SK magic All Clean Virus Fit Air Purifier Menghiasi Kediaman Ku

SK magic All Clean Virus Fit Air Purifier Menghiasi Kediaman Ku

Ruby
3
SK magic All Clean Virus Fit Air Purifier Menghiasi Kediaman Ku | Assalammualaikum semua! Ruby nak berkongsi dengan anda bahawa mesin penulenan udara SK magic dah sampai! Yahoooo. 

Alhamdulillah proses yang cepat dan pantas. Bermula dari Ruby submit semua butiran peribadi, sehingga menerima panggilan dari HQ SK magic sebelum cuti Deepavali. Kemudian juruteknik iaitu Encik Syah menghubungi Ruby. Kami set tarikh, hari dan masa.


SK magic All Clean Virus Fit Air Purifier Menghiasi Kediaman Ku


Oleh kerana hari Sabtu Ruby available dan pihak pengurusan rumah hanya membenarkan juruteknik datang sebelum jam 1PM. Encik Syah plan masa, dari ambil SK magic All Clean Virus Fit Air Purifier di warehouse di Subang. Terus beliau memandu ke rumah Ruby. Sekitar jam 10.30AM juga dia sampai. Pantas!


Kemudian Ruby dan suami ambil juruteknik di lobi. Wahhh besar juga SK magic All Clean Virus Fit Air Purifier ni. Teruja sangat-sangat!


Juruteknik terus memasang dan mendaftar SK magic All Clean Virus Fit Air Purifier. Cepat betul! Siap ajar kami bagaimana untuk membuka bahagian yang perlu dicuci. Mudah!



Gara-Gara Park Seo Jun, Kini Kami Memiliki SK magic All Clean Virus Fit Air Purifier


Sebenarnya, ini adalah produk SK magic pertama kami. Kami ada plan nak mengambil SK magic JIKSOO RICH Ice Water Purrifier. Mudah dalam satu mesin penapisan air ada ais, air suhu bilik, panas dan sejuk. 


Tapi, kami masih ada mesin penapisan udara jenama lagi satu. Dah berusia 7 tahun. Haha. Serba salah. Tapi, kami sekeluarga amat meminati Park Seo Jun. Tonton lakonan beliau, memang kami sekeluarga nampak karisma dia. Kalau kelakar tu, kelakar berwajah serius. Hehehe. Aurahhhh!

Perlu Ke Air Purifier?


Jujur Ruby katakan, dalam kehidupan Ruby sebelum berkeluarga. Memang tidak terfikir tentang mesin air purifier. Ruby fikir, cukup ada penghawa dingin. Cukup hanya ada vacuum. Cukup hanya mempunyai masa untuk mengemas rumah.

Sedangkan, udara yang kita sedut ni tiada rehat. Sentiasa berada di dalam ruang udara persekitaran rumah kita. Cuma, ia udara yang bersih atau sebaliknya. 7 tahun lalu Ruby beli mesin air purifier kerana anak Ruby. Anak Ruby lahir tidak cukup bulan seawal 32 minggu.

Doktor ada maklum kepada kami, pastikan persekitaran bersih supaya paru-paru bayi lebih sihat dan kurang berisiko untuk batuk selsema. Masa ini, kami suami isteri Google tentang air purifier. Noob sangat masa ni. Memang mencari pun ikut jenama di pasaran je. Hahahaha. Hentam. 

7 tahun dahulu tidak banyak pendedahan tentang air purifier lagi. Banyak di pasaran mesin penapis air sahaja. Apabila membeli barang elektrik di pasaraya, kekurangan yang Ruby dapati adalah terlalu banyak jenama tetapi tidak ada jurujual menerangkan tentang produk. Kami jadi blur. Banyak soalan kami ingin bertanya. Bila perlu ganti filter? Filter boleh basuh ke? Filter perlu beli baru? Dimana ada jual filter jenis itu? Model ini ada jual filter berasingan ke? Pasaraya tiada jual filter, perli hubungi pusat servis? Masih ada waranti? Tiada waranti? Adududududu stress betul. 

Kami memang mencari air purifier sebab kawasan rumah kami di sebelah jalan raya utama dan ada kerja-kerja pembinaan jalan. Huhu. Begitulah apabila menetap di Selangor. View hijau alam dah mula hilang. Banyak pokok sudah ditebang. Permandangan dari balkoni sekarang nampak kediaman rumah orang. Cuaca pun semakin panas dan berdebu.

Kami cuma ON aje air purifier tersebut. Mungkin tiada manfaat pun.  Hahahaha. Anda jangan bimbang, Ruby dah ada SK magic All Clean Virus Fit Air Purifier. Udara di dalam rumah kami lebih segar dan nyaman. 

Keistimewaan SK magic All Clean Virus Fit Air Purifier


Setelah menggunakan SK magic All Clean Virus Fit Air Purifier selama 5 hari, kami sangat gembira. Di antara perkara yang jelas kami nampak adalah rekaan yang minimalis, besar, beroda, fungsi keselamatan dari anak-anak, UV filter, membuka dengan sangat mudah dan ia sesuai untuk kediaman kami.


Bagaimana SK magic All Clean Virus Fit Air Purifier Berfungsi


Pada pandangan mata kasar, memang kita tidak nampak bagimana SK magic All Clean Virus Fit Air Purifier berfungsi. Jadi, Ruby dapatkan paparan mudah untuk difahami. 


SK magic All Clean Virus Fit Air Purifier Menghiasi Kediaman Ku


Bagaimana Ingin Mengetahui Kualiti Udara?


SK magic All Clean Virus Fit Air Purifier Menghiasi Kediaman Ku


Dapatkan SK magic All Clean Virus Fit Air Purifier Sekarang!


Ia adalah pelaburan yang bijak buat kita semua. Demi kesihatan anda dan keluarga. Setiap rumah wajib ada satu air purifier. Ia tidak tertumpu kepada rumah, tempat anda bekerja juga wajib ada SK magic All Clean Virus Fit Air Purifier. Hubungi SK magic untuk sebarang pertanyaan. 

Tags

Catat Ulasan

3Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Wah best bethul dapat hadiah sebegini grand. Yang penting, hadiah tersebut ada gunanya kan. Zaman sekarang nie memang penting penapis udara nie.

    BalasPadam
  2. Ishhh rasa terpengaruh pulak tengok sebab selain dari duta dia , suka design dan fungsinya juga. Nanti nak ushalah dia punya harag dan kot2 ada bayaran ansuran jika ada.

    BalasPadam
  3. betul, saya pun dulu macam tak fikir sangat pasal air purrifier ni sebab ingatkan apa yang ada di rumah dah cukup.. :)

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !