAJIB KAMI SEKELUARGA | Assalammualaikum semua! Medan selera adalah lokasi yang bagus untuk kita dapatkan makanan kegemaran atau ingin mencuba makanan baru. Di medan selera, kita tidak gentar untuk memesan makanan dan minuman. 

Malah, harga yang disediakan adalah mampu untuk semua. Sama anda rakyat Malaysia, pelancong atau pekerja asing, medan selera adalah lokasi wajib untuk kita mendapatkan makanan harian dan berkhasiat. 


MEDAN SELERA SIGNATURES SURIA KLCC LOKASI EATERY WAJIB KAMI SEKELUARGA


MEDAN SELERA SIGNATURES SURIA KLCC LOKASI EATERY WAJIB KAMI SEKELUARGA

Medan selera bukan hanya sekadar medan selera? Sangat rare untuk dapat ke Medan Selera yang sentiasa bersih, makanan sedap, harga berpatutan, meja dan kerusi banyak. Kebiasaannya medan selera akan sesak dan suasana berbau. Namun, di Medan Selera “Signatures” Suria KLCC anda akan berasa lega. 

Ruby boleh pesan apa sahaja makanan dan minuman. Enjoy makan bersama keluarga tanpa perlu bimbang pelanggan yang tiada tempat duduk. Tersedak pula kalau makam laju-laju kan? Hahahaha. 

Medan Selera “Signatures” Suria KLCC direkabentuk dan dibina mengikut piawaian kebersihan yang tinggi untuk memastikan suasana mesra pelanggan yang tiada tolok bandingnya di samping membudayakan norma baharu.

Inilah falsafah Medan Selera “Signatures” Suria KLCC dengan penampilan serba baharu yang lebih luas serta selamat untuk dikunjungi. 

Mula dibuka kepada pelanggan pada tahun 1998, medan selera ini kemudian telah melalui proses pengubahsuaian pada tahun 2005 dan seterusnya pada tahun 2015 yang menyaksikan pertambahan bilangan tempat duduk kepada 1200 buah. 

Terkini, pembangunan semula yang juga melibatkan pertambahan ruang yang dahulunya sebahagian daripada pasaraya Parkson, dapat memuatkan bilangan tempat duduk sebanyak 1500 buah, namun, masih memadai untuk mengekalkan penjarakan fizikal dalam amalan norma baharu.

PELBAGAI PILIHAN MAKANAN DAN RESTORAN


Selain dari ruang yang luas untuk membolehkan penjarakan fizikal, medan selera baharu ini juga menghidangkan kepelbagaian jenis makanan untuk memenuhi citarasa pengunjung dengan pertambahan daripada 22 buah kedai dan 4 buah kiosk kepada 23 buah kedai, 6 buah kiosk serta 7 buah restoran seperti, “Shucked Oyster and Seafood Bar”, Ahh Yum by Kampong Kravers, Warung Prima, JJ Chilli Pan Mee, “KAGURA Tokyo Chicken Ramen”, “Eatomo”, “I Love Yoo!” dan banyak lagi.

MEDAN SELERA SIGNATURES SURIA KLCC LOKASI EATERY WAJIB KAMI SEKELUARGAMEDAN SELERA SIGNATURES SURIA KLCC LOKASI EATERY WAJIB KAMI SEKELUARGAMEDAN SELERA SIGNATURES SURIA KLCC LOKASI EATERY WAJIB KAMI SEKELUARGAMEDAN SELERA SIGNATURES SURIA KLCC LOKASI EATERY WAJIB KAMI SEKELUARGAMEDAN SELERA SIGNATURES SURIA KLCC LOKASI EATERY WAJIB KAMI SEKELUARGA

HAZARD ANALYSIS AND CRITICAL CONTROL POINT (HACCP)


Dari sudut kebersihan pula, Medan Selera “Signatures” Suria KLCC adalah medan selera pertama di Malaysia yang menerima persijilan rasmi HACCP iaitu pada tahun 2005. 

HACCP yang membawa maksud “Hazard Analysis and Critical Control Point” adalah satu sistem pengurusan yang berfungsi untuk memastikan keselamatan produk makanan bermula dari analisa dan pengawalan dari sudut biologi, kimia dan bahaya fizikal terhadap pengendalian penghasilan bahan mentah, perolehan, perusahaan sehinggalah pengilangan, pengagihan dan pengambilan makanan. 

Di dalam pematuhan norma baharu pula, Suria KLCC telah menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk memastikan susunan tempat duduk yang selesa sekali gus menepati keperluan penjarakan sosial.

INFRASTRUKTUR 5G DAN SOKET PENGECASAN DI BAWAH TEMPAT DUDUK


Apa yang lebih menarik ialah medan selera ini dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur 5G serta soket untuk pengecasan di bawah tempat duduk untuk kemudahan para pelanggan medan selera baharu di aras 2 Suria KLCC ini. 

PEMANDANGAN LUAR YANG MENGASYIKKAN


Berlatarbelakangkan bangunan-bangunan pencakar langit serta air pancut berirama Taman KLCC, Medan Selera “Signatures” pasti menjanjikan pemandangan yang menenangkan sepanjang hari dan malam. Segenap aspek diambil kira dan usaha telah dijalankan untuk menambah baik “Signatures” yang terhasil kini. 

Penelitian daripada prosedur operasi standard pematuhan kebersihan sehinggalah nilai estetika dan berkeupayaan untuk mengamalkan norma baru dalam jangka masa yang lama. Sudah tentu kami berbangga dan amat gembira dengan pembukaan medan selera yang bertaraf dunia ini kepada semua.

RESTORAN SARAVANAA BHAVAN

Menyediakan makanan authentic asli dari Selatan India. Kini anda tidak perlu travel jauh-jauh untuk menikmati masakan berasaskan sayuran. Saravanaa Bhavan World's No. 1 Indian Vegetarian Restaurant Chain kini berada di Signatures Suria KLCC. 

Korang tahu tak restoran ini ada cawangan di Petaling Jaya, Bangsar, Brickfields dan Leboh Ampang? Bukan biasa-biasa ni bila dah masuk dalam medan selera Signatures Suria KLCC. Jom kita cuba!
Ruby sebenarnya sedang mencari Chai. Ini gara-gara filem Miss India. Nak tahu apa rasa minuman Chai. Perkataan Chai adalah bermaksud teh. Teh istimewa yang dimasak bersama susu dan herba. Ramai kata ia Masala Chai. Tengok dari menu, ada Masala Tea RM 6.50. 

Tapi terasa nak minum Filter Coffee. Hahaha. Peminat kopi pasti memahami keadaan pertukaran apabila nampak menu kopi tertera. Indian Filter Coffee ialah minuman kopi yang dibuat dengan mencampurkan susu berbuih melalui infusi yang diperolehi dengan membancuh serbuk kopi yang dikisar halus dalam penapis tradisional India.

Filter Coffee



Rasa Filter Coffee ni nyaman. Sebab ia bukan kopi biasa yang kita minum dari jenama terkemuka. Kopi ini lebih rich, lemak, herba dan memberi satu nikmat apabila ia mula mengalir ke dalam badan. Rasa sihat. Hah itulah yang Ruby boleh jelaskan. Korang kena cuba!

Lihatlah meja ku! Besar betul hidangan dari Saravanaa Bhavan. Puas hati dapat makan semua ni bersama keluarga. Jom Ruby bagi tahu apa nama menu yang kami cuba.

Tosai / Paper Roast


Poori Set


Thali Set


Manisan



Kesemua hidangan dari restoran ini memang ternyata sedap. Full of flavour walaupun hanya makanan berasaskan vegetarian. Ruby akan repeat lagi! Jom!

AHH YUM BY KAMPONG KRAVERS 

Secara jujurnya, sepanjang ke medan selera Signatures Suria KLCC. Ruby sekeluarga belum pernah mencuba Ahh-Yumm by Kampung Kravers ni. Pernah nampak restoran ini di Wangsa Maju. Tapi tak juga teringin mencuba.

Kebiasaannya kami ke Suria KLCC pada hari Jumaat, hari cuti sekolah atau hari minggu. Sekitar jam 6 petang baru mencari makan malam. Kedai Ahh-Yum by Kampung Kravers akan penuh dengan pelanggan yang sedang beratur.

Jadi, kali ini kami berkesempatan untuk mencuba menu popular dari kedai ini iaitu Dulang @ Ahh-Yumm. Yayyy! Apabila memilih menu ini. Anda boleh pilih dari aneka masakan nasi, makanan laut, daging lembu, ayam, sayuran dan sambal.

MEDAN SELERA SIGNATURES SURIA KLCC LOKASI EATERY WAJIB KAMI SEKELUARGAMEDAN SELERA SIGNATURES SURIA KLCC LOKASI EATERY WAJIB KAMI SEKELUARGA

Nasi Lemak Basmathi


Nasi Bunga Telang


Nasi Tambah



Ayam Percik


Ayam Goreng Berempah


Ayam Goreng Sambal Hijau


7 Menu Sedulang:

Daging Salai Lemak Cili Padi


Daging Kicap


Sambal Udang


Terung Berlado


Telur Berlado

Beef Rendang



Chicken Rendang


Aneka Sambal:

Sambal Hijau


Sambal Belacan


Sambal Berlado


Menggamit memori apabila dapat menjamu selera di medan selera dengan masakan yang kita familiar. Hidangan begini menjadi kegemaran bagi anda yang rindu masakan pantai timur. Level kepedasan untuk Ruby adalah mild. Tetapi, untuk suami. Dia suka betul! Ruby paling suka daging salai lemak cili padi. Sedap! Sebab tak sakit lelangit masa makan. Boleh repeat lagi!

SUASANA DI MEDAN SELERA SIGNATURES SURIA KLCC

Jom Ruby kongsikan suasana Medan Selera “Signatures” Suria KLCC. Anda pasti menyukainya. Luas dan selesa. Sejak pembukaannya selepas renovasi, Ruby suka mencari tempat duduk di bahagian yang nampak view air pancut, Nathan's atau berdekatan dengan 4Fingers. 

Jangan bimbang dengan SOP dan penjarakan fizikal, setakat ini semuanya beretika mngamalkannya. Pengawal keselamatan Suria KLCC dan staf di medan selera juga memantau keadaan dari masa ke semasa. Jadi, korang suka makan apa di Medan Selera “Signatures” Suria KLCC? Komen dekat bawah okay? 


MEDAN SELERA SIGNATURES SURIA KLCC LOKASI EATERY WAJIB KAMI SEKELUARGA
MEDAN SELERA SIGNATURES SURIA KLCC LOKASI EATERY WAJIB KAMI SEKELUARGA
MEDAN SELERA SIGNATURES SURIA KLCC LOKASI EATERY WAJIB KAMI SEKELUARGA
MEDAN SELERA SIGNATURES SURIA KLCC LOKASI EATERY WAJIB KAMI SEKELUARGA


MENGENAI SURIA KLCC SDN BHD


Suria KLCC Sdn Bhd adalah sebuah syarikat usaha sama yang dimiliki oleh KLCC Property Holdings Berhad (60%) dan CBRE Global Investors (40%). Ia merupakan kumpulan pengurusan aset runcit bertaraf dunia yang memfokuskan kepada pembangunan dan operasi pusat membeli belah di Malaysia. 

Portfolio terkininya merangkumi tiga pusat membeli belah iaitu Suria KLCC (Kuala Lumpur), Alamanda (Putrajaya) dan Mesra Mall (Kertih). Dengan lebih 550 aneka kedai dan lebih 2 juta kaki persegi ruang runcit keseluruhannya, syarikat ini memberi peluang kepada peruncit tempatan dan antarabangsa untuk mendekati golongan pembeli berkemampuan tinggi di Malaysia.

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال