Dapatkan Pas Keluarga Malaysia Bermula 1 Disember 2021

Dapatkan Pas Keluarga Malaysia Bermula 1 Disember 2021

Ruby
2
Dapatkan Pas Keluarga Malaysia Bermula 1 Disember 2021 | Assalammualaikum semua! Berita gembira buat keluarga di Malaysia yang ingin travel menggunakan pengangkutan awam. Hari ini, PAS KELUARGA MALAYSIA telah dilancarkan secara rasmi oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob di KL Sentral. Pasti ramai yang gembira dengan berita ini kan? 

Kita sekeluarga boleh ke Suria KLCC, Menara Berkembar Petronas, KL Tower, Pasar Seni, Sunway Lagoon, I-City Shah Alam dan banyak lagi lokasi yang mempunyai akses terus dengan stesen-stesen pengangkutan awam. Boleh lah rancang percutian staycation 2 hari 1 malam pada hujung minggu. Dah lama tidak bawa anak-anak menginap di hotel. Terima kasih #KeluargaMalaysia!

RM 15 kalau kita jenis travel sekeluarga perlu tukar dari MRT, LRT dan kemudian BRT. Berbaloi-baloi tau. Hehehe.

Dapatkan Pas Keluarga Malaysia Bermula 1 Disember 2021


Konsep Keluarga Malaysia telah dicetuskan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob pada 22 Ogos 2021 yang lalu dalam ucapan perasmiannya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9. Seiring dengan itu, Pas Keluarga Malaysia adalah salah satu usaha yang telah dilancarkan bagi menggalakkan keluarga-keluarga di Malaysia keluar beriadah bersama. 


Dapatkan Pas Keluarga Malaysia Bermula 1 Disember 2021

Tujuan Pas KELUARGA MALAYSIA adalah ingin menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam bersama seisi keluarga. Pas perjalanan tanpa had selama 1 hari. RM 15 dan boleh digunakan untuk 4 orang. 

Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob hari ini melancarkan Pas ‘Keluarga Malaysia’ oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) sebagai satu lagi inisiatif bagi menggalakkan lagi orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

Bakal dijual pada 1 Disember 2021, pas perjalanan ini membolehkan setiap keluarga warganegara Malaysia seramai empat orang di dalam satu kumpulan menikmati perjalanan satu hari tanpa had menggunakan perkhidmatan LRT, MRT, Monorel dan Bas Rapid Transit – Laluan Sunway (BRT) pada hari Sabtu, Ahad dan hari cuti umum.

Dapatkan Pas Keluarga Malaysia Bermula 1 Disember 2021

Beli Di Stesen LRT, MRT, Monorel Dan BRT Berdekatan Anda

Boleh dibeli di mana-mana stesen LRT, MRT, monorel dan BRT pada harga RM15 untuk pakej empat orang, Prasarana berharap pengenalan pas ‘Keluarga Malaysia’ dapat menggalakkan warga negara Malaysia beriadah bersama-sama sambil berbelanja di pusat-pusat membeli belah yang terdapat di sekitar jaringan pengangkutan awam di Lembah Klang dan Selangor.

Dapatkan Pas Keluarga Malaysia Bermula 1 Disember 2021

Ia juga diharap dapat menggalakkan pelancong domestik untuk menggunakan pengangkutan awam serta melawat tempat-tempat menarik di sekitar Lembah Klang, selain membantu menaikkan semula ekonomi peniaga kecil di sekitar pusat bandar; selaras dengan inisiatif ‘Rapid KL Supports #KeluargaMalaysia’, yang turut diumumkan pada majlis berkenaan.


Tags

إرسال تعليق

2تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Wah terbaiklah, senang lah lepas ni kalau nak jalan2 dengan member, staycation ke, gunakan pass ni untuk jalan2 dkt kl. :)

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !