Guardian Beauty Around The World 2021

Guardian Beauty Around The World 2021

Ruby
4
Guardian Beauty Around The World 2021 | Assalammualaikum semua! Jom terokai dunia kecantikan bersama Guardian. Guardian seperti fairy godmother yang mengetahui masa yang sesuai untuk muncul dengan tawaran istimewa. 

Dunia kecantikan dan penjagaan diri pastinya akan hambar jika tiada Guardian. Tambahan pula sesuai selepas kita melalui proses duduk diam dengan selamat di rumah hampir 2 tahun. 

Guardian Beauty Around The World 2021


Tiba masanya untuk kita menjaga penampilan dengan lebih kemas sebab banyak sektor pekerkaan telah dibuka. Mekap yang lama pasti sudah capai tarikh luput. 

Maka! Jom ke Guardian berdekatan sekarang! Cawangan kegemaran Ruby pastinya Guardian KLCC. Heheheh.

Guardian bongkar dunia kecantilan untuk anda. Menampilkan lebih 60 jenama dengan lebih 7,000 produk yang mewakili trend kecantikan global terkini. 

Sesuai dengan reputasinya sebagai destinasi kecantikan, Guardian Malaysia sekali lagi bakal menganjurkan ekstravaganza Beauty Around The World (BATW), menampilkan trend terkini dari 60 jenama terkemuka dari seluruh negara termasuk Malaysia, Jepun, Korea, Indonesia, Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, Taiwan dan banyak lagi.

Lebih 7,000 produk akan ditawarkan dalam kempen ini menunjukkan komitmen Guardian dalam membawakan jenama kecantikan terkini kepada pelanggannya sekaligus trend kecantikan terbaru dari segi ramuan dan tekonologi pada nilai terbaik kepada pelanggan.

Kempen selama sebulan tahun ini yang akan berlangsung dari sekarang sehingga 23 November akan memberi tumpuan kepada tema-tema berikut:
  • Timur Bertemu Barat (East Meets West)
    1. Solekan harian semulajadi orang Jepun
    2. Seri bak embunan Korea
    3. Solekan gaya barat terkini
  • Serlahkan Kecantikan dan Kedamaian
    1. Mengapa anda memerlukan penjagaan yang wajar untuk kesejahteraan anda
  • Minda, Badan & Jiwa
    1. Dapatkan produk-produk terbaik untuk meningkatkan kebersihan mulut, rambut dan badan anda
  • Segala keperluan kecergasan anda
    1. Selain daripada bersenam secara rutin, pengambilan vitamin dan makanan tambahan boleh membantu meningkatkan kesejahteraan anda. Terokai apa yang anda perlukan untuk gaya hidup yang aktif.

Angela Teo, Ketua Pemasaran, Guardian Malaysia dan Brunei berkata: “Kami menghargai kepercayaan pelanggan kami dalam memastikan bahawa kami membawa jenama-jenama global terbaik kepada mereka pada nilai yang hebat, maka kami mengkaji dan menyelidik trend kepenggunaan dan kecantikan yang sedang berkembang di seluruh dunia untuk membawa masuk jenama-jenama yang paling memberi impak.

“Sebagai contoh, kami mempunyai jenama dari Jerman yang mewakili teknologi penjagaan kulit terkini dalam mencegah penuaan kulit pra-matang, jenama dari Amerika Syarikat yang menyediakan penyelesaian penjagaan rambut dirumah terbaik, penjagaan kulit dengan Vitamin C yang terbaru dari Perancis - satu trend yang popular sekarang, teknologi topeng muka terkini dari jenama topeng muka nombor satu Korea dan banyak lagi.”


“Selain itu, pada 10 November 2021 @ 8 malam, Guardian Live Market akan diadakan dimana banyak hadiah menarik bernilai lebih RM5,800 untuk dimenangi termasuk TIGA Hadiah Utama berupa OGAWA Snazzy Touch Rechargeable Hand Held Massager bernilai RM440 setiap satu.

Pada 13 November 2021, kami akan mengadakan ‘Pesta Beauty Around The World’ yang akan disiarkan SECARA LANGSUNG di Facebook Guardian mulai jam 2.00 petang. Pelanggan kami boleh menyertai sekumpulan pakar kecantikan dan dalam industri untuk mengetahui trend-trend terkini, tutorial kecantikan dan mendapatkan petua dan tip kecantikan dengan segmen yang melibatkan tutorial solekan, rejim penjagaan kulit dan penjagaan rambut DIY,” tambah Angela.

Selain daripada rangkaian luas jenama dan produk yang ditawarkan, diskaun sehingga 50% akan ditawarkan sepanjang tempoh ini untuk pilihan jenama kecantikan terkemuka, termasuk produk kecantikan semulajadi terbaik dan jenama-jenama termasuk beberapa jenama tempatan dan banyak lagi promosi lain.

Peraduan Dan Hadiah Untuk Dimenangi.


Sorotan lain dari Guardian Beauty Around The World adalah;

  • Syampu Kundal baru dan eksklusif dengan kantung comel dan bergaya BT21 PERCUMA dengan syampu 
  • Rangkaian BARU Nivea Vitamin Nutrients dan Skin Foods dan peraduan Beli & Menang dengan dua Hadiah Utama berupa pengering rambut berjenama bernilai RM1,899.00

  • Cintai Alam Sekitar dengan mendapatkan Beg Mesra Alam Guardian hanya dengan RM1

  • Peraduan Guardian x MyDebit Shop Wave & Menang dengan hadiah bernilai RM520,000 untuk dimenangi termasuk Hadiah Utama sebuah kerusi urut OGAWA Smart Jazz Urban dan 15 Kepingan Emas bernilai RM10,000 setiap satu.

“Kami percaya pelanggan kami tidak akan melepaskan peluang keemasan ini untuk membeli malah menyimpan stok produk kecantikan terkini dan barangan keperluan harian. Ini adalah peluang yang TIDAK PATUT DILEPASKAN. Tambahan pula, Guardian sentiasa memberikan kualiti terbaik pada harga terbaik untuk nilai terhebat,” akhiri Angela.

Untuk maklumat lanjut tentang produk kegemaran anda pada potongan harga menakjubkan sepanjang Jualan Beauty Around The World ini, sila layari www.guardian.com.my dan #guardianmy.

Tags

Catat Ulasan

4Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Macam-macam promo menarik. Hadiah contest tu pon menarik. Sales pon menarik..hahaha..kena g guardian la nak topup eyeliner..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak eyeliner maybelline tu ada promo. Sekarang bukan cap merah aje. Dah ada purple silver punya range. Mascara dia pun best. Hehehe

      Padam
  2. Baguskan Guardian ni..selalu ada campaign menarik utk pelanggan mereka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha'ah kak. Bila Guardian buat promo, kita kena bijak lah kan kak. Hadirkan segera. Hahahaha.

      Padam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !