Nippon Paint Melancarkan Cat Anti-Virus Dan Anti-Bakteria! 99.9 Peratus Berkesan Menentang COVID-19

Nippon Paint Melancarkan Cat Anti-Virus Dan Anti-Bakteria! 99.9 Peratus Berkesan Menentang COVID-19

Ruby
3
Nippon Paint Melancarkan Cat Anti-Virus Dan Anti-Bakteria! 99.9 Peratus Berkesan Menentang COVID-19 | Assalammualaikim semua! Sejak kita berada selamat di rumah. Melakukan tugasan harian melalui PdPR dan Work from home. Kebanyakan masa kita berada di rumah. 

Di rumah kita sesiakan sistem persekitaran selamat buat seisi keluarga. Dari kebersihan, sanitasi, pemakanan dan SOP. Kadang-kadang sebagai ibu, Ruby bimbang sehingga menjadi paranoid.

Kini, sektor pendidikan sekolah dan pejabat sudah beroperasi seperti biasa. Alhamdulillah. Cuma, adakah virus dan bakteria telah dihapuskan? Cukup ke dengan hanya semburan sanitasi? 

Bagaimana keadaan dinding pejabat dan sekolah? Di rumah pula, hanya cat biasa. Mungkin sudah tiba masa untuk kita cat rumah dengan perlindungan mantap dari Nippon Paint? 

Rangkaian Anti-Virus dan Anti-Bakteria Nippon Paint yang Dipertingkatkan, Terbukti 99.9% Berkesan Menentang COVID-19 (SARS-CoV-2). Menarik bukan?

Nippon Paint Melancarkan Cat Anti-Virus Dan Anti-Bakteria 99.9 Peratus Berkesan Menentang COVID-19


Nippon Paint Malaysia (NPM), menyediakan penyelesaian salutan cat menyeluruh No. 1 Malaysia hari ini dengan melancarkan dua penyelesaian salutan cat anti-virus dan anti-bakteria tambahan. 

Kedua-dua produk ini dengan formula yang dipertingkatkan telah terbukti berkesan dalam mencegah penyebaran penyakit berjangkit termasuk COVID-19 (SARS-Cov-2).

Produk yang dinaik taraf adalah sebahagian daripada usaha berterusan kumpulan ini dalam #KeepingEveryoneSafe sambil meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan rakyat Malaysia. 

Rangkaian salutan cat termasuk:


1) Spot-less Plus, dirumus dengan Teknologi Anti-Kotoran dengan kemasan rendah kilat yang sangat bagus dan 


2) Vinilex Fresh Plus, cat dengan kemasan matt yang kurang bau dan sifat kebolehbasuhan yang baik sesuai untuk dinding dalaman. 


Penambahan produk ini akan melengkapkan cat dengan kemasan separa kilat VirusGuard sedia ada, yang menentang pertumbuhan kulat serta memberikan VOC ultra rendah, kebolehbasuhan unggul dan warna yang tahan lama.

Permukaan dinding yang disentuh secara kerap boleh bertindak sebagai vektor penghantaran virus dan bakteria. Sesetengah bakteria, seperti E.coli mungkin kekal pada permukaan tidak bernyawa selama berbulan-bulan, manakala yis penyebab infeksi boleh bertahan selama berminggu-minggu. 

Hal ini menekankan kepentingan untuk membasmi kuman dan membersihkan permukaan yang kerap disentuh secara berkala. Virus COVID-19 (SARS-CoV-2) juga daripada bawaan udara dan boleh kekal dan menular di udara sehingga beberapa jam.

Dirumus dengan Teknologi Ion Perak, salutan cat anti-virus dan anti-bakteria yang baru dipertingkatkan boleh memusnahkan mikrob dengan keberkesanan yang tinggi dan terbukti daripada laporan ujian makmal oleh Antimikrop R&D dan Makmal Analisis Biosidal, yang mana 99.9% berkesan terhadap virus dan bakteria berbahaya pada permukaan yang dicat. 

Teknologi ini menghalang penyebaran virus dan bakteria melalui pendekatan tiga langkah - memusnahkan virus dan dinding sel bakteria atau membran menjadikannya tidak berfungsi, mengurangkan keupayaan pembiakan mereka, dan menghalang kelangsungan hidup mereka yang akhirnya menyebabkan kematian virus dan bakteria.


Encik Yaw Seng Heng, Pengarah Urusan Kumpulan, Kumpulan NPM berkata, “Sebagai penyedia penyelesaian salutan cat menyeluruh No. 1 Malaysia, rangkaian produk anti-virus dan anti-bakteria mewakili usaha tanpa henti Nippon Paint Malaysia dalam mewujudkan ruang dalaman rumah, tempat kerja dan premis awam yang lebih selamat. 

Kami percaya pelancaran rangkaian produk yang dipertingkatkan ini adalah tepat pada masanya kerana sekatan pergerakan sedang ditarik balik untuk menyediakan lapisan perlindungan tambahan kepada persekitaran kita. 

Dalam usaha kami untuk memperjuangkan kesihatan dan kesejahteraan, kami sentiasa mencari peluang baharu dan penyelesaian inovatif untuk membawa nilai tambah kepada pelanggan kami sambil mencipta persekitaran yang indah dan sihat.”

Penolong Pengurus Besar Pemasaran, Datin Wong Meng Lee menambah, “Memandangkan permukaan yang kita sentuh dalam rutin harian kita boleh memindahkan virus dan bakteria, R&D kami telah membangunkan salutan cat yang dirumus dengan Teknologi Ion Perak untuk melindungi dan mengubah dinding biasa menjadi permukaan yang lebih selamat. 

Ia terbukti secara saintifik untuk memusnahkan 99.9% virus dan bakteria berbahaya pada permukaan dalaman yang dicat dan menghalang pertumbuhan mikroorganisma termasuk kulat. 

Barisan produk anti-virus dan anti-bakteria ialah cara yang inovatif dan mampan untuk mencipta persekitaran yang lebih sihat dan benar-benar selamat untuk manusia dan haiwan peliharaan. 

Sebagai pakar salutan cat, kami berusaha untuk terus mempromosikan keselamatan dan kesejahteraan dalaman untuk memastikan semua orang selamat”.

Diuji Terperinci Di Dalam Makmal

Tahun lepas, Nippon Paint mengumumkan keputusan ujian oleh Analytical Lab Group, yang menunjukkan keberkesanan VirusGuard terhadap Human Coronavirus, ATCC VR-740, strain 229E. 

Keputusan menunjukkan pengurangan 99.9% dalam titer virus apabila terkena virus pada filem cat menjadikannya cat anti-mikrobial pertama yang dirumus dengan prestasi anti-virus dan anti-bakteria di Malaysia. 

Cat ini juga boleh memusnahkan virus influenza seperti H1N1 (Selesema Babi), virus Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (Coxsackievirus A16), dan bakteria, seperti E. coli, MRSA dan Staphylococcus Aureus.   

Salutan cat yang mesra alam ini terdapat dalam pelbagai pilihan warna dan sangat disyorkan untuk digunakan di mana-mana ruang dalaman, baik di kediaman dan kawasan komersial (seperti institusi kesihatan, hotel, pejabat, restoran dan pusat pendidikan). 

Cat ini juga menawarkan faedah fungsi lain seperti anti-kulat, kurang bau, VOC ultra-rendah, anti kotoran, kebolehbasuhan yang unggul, warna tahan lama dan penyelenggaraan yang mudah.

Rangkaian salutan cat anti-virus dan anti-bakteria baharu yang dipertingkatkan tersedia dalam pelbagai pilihan warna untuk mencantikkan ruang kediaman dan tempat kerja anda. 

Ia berkesan terhadap virus dan bakteria dalam masa 6 jam selepas pendedahan kepada permukaan yang dicat untuk mewujudkan persekitaran dalaman yang lebih selamat untuk semua orang. Untuk maklumat lanjut tentang Rangkaian Anti-Virus dan Anti-Bakteria Nippon Paint, sila lawati Outlet Nippon Paint Color Creations terdekat untuk mengesahkan pilihan warna anda, atau layari https://www.nipponpaint.com.my

Mengenai Nippon Paint (Malaysia) Sdn. Bhd.

Established in 1967 as Nippon Paint (Malaysia) Sdn. Bhd. (NPM) has grown in leaps and bounds, and emerged as a significant regional player within the coatings industry with presence in countries such as Bangladesh, Indonesia, Pakistan, Philippines and Thailand.

The NPM Group places strong emphasis on Research and Development (R&D) activities, which remains a core priority to its success in product innovation. As a global leader in coating technologies with a database of more than 10,000 paint formulations, the NPM Group prides itself in being a Total Coatings Solution provider with a multi-segment portfolio of offerings ranging from Architectural, Automotive, Industrial, Protective to Marine coatings from end-to-end solutions including painting tools and waterproofing solutions. 

In July 2020, Nippon Paint launched the industry’s first e-store, housing a range of coatings solution and painting tools under one roof. 

In 2019, Nippon Paint Holdings Co Ltd (‘Nippon Paint Holdings’) acquired DuluxGroup Limited (‘DGL’) as part of Nippon Paint Holding’s global expansion initiative. Following the acquisition, Nippon Paint Holdings gained ownership of Selleys globally. 

Effective May 2020, NPM houses Selleys’ range of products, further expanding its home improvement segment. Selleys’ range of products includes sealants (Selleys Blockade), household adhesives (Selleys Supa Glue), construction adhesives (Selleys Liquid Nails®), fillers (Selleys No More Gaps®) and lubricants (Selleys RP7).

In March 2021, NPM acquired a majority stake in Vital Technical Sdn. Bhd. Vital Technical was established in 2002 and is the number one player in the Malaysian Sealants, Adhesives and Fillers (SAF) market. 

The acquisition is part of the group’s ongoing growth strategy as a market leader in the home and industrial improvement solutions industry.

The Group has won consumer choice awards such as the Reader’s Digest Trusted Brand Awards (2006-2021), Putra Brand Awards (2010-2019) and Parents’ Choice Awards (2018-2020), as well as received industry accolades such as the APPIES 2018 Gold award for its Child Wellness Range campaign, Best Company for Leadership in Paint Technology Asia by IAIR in 2014 and Frost & Sullivan’s Paint & Coatings Company of The Year in 2011, the Paint Company of the Year 2016 and New Product Innovation Leadership Award 2016 and the 2020 Malaysia Decorative Paints and Coatings Market Leadership Award. 

In its concerted efforts to champion sustainability towards a greener footprint, the Group has received the Green Label Certification (by the Singapore Environment Council), Ecolabelling Certification License (by SIRIM QAS International) and several Green Excellence Awards by Frost & Sullivan.

NIPPON PAINT | FACEBOOK | YOUTUBE | SHOP ONLINE | 1-800-88-2663

Tags

Catat Ulasan

3Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Amboi..cat pun sekarang dah anti virus. Dgn keadaan zaman sekarang semua benda dah diinovasi for better life. Nippon mmg jenama terkenal. Brand lain Bella tak tau. Hehehe

    BalasPadam
  2. terbaiklah, tak tahu pun dalam cat boleh ada anti virus ni. sebelum2 ni, ingat anti virus dalam pc je hehe :)

    BalasPadam
  3. such an incredible blog, Great tip, as always. Thank you so much for sharing your knowledge. keep sharing, your positivity is infectious.Everest Chola pass trek

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !