Tic Tac Malaysia X Mobile Legends! Heroes, Skins Dan Diamonds Untuk Anda Menangi!

Tic Tac Malaysia X Mobile Legends! Heroes, Skins Dan Diamonds Untuk Anda Menangi!

Ruby
0
Tic Tac Malaysia X Mobile Legends! Heroes, Skins Dan Diamonds Untuk Anda Menangi! | Assalammualaikum semua! Berita gembira buat anda pemain permainan dalam talian MOBA iaitu Mobile Legends: Bang Bang. Tic Tac Malaysia dan Mobile Legends: Bang Bang telah melancarkan peraduan yang sangat mudah untuk anda setai. Hanya sertai Peraduan Refresh and Recharge With Tic Tac sahaja! Cara-cara penyertaan? Jom teruskan membaca. All the best!

Tic Tac Malaysia X Mobile Legends! Heroes, Skins Dan Diamonds Untuk Anda Menangi!


Tic Tac Malaysia X Mobile Legends! Heroes, Skins Dan Diamonds Untuk Anda Menangi!

Kekal berpegang kepada semangat yang ceria dan kreatif, Tic Tac telah bekerjasama dengan permainan mudah alih yang paling popular di Malaysia - Mobile Legends. Dengan evolusi amalan hiburan rakyat Malaysia, permainan dalam talian adalah forum terbaik untuk generasi muda merehatkan diri daripada kesibukan tugas harian dan memupuk semangat berkomuniti. 

Memandangkan peranan Tic Tac dalam menawarkan ketenangan dengan cara tersendiri dan menyatukan orang ramai dengan pek ikoniknya, Mobile Legends adalah rakan kongsi yang ideal untuk jenama ini.

Tac Malaysia melancarkan kempen ‘Refresh and Recharge’ yang bermatlamat memberi inspirasi kepada para pemain untuk merasai kesegaran dan meraikan 'little wins' dalam permainan, sekali gus menghindarkan diri daripada elemen negatif dalam talian dan membangkitkan kembali sifat murni dalam diri mereka.

Hari ini, Refresh & Recharge (R&R) Night (RR) distrim di laman Facebook Tic Tac Malaysia, dengan dua pemain Mobile Legends Terkemuka di Malaysia, Thanuk Pri Cha (Nukk) dan Syafiq Faizin (Zynn), serta ‘lifestyle influencer’, Muhammad Syah Fitri, (Syahfit).

Trio ini bertukar-tukar tip dan trik Mobile Legends eksklusif, serta meluangkan masa melihat dan mengulas koleksi sesi permainan Mobile Legends Zynn yang menghiburkan. Acara selama satu jam itu juga termasuk perlawanan persahabatan Tic Tac Legend antara mereka bertiga. Mereka dikehendaki menggunakan “chopsticks” untuk mengembalikan gula-gula Tic Tac ke bekas mereka dalam permainan pertama, 'Marksman Supreme.'

Mereka juga harus membina menara Tic Tac tertinggi dari bekas kosong dalam permainan 'Support Tower' - dalam kedua-dua sesi di mana mereka meraikan 'little wins' mereka dengan Tic Tac.

Refresh And Recharge With Tic Tac - 50 Diamonds Untuk Anda!



Tic Tac Malaysia X Mobile Legends! Heroes, Skins Dan Diamonds Untuk Anda Menangi!

Sebagai sebahagian daripada kempen 'Refresh and Recharge', rakyat Malaysia berpeluang memenangi lebih 1,500 aset Mobile Legends seperti Diamond (50 hingga 1,000 Diamond), Skin and Hero setiap minggu. Mereka hanya perlu membeli Tic Tac dalam mana-mana perisa (Mint, Orange, Spearmint, dan Strawberry) dan memuat naik resit pembelian di www.tictac.my untuk layak.

BONUS! Heroes, Skins dan 1000 Diamonds Untuk Anda!


Tic Tac Malaysia X Mobile Legends! Heroes, Skins Dan Diamonds Untuk Anda Menangi!


Tic Tac juga akan memberikan 40 hadiah utama setiap minggu, termasuk ‘Limited Edition’ dan ‘Special Skins’, ‘Heroes’ serta ‘1,000 Diamonds’. Untuk layak menerima hadiah Bonus ini, gunakan hashtag #TicTacRecharge dan kongsi siaran awam di Facebook/Instagram anda dengan menyatakan mengapa anda suka Tic Tac. Selepas anda mengikuti langkah yang dinyatakan di atas, hanya muat naik tangkapan layar siaran anda untuk layak bagi peraduan Bonus mingguan!

Kempen Refresh & Recharge with Tic Tac akan berlangsung dari 4 Oktober hingga 28 November 2021.

Mengenai Tic Tac


Tic Tac® adalah jenama gula-gula utama Ferrero Group. Tic Tac® mula dihasilkan pada tahun 1969, dan mencatatkan kejayaan sebagai gula-gula untuk nafas segar yang unik dan dengan penutup atas dan bunyi 'berdetar' yang dikenali. Tic Tac® dalam rasa asli pudina dan oren benar-benar menguasai dunia, dipasarkan di lima benua. Dengan matlamat untuk memberi kejutan dan menceriakan pengguna dengan sensasi rasa segar, Tic Tac® kini menjadi salah satu jenama terkemuka di dunia dalam pembuatan gula-gula saku dengan pelbagai rasa pudina dan buah-buahan. Jenama ini mempunyai sejarah yang panjang di Malaysia dan kini mempunyai 4 perisa termasuk Mint, Spearmint, Orange dan Strawberi.

Mengenai Mobile Legends: Bang Bang


Mobile Legends: Bang Bang adalah permainan Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) mudah alih yang paling popular di seluruh dunia yang menyatukan komuniti melalui kerjasama berpasukan dan strategi. Dengan lebih dari satu bilion pemasangan dan 100 juta pengguna bulanan aktif, permainan terunggul ini adalah antara 10 teratas yang paling banyak dimainkan di lebih 80 negara. Dengan jangkauan yang luas di rantau Asia Pasifik, multiplayer tersedia di 139 negara dengan kehadiran e-sukan global yang luas.

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !