Kempen Suria KLCC We Are With You Bersempena Bulan Kesihatan Mental Sedunia

Kempen Suria KLCC We Are With You Bersempena Bulan Kesihatan Mental Sedunia

Ruby
0
Kempen Suria KLCC We Are With You Bersempena Bulan Kesihatan Mental Sedunia |  Assalammualaikum semua! Kesihatan mental adalah perkara yang tidak asing lagi dalam kehidupan seharian. Pasti kita atau orang sekelililing melalui perkara yang sama. 

Kesihatan mental mungkin mudah ditangani bagi seseorang. Namun, ramai yang tidak dapat melaluinya dengan keadaan yang baik. Seterusnya melakukan perkara yang tidak dijangkakan. 

Sokongan dari pelbagai pihak amat diperlukan, agar kita semua boleh berfikir dengan waras untuk menyelesaikan apa sahaja masalah dan situasi. 

Setiap orang ada masalah tersendiri, ada kalanya mereka hanya nak berkongsi cerita dan tidak mendambakan bantuan dari segi cadangan anda. Tetapi mereka nak pendapat. Beberapa pilihan jawapan. Supaya fikiran mereka boleh berfikir dengan baik. 

Kempen Suria KLCC We Are With You Bersempena Bulan Kesihatan Mental Sedunia


Kumpulan Syarikat Suria KLCC melaksanakan TANGGUNGGAJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) melalui kempen kesihatan mental selama sebulan. ‘We Are With You’ ialah kempen kesedaran kesihatan mental yang pertama di dalam pusat membeli-belahnya dari 8 November hingga 8 Disember 2021

Pandemik Covid-19 telah memberikan kesan yang besar terhadap orang ramai dengan kebanyakan terpaksa menghadapi pelbagai cabaran yang boleh mengakibatkan tekanan terhadap tanpa mengira peringkat usia. 

Perlaksanaan langkah kesihatan awam boleh menurunkan jangkitan Covid-19, namun, ianya juga boleh menjadi penyebab kepada perasaan terasing dan kesunyian yang boleh menambahkan tekanan dan tahap kebimbangan.
 
Susulan daripada Bulan Kesihatan Mental Sedunia dalam bulan Oktober, pusat membeli belah di bawah Kumpulan Syarikat Suria KLCC termasuk Pusat Membeli Belah Alamanda Putrajaya dan Mesra Mall di Kemaman akan berkongsi bagaimana orang ramai boleh mengendalikan kesejahteraan psikologi dengan cara mudah tetapi menyeluruh.

“Sebagaimana pada kebiasaannya, kami sentiasa mempromosi pusat membeli belah kami sebagai tempat yang selamat untuk dikunjungi, memanfaatkan ruang untuk memberi didikan tentang kepentingan kesihatan mental merupakan satu lagi langkah yang ingin kami lakukan sebagai dalam menyediakan tempat yang selamat. 

Untuk itu, kami telah bekerjasama dengan beberapa organisasi tempatan untuk berkongsi maklumat secara kreatif dalam mengharungi waktu yang sukar ini,” menurut Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat Suria KLCC, Andrew Brien.

Untuk mencapai matlamat itu, Suria KLCC berganding bahu bersama Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA), Befrienders KL, RELATE dan Green Ribbon Group serta Kementerian Kesihatan Malaysia di samping pelancaran initiatif pengumpulan dana melalui penjualan “Suria Ribbon Pin”

Brien percaya Suria KLCC merupakan pusat membeli belah pertama di Malaysia yang melancarkan  kempen kesedaran kesihatan mental seperti ini dengan menyediakan ruang selamat untuk masyarakat secara amnya bertemakan ‘We Are With You’ yang bermaksud ‘Kami Bersama Anda’.

“Kami ingin mereka dan membina sebuah ruang selamat di Suria KLCC sebagai tempat tumpuan masyarakat untuk membincangkan kesihatan mental,” menurut beliau. 

Safe Space @ Suria KLCC


Berlangsung dari 8 November hingga 8 Disember, Safe Space @ Suria KLCC akan menjadi platform dalam mempromosikan aktiviti-aktiviti menarik berkaitan kesihatan mental. Ianya terletak di Aras 1, Ampang Mall dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari. 

Di situ, orang awam akan mengetahui lebih banyak maklumat mengenai kesihatan mental dari NGO terpilih dalam suasana yang menyenangkan. Terdapat juga pameran mengenai usaha-usaha yang  telah dijalankan oleh pihak NGO tersebut. 


Aktiviti seperti bengkel, ceramah dan perbincangan panel  oleh professional dalam kesihatan mental akan diadakan untuk memperkasa ilmu mengenai kesihatan mental di kalangan orang awam.

Safe Space mengalukan kehadiran pengunjung dengan galeri maklumat mengenai kesihatan mental seperti latarbelakang, statistik dan perkongsian pengalaman kisah benar. Diharapkan orang awam dapat didedahkan dengan pelbagai maklumat mengenai perkhidmatan kesihatan mental yang terdapat dalam negara ini disamping kesedaran mengenai bila dan di mana bantuan boleh diperolehi.

Suria Ribbon Pin 


Pusat membeli belah ini juga turut mengadakan jualan Suria Ribbon Pin berharga RM10 setiap satu bagi mengumpul dana untuk disumbangkan untuk membantu menjayakan aktiviti berkaitan kesihatan mental. 

Safe Space @ Suria KLCC atau kesihatan mental secara amnya akan menjadi fokus jangka panjang Kumpulan Syarikat Suria KLCC sebagai salah satu inisiatif CSR untuk 1 ke 2 tahun akan datang.

Pengasas dan Presiden Green Ribbon Group, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah melahirkan rasa sukacita terhadap usaha Suria KLCC dalam menekankan kesihatan mental dengan bertitah, “Kami amat bersyukur untuk melihat inisiatif yang dijalankan oleh Kumpulan Syarikat Suria KLCC kerana ianya menekankan sesuatu yang sangat diperlukan di waktu pandemik ini dan ketika pemulihan kelak. 

Green Ribbon Group berhasrat untuk mengetuai pendekatan kemasyarakatan dalam isu kesihatan mental dan inisiatif Suria KLCC adalah contoh terbaik dalam perlaksanaanya. Beta memuji usaha Suria KLCC dalam memperkasakan NGO seperti MMHA, Befrienders dan RELATE – satu lagi contoh bagaimana Green Ribbon Group dan Suria KLCC mempunyai hasrat yang sama. Perbincangan mengenai kesihatan mental perlu berterusan.” 


President MMHA and penasihat polisi kepada Green Ribbon Group, Datuk Dr Andrew Mohanraj berkata, “Amatlah penting untuk masyarakat di Malaysia dididik secara berterusan mengenai kesihatan mental kerana rata-rata memandang serong terhadapnya. Keberkesanan Pendidikan adalah penting untuk menemui jalan penyelesaian terhadap isu kesihatan mental dan oleh itu, usaha pihak Suria KLCC dalam mengetengahkan kesihatan mental sangatlah terpuji. Pendidikan bermula dengan langkah pertama dan sebagai sebuah pusat membeli belah, Suria KLCC telah mengorak langkah dengan berani dalam mengelolakan kempen sepanjang sebulan ini.”

Harith Iskandar, Dr. Jezamine Lim dan Dato’ Chevy Beh merupakan antara ‘influencer’ media sosial  yang turut menyatakan sokongan kepada ‘We Are With You’ yang turut akan dijayakan di Alamanda Shopping Centre dan Mesra Mall. Di Alamanda Shopping Centre, Galeri Kesedaran Kesihatan Mental juga akan diadakan dalam skala yang lebih kecil dari Suria KLCC.

Mengenai Malaysian Mental Health Association (MMHA)

MMHA merupakan sebuah NGO bukan berasaskan keuntungan yang diurustadbir oleh komiti yang dilantik oleh aktivis dan para professional termasuk penjaga mereka yang mengalami gangguan mental. MMHA berhasrat untuk mempromosikan kesihatan mental yang baik dikalangan masyarakat dan menyediakan khidmat sokongan terhadap mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental dan penjaga mereka melalui penyediaan perkhidmatan, Pendidikan, Latihan, kajian dan advokasi. Maklumat lanjut di mmha.org.my

Mengenai Relate Mental Health Malaysia (RELATE)

Relate Mental Health Malaysia telah ditubuhkan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai kesihatan mental melalui pencegahan dan tindakan awal melalui kajian, perhubungan  dan cadangan polisi. RELATE berkerjasama dengan agensi dan komuniti untuk meningkatkan pengetahuan dan penjagaan kesihatan mental. Ia juga menyediakan perkhidmatan nasihat psikologi atas talian untuk seluruh rakyat Malaysia termasuk saringan kesihatan mental dan cadangan rawatan secara percuma tanpa mendedahkan maklumat peserta. Maklumat lanjut di relate.com.my.

Mengenai Befrienders Kuala Lumpur

Befrienders KL ialah sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang memberikan sokongan emosi 24jam sehari, 7 hari seminggu secara percuma untuk mereka yang dalam kesunyian, kesusahan, berputus asa dan terlintas untuk membunuh diri. 

Perkhidmatan pelbagai kaum dan bukan keagamaan disediakan untuk semua tanpa mengira bangsa, agama, usia, jantina, atau orientasi seksual. Maklumat lanjut di befrienders.org.my.

Mengenai Green Ribbon Group

Green Ribbon Group sangat bersemangat untuk menyumbang terhadap secara empatik dan pendekatan kemasyarakatan bertaraf dunia demi kesihatan mental di Malaysia. Ia bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran kesihatan mental melalui advokasi, pengumpulan dana dan kolaborasi. Ianya telah diperkenalkan oleh YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah dan Puteri Nor Ariane Yasmin pada Januari 2021 ketika Baginda menjadi Penaung Antarabangsa Hari Kesihatan Mental Sedunia 2020-2021. YAM Tengku Puteri mula mendukung isu kesihatan mental tiga tahun lalu. Maklumat lanjut di greenribbongroup.com

Mengenai Suria KLCC Sdn Bhd

Suria KLCC Sdn Bhd adalah sebuah syarikat usaha sama yang dimiliki oleh KLCC Property Holdings Berhad (60%) dan CBRE Global Investors (40%). Ia merupakan kumpulan pengurusan aset runcit bertaraf dunia yang memfokuskan kepada pembangunan dan operasi pusat membeli belah di Malaysia.

Portfolio terkininya merangkumi tiga pusat membeli belah iaitu Suria KLCC (Kuala Lumpur), Alamanda (Putrajaya) dan Mesra Mall (Kertih). Dengan lebih 550 aneka kedai dan lebih 2 juta kaki  persegi ruang runcit keseluruhannya, syarikat ini memberi peluang kepada peruncit tempatan dan antarabangsa untuk mendekati golongan pembeli berkemampuan tinggi di Malaysia

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !