CBE Zipper Bag Saiz A1 Untuk Simpan Bahan Seni

CBE Zipper Bag Saiz A1 Untuk Simpan Kertas Seni Dan Prop | Assalammuakaikum semua! Ruby nak kongsikan bagaimana Ruby menyimpan barang-barang seni yang berbentuk kertas, prop, mounting board, notice board dan hasil lukisan. 

Ada yang suka simpan secara gulung dalam drawing roll bag. Pada pendapat Ruby, Ruby lebih suka bag jenis berzip yang tidak digulung. Ia lebih praktikal dan mudah untuk menjaga kualiti hasil seni kita.


CBE Zipper Bag Saiz A1 Untuk Simpan Bahan Seni


Melalui pengalaman Ruby. Ruby dah ada bag bersaiz A3 pada tahun 2011. Ruby beli di Shah Alam. Ketika itu Ruby beli untuk simpan artwork poster dan flyer. 

Masa sekolah dulu, mana ada semua barang seni untuk Ruby beli. Sebab mak abah memang menentang Ruby dari sertai apa sahaja aktiviti seni lukisan, mewarna dan lain-lain.

Sebab apa tau? Sebab kos untuk berkecimpung dalam bidang seni ini mahal. Warna selalu habis, nak kena beli bahan baru dan kebiasaannya ia hanya suka-suka buat. Belum sampai ke peringkat menjual hasil seni atau menjadi profesional dalam bidang seni. 

Apabila sudah bergelar ibu, Ruby lah menjadi pemberi semangat kepada anak-anak untuk cuba je apa-apa bidang mereka suka. Jika mereka suka bidang seni, Ruby boleh bantu mereka. Barang keperluan kerja seni Ruby sentiasa ada. Stok sentiasa kemaskini sebab Ruby suka subjek pendidikan seni. Hehehe. 

Hasil seni anak-anak pun boleh simpan dalam CBE Zipper Bag. Ruby dah serahkan bag 2011 saiz A3 itu kepada Adam. Ruby pakai yang saiz A1 tu. 

Jom Lihat CBE Zipper Bag Saiz A1


Ruby dah lama cari bag ni. Ada macam-macam harga dan jenama. Ruby ada terfikir nak beli yang murah dan material fabrik.

Tetapi, suami Ruby cakap camni. Jangan nak downgrade apa yang sayang suka. Sebab pilihan dari you mesti banyak manfaat. Tengok bag A3 tu dah berapa tahun bertahan? 

Hahaha. Ruby baru nak berjimat kan. Tapi, bila bab kualiti. Mesti kita percaya sampai bila-bila. Jadi, Ruby masuk ke Shopee. Cari bag ni. Jenama CBE dan saiz A1.

Jumpa satu seller ni jual dengan harga RM 106.50. Harga asal RM 112.50. Ok la tu kan? Ruby beli pada 13 November dan terima pada 16 November 2021. Penghantaran memang tip top. Jom kita unboxing.

Kualiti memang terbaik. Besar dan muat prop Ruby beli untuk flatlay background. Jadi tidak perlu pening prop bergulung. Semoga perkongsian ini bermanfaat. 

2 Comments

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. bila ada bag macam ni barulah tersimpan dnegan baik hasil seni tu. dari gambar pun nampak berkualiti begnya. :)

    ReplyDelete
  2. Nice sangat ni. nampak elegan. hasil seni pun boleh disimpan baik.

    ReplyDelete

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Previous Post Next Post