ADAKAH ANDA TAHU APA ITU NIKOTIN?

Adakah Anda Tahu Apa Itu Nikotin? | Assalammualaikum para semua pembaca. Hari ini Ruby ingin berkongsi tentang Nikotin, kajian yang telah Ruby laksanakan bertahun dan tidak pernah berkongsi maklumat yang telah Ruby perlolehi. Sebagai manusia, kita dituntut untuk mengetahui apa yang berlaku disekeliling kita. Tambahan pula dikelilingi dengan perokok sejak dari kecil. 

Oleh kerana itu, Ruby mula mengambil tahu tentang kebaikan, keburukan dan manfaat merokok. Ternyata ia lebih banyak keburukan kerana ia memudaratkan kesihatan dan orang yang tersayang. Jadi, Ruby berharap anda semua menerima pandangan dan kajian Ruby ini dengan hati terbuka ya. 

Bebaskan Diri Daripada Nikotin


Adakah Anda Tahu Apa Itu Nikotin?


Nikotin, Nikotin Oh! Nikotin. Sejak Ruby lahir, Nikotin ini dah biasa dalam kehidupan Ruby. Ruby adalah "Perokok Pasif" yang bermaksud, hidup bersama perokok. Kehidupan dipenuhi asap dan bau yang tidak menyenangkan. Adakalanya diserang semput dan asthma. Alhamdulillah ia hanyalah Intermittent asthma sahaja. 

Semasa Ruby tingkatan 1 di sekolah menengah, pelajar di beri satu naskah buku yang bertajuk Rokok Dan Kesihatan. Ia adalah buku dari kumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia. Ruby masih menyimpan buku tersebut sehingga ke hari ini. Pendedahan buku itu tentang bahayanya rokok telah membuka minda Ruby. Ruby fikir, rokok adalah perkara normal dikalangan masyarakat. Sebenarnya TIDAK!

Buku itu diterbitkan untuk mempromosi gaya hidup sihat dbermula dari kalangan kanak-kanak. Ini kerana, pendedahan awal tentang rokok memberi pelajar seperti Ruby tahu isi kandungan dalam sebatang rokok. Ia lebih jelas dan telus. Pada zaman kini, VAPE pula diperkenalkan. Rokok dalam versi e-cigarette. Jenuh juga ingin mendidik perokok dan vaper tegar, akhirnya Ruby hanya menjaga diri sendiri dan keluarga. 

Apa Itu Nikotin?

Nikotin ialah bahan larut air dan boleh diekstrak dengan membiarkan hirisan daun tembakau direndam dalam air selama 12 jam. Nikotin juga ialah sejenis sebatian organik yang dijumpai secara semulajadi di dalam pokok tembakau. Tahukah anda, bahawa daun tembakau mempunyai kandungan nikotin paling tinggi? Sebanyak 0.6–3.0% daripada berat kering tembakau dianggarkan terdiri daripada nikotin. 

  • Nikotin adalah ketagihan dan berisiko.
  • Nikotin, walaupun ketagihan dan berisiko, bukan penyebab utama penyakit yang berkaitan dengan merokok. 
  • Nikotin bukanlah penyebab utama penyakit berkaitan merokok.
  • Nikotin berlaku secara semula jadi pada daun tembakau.
  • Nikotin akan menyebabkan kesan farmakologi, termasuk peningkatan kadar jantung dan tekanan darah.
  • Selain dari daun tembakau, nikotin juga terdapat pada tanaman seperti kentang dan tomato.
  • Nikotin dapat diserap melalui paru-paru, mulut atau kulit.
  • Wanita hamil atau menyusu tidak boleh mengambil produk mengandungi nikotin.
  • Orang yang menghidap penyakit jantung, tekanan darah tinggi atau diabetes tidak boleh mengambil produk mengandungi nikotin.
  • Nikotin mencetuskan pembebasan Dopamine
  • Kanak-kanak di bawah umur tidak boleh mengambil produk tembakau atau nikotin.
  • Asap tembakau, bukan nikotin, adalah penyebab utama penyakit yang berkaitan dengan merokok.

Kesan Nikotin Kepada Diri Sendiri Dan Masyarakat.

Nikotin akan menyebabkan anda ketagihan, di mana setiap batang rokok mengandungi 2 mg nikotin yang disedut. Pada kepekatan rendah, bahan ini bertindak sebagai bahan perangsang, maka kandungannya dalam rokok merupakan salah satu sebab utama rokok digemari dan dijadikan tabiat selain tembakau mentah. Walaupun kandungan nikotin dalam rokok amat sedikit, pengguna masih boleh membentuk kebergantungan fizikal terhadap nikotin.

Sejak Kementerian Kesihatan Malaysia bersungguh-sungguh memerangi bahaya merokok, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan. Ketika itu, baru Ruby sedar bahaya selalu bersama dengan perokok. Paling Ruby ingat adalah semasa zaman bekerja dan rajin ke seminar. Waktu paling mudah untuk mendekati panel dan berkenalan dengan sesiapa yang anda ingin kenali adalah ketika sesi berehat.
 

Ia adalah masa untuk semua peserta dan panel berehat sama ada minum kopi, makan-makan, solat, ke tandas atau merokok. Rata-rata, ramai yang merokok. Jadi, dari situ hubungan sosial bertukar kad nama berlaku. Pada mulanya Ruby join sebab nak berkenalan dengan mereka, mencari pelabur dan sembang berkenaan proposal. Peluang keemasan orang kata.

Jadi, secara automatik. Ruby adalah perokok pasif. Nampak tak? Ruby selalu selsema dan tidak sihat selepas itu. Ia adalah tanda bahawa paru-paru kita tidak boleh menerima asap. Jika teruskan tabiat begini, mungkin akan lebih teruk "lung infection"

Di atas nasihat doktor, Ruby cuba sedaya upaya mengelak asap rokok, kerana yang paling memudaratkan bukan nikotin atau tembakau, tetapi adalah asap rokok yang dibebaskan oleh perokok semasa mereka membakar tembakau atau rokok mereka. Paling risau, apabila kita sakit, dan berjangkit kepada anak-anak pula. Satu keluarga tidak sihat. Sangat membimbangkan.

Rokok VS Vape.

Adakah anda tahu perbezaan di antara rokok dan vape? Ramai orang serta undang-undang mengatakan ia adalah perkara sama, tetapi hakikatnya ia adalah berbeza. Ini sangat penting, agar anda memahami bagaimana Nikotin terhasil dari dua cara berbeza ini. Nikotin tersebar dari rokok dengan membakar tembakau, yang menghasilkan asap dan mengeluarkan bahan berbahaya. 

Manakala untuk Vape, Nikotin terhasil dengan memanaskan cecair, yang tidak menimbulkan asap. Pilihan terbaik adalah berhenti dari produk nikotin dan tembakau, tetapi bukan satu-satunya pilihan! Kami ingin memastikan semua orang mengetahui tentang pilihan mereka, dan perbezaan penting antara mereka.

Rokok

Rokok Cerut

Rokok Paip

Shisha

Vape / E-Cigarette


Ambil Tahu, Agar Warisan Keturunan Kita Lebih Berilmu.

Percaya atau tidak, sebenarnya bahawa ramai perokok tidak mengetahui keburukan merokok semasa mereka mula "cuba-cuba" merokok. Iya, ramai dari kalangan kawan-kawan Ruby mula merokok semasa di bangku sekolah. Ruby sebagai pengawas sekolah, sering menangkap pelajar merokok di bilik air. Ketika itu, guru disiplin juga pening kepala dengan keadaan begitu. Rokok di awal usia remaja. Dari mana punca dan bagaimana mendapat rokok tersebut? 

Apabila di tanya, ramai mengatakan yang mereka melihat ayah merokok. Jadi, pelajar berasa perkara itu biasa.

Ruby: Bagaimana dapat stok rokok? 
Pelajar: Curi-curi ambil dari ayah punya rokok.

Setibanya Ruby di bilik Guru Disiplin, soalan yang sama ditanya oleh guru. Guru juga bertanya, adakah ayah mengetahui? 

Pelajar: TIDAK

Apabila sudah terkantoi begitu, guru disiplin wajib menjalankan proses untuk bertemu ibu bapa. Disitu akan bermula pertengkaran di antara ibu bapa dan anak. Memang situasi yang menyedihkan, niat guru ingin memaklumkan, bukan atas niat untuk memalukan. 

Ia hanya pertemuan di antara mereka. Tetapi suara si ayah agak kuat menengking si anak. Mungkin si ayah malu. Tapi, anak itu lagi malu kerana dimarahi dan dia masih tidak faham. Kenapa aku dimarahi? Sedangkan rokok itu kepunyaan ayah. Melihat ayah merokok sejak dari kecil. Keliru...

"Maka, si anak memberontak. Lagi dia sedih, lagi dia degil. "

Setiap hari, Ruby menangkap pelajar yang sama merokok. Sudah menjadi kebiasaan pula si anak buat begitu. Ruby nak tegur, risau tersalah cara. Tetapi sempat berbual. Kali ni stok dari mana? Dari abang mat pit lepak tepi tangga flat aku. 

Astaghfirullahalazim mengucap panjang. Semakin parah, dia sudah mula bergaul dengan orang yang salah. Sebab dia masih di bangku sekolah menengah, kenapa berkawan dengan mat pit. Bagaimana pelajaran dan masa depan dia? Kesiannya. 

Ruby memaklumkan kepada guru disiplin. Termenung sekejap cikgu. Serius tanggungjawab guru sudah berat di sekolah, jika campur masalah peribadi pelajar. Ia menjadi sesuatu yang besar. Risau kali ini ibu bapa marah pelajar lagi kan. 

Bebaskan Diri Daripada Nikotin



Dari pengalaman di sekolah, Ruby mula belajar sesuatu. Jika inginkan persekitaran bebas dari Nikotin, Ruby kena ambil tahu. Banyak perkara dalam kehidupan Ruby kontra dengan apa yang Ruby plan. Ruby hentikan kebiasaan. Mencari calon suami tidak merokok. Berkawan dengan beberapa orang sahaja. 

Ada di antara mereka merokok tetapi mempunyai adab merokok depan Ruby. Maknanya mereka tidak merokok berdekatan. Pergi ke kawasan lapang. Ruby menghormati mereka. Saudara mara yang merokok, Ruby tidak mendekati ketika mereka sedang merokok. Beri ruang kepada mereka. 

Diri kita sendiri perlu tahu hak apa yang kita nak. Sangat positif kan? 


Harm Awareness Association (HAA)

Sepanjang kehidupan kita, kita keliru dengan boleh atau tidak. Betul bukan? Apabila dah buat, mesti alamak tak boleh la rupanya! Kalau sempat berubah, Alhamdulillah. Jika dah mudarat, diri kita kena kuat untuk berubah. Melalui Harm Awareness Association (HAA), Ruby baru tahu ada perkara yang kita sebenarnya keliru tetapi mengamalkan. 

Tahu tak, Harm Awareness Association ditubuhkan sebagai sebuah persatuan bebas yang berada di barisan hadapan dalam mengurangkan bahaya serta risiko dalam setiap aspek kehidupan. HAA bekerjasama dan memperjuangkan hak pengguna dengan memberi mereka banyak maklumat dan membuat orang ramai lebih mengetahui tentang inisiatif pengurangan risiko.

Ini disebabkan oleh kurangnya maklumat mengenai topik yang relevan bagi rakyat Malaysia. HAA yakin, mempunyai kesedaran mengenai bahaya dan bagaimana mengurangkannya adalah penting. Terlalu banyak maklumat yang ada ketika ini bertentangan dan sering menimbulkan kekeliruan - yang menyebabkan rakyat salah membuat keputusan. Dalam dunia berita palsu yang berterusan ini, HAA ingin memastikan bahawa orang ramai tidak menjadi mangsa andaian yang salah.

Sejajar dengan perjuangan HAA untuk mengurangkan kemudaratan dalam kehidupan seharian bagi rakyat Malaysia - HAA berusaha untuk memaklumkan kepada rakyat Malaysia mengenai Artikel Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu di bawah bahagian UPDATES kami.

Bebaskan Diri Daripada Nikotin

Harm Awareness Association menyokong tujuan memastikan orang ramai sedar bahawa mereka mempunyai pilihan, sama ada untuk berhenti atau mengurangkan merokok, perancangan keluarga, dan masalah yang berkaitan dengan kesihatan. 


Apa yang HAA mahukan adalah agar setiap pengguna, terutama di Malaysia dapat membuat keputusan yang tepat yang akan mengurangkan keburukan yang dilakukan oleh kebiasaan dan tindakan mereka yang mungkin merugikan mereka dalam jangka pendek dan jangka panjang.

Bebaskan Diri Daripada Nikotin

Tahukah anda terdapat lebih daripada 7,000 bahan kimia yang terdapat dalam asap rokok? Itu sangat membimbangkan, terutamanya apabila terdapat lebih dari 9 juta perokok di seluruh Malaysia. Oleh itu, cubalah beralih ke alternatif yang kurang memudaratkan dari sekarang jika anda tida, anda pasti boleh!


PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال