The Golden Ticket Suria KLCC Dan Mesra Mall

The Golden Ticket Suria KLCC Dan Mesra Mall

The Golden Ticket Suria KLCC Dan Mesra Mall | Assalammualaikum semua, Suria KLCC dan Mesra Mall sedang mengadakan kempen The Golden Ticket. Ganjaran hebat bernilai lebih dari RM 400,000 menanti anda iaitu pelanggan setia pusat membeli-belah ini. 

Cara penyertaan amat mudah di Suria KLCC, anda hanya perlu berbelanja minima RM 500 di pusat membeli-belah dan terus menebus The Golden Ticket.  Paling best, anda boleh gabung 2 resit pembelian untuk layak menyertai kempen ini. Manakala di Mesra Mall, anda hanya perlu berbelanja RM 250 sahaja! Menarik bukan?

Kumpulan Syarikat Suria KLCC membuka tirai kempen ‘The Golden Ticket’ dengan menyediakan baucar yang mencecah nilai hampir RM450,000 kepada para pelanggan yang berkunjung ke pusat beli-belah di bawah naungan kumpulan tersebut bagi tempoh suku akhir tahun 2021.


The Golden Ticket Suria KLCC Dan Mesra Mall


The Golden Ticket Suria KLCC Dan Mesra Mall.


Suria KLCC kembali dengan kempen ‘The Golden Ticket’ hasil dari pelbagai maklum balas positif yang mana secara tidak langsung menjadikan ia satu kempen yang kini diingati oleh pengunjung setia kami. Apakah titik pengukur kemeriahan kempen “Golden Ticket” ini? 

Dengan hanya melakukan pembelian di rangkaian pusat beli-belah kami yang terpilih, para pembeli mampu menikmati nilai ganjaran istimewa setiap hari. Dengan erti kata lain, setiap pelanggan yang berbelanja di rangkaian pusat beli-belah terpilih kami, akan diraikan!” kata Andrew Brien, Ketua Pegawai Esekutif, Suria KLCC Sdn Bhd.

Sepanjang tempoh 16 hari bermula dari 9 Oktober, para pembeli bepeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah dengan membuka salah satu kotak misteri yang dipilih daripada 100 kotak yang lain. Kotak misteri ini akan ditempatkan di Tingkat 1, Ramlee Mall, yang mana para pembeli berpeluang memenangi ‘Golden Ticket’ atau ‘Purple Ticket’

‘Golden Ticket’ adalah himpunan baucar beli-belah yang bernilai RM5,000, manakala pembeli yang mencabut ‘Purple Ticket’ melalui akan membawa pulang baucar beli-belah Suria KLCC yang bernilai RM50.

Para pengunjung yang berbelanja sekurang-kurangnya RM500 dalam dua resit dari mana mana kedai terpilih di Suria KLCC layak untuk menyertai cabutan bertuah tersebut. Bagi merancakkan lagi kempen ini, Suria KLCC akan memberi pakej percutian “staycation” dua hari satu malam di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur dan cabutan akan dibuat pada acara penutupan tirai kempen tersebut.


The Golden Ticket Suria KLCC Dan Mesra Mall
The Golden Ticket Suria KLCC Dan Mesra Mall


Peluang untuk memenangi ‘Golden Ticket’ akan diadakan pada sesi pagi dan sesi tengahari, sejumlah 32 pemenang akan membawa pulang baucar beli-belah yang bernilai RM5,000 setiap seorang. Bagi ‘Purple Ticket’, lebih daripada 3000 baucar beli-belah yang bernilai RM50 dengan nilai terkumpul sebanyak RM158,000 bakal dimenangi dan sebanyak 99 baucar akan diberikan pada dua sesi setiap hari.

Bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan para pengunjung sepanjang keberlangsungan kempen, Suria KLCC akan memastikan kawalan SOP dipantau. Cecair pembasmi kuman dan cecair pembersih tangan akan disediakan di sekitar stesen cabutan bertuah tersebut. 

Bagi mengekalkan penjarakan sosial yang optimum, acara cabutan bertuah hanya akan diadakan pada dua sesi setiap hari yang mana sesi pertama akan berlangsung mulai jam 10 pagi hingga 3 petang manakala sesi kedua akan berlangsung pada jam 4 petang hingga 9 malam bagi sepanjang kempen tersebut.

The Golden Ticket Di Mesra Mall


Kempen ‘The Golden Ticket’ juga akan kembali memeriahkan kawasan Centre Court Pusat Beli-Belah Mesra Mall, Kemaman pada 22 November untuk para pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM250 dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih. 

Lebih dari 2,000 pembeli akan membawa pulang baucar beli-belah Mesra Mall bernilai RM30 setiap seorang, selain daripada berpeluang memenangi ‘Golden Ticket’ yang berbentuk baucar beli-belah Mesra Mall bernilai RM 1,000. Secara keseluruhan, sejumlah 45 ‘Golden Ticket’ akan diberikan.

Tebusan hadiah terhad untuk 1 kemasukan bagi setiap pembeli untuk setiap hari, sementara stok masih ada. Terma dan syarat lengkap boleh didapati di laman sesawang Suria KLCC dan Mesra Mall.

“Kami amat bersyukur kerana berpeluang untuk kembali meraikan pengunjung setia dengan sambutan kempen ini, kami berharap usaha ini sedikit sebanyak dapat memberi keceriaan kepada mereka dikala menginjak suku akhir tahun ini. Bagi terus mengekalkan prestasi dan rekod, rangkaian pusat beli-belah kami akan sentiasa mengekalkan keselamatan dan kebersihan yang mana kami mengambil langkah bersepadu dan jitu dalam mengekalkan kawalan ketat terhadap SOP. Akhir kata, kempen ini adalah tanda penghargaan kecil kami dalam menghargai dan menyanjungi para pelanggan kami”. Tambah Brien.


Tebus Baucar Anda Di Kedai Yang Menyertai Kempen The Golden Ticket Suria KLCC.

Sebanyak 28 kategori kedai telah menyertai untuk anda menebus ganjaran yang anda telah menangi. Sama ada RM 50 atau RM 5000, semua kedai di Suria KLCC tersenarai di bawah mengalu-alukan kehadiran anda.

Aksesori
  • Fossil
Children / Maternity
  • Cotton On Kids
  • Toys “R” Us
Designer – Ladies
  • Alexander McQueen
  • Marcs Jacobs
  • Saint Laurent
  • The Marcs Jacobs
  • Tory Burch
Designer – Men
  • Berluti
  • Coach Men
  • Hugo Boss
Designer – Ladies/Men
  • Balenciaga
  • Bally
  • Bottega Veneta
  • Coach
  • Fendi
  • Gucci
  • Kenzo
  • Longchamp
  • Louis Vuitton
  • Michael Kors
  • Off-White
  • Prada
  • Salvatore Ferragamo
  • Versace
Eyewear
  • Eyefont
  • Focus Point Signature
  • Optical 88
  • Paris Miki
  • Seen
  • Whoosh
Fashion – Ladies
  • Bokitta
  • dUCk
  • Lululemon
  • Maje
  • ZARA
Fashion – Men
  • Brooks Brothers
  • ZARA Men
Fashion – Ladies/Men
  • Calvin Klein Jeans
  • COS
  • Fred Perry
  • Giordano
  • Guess
  • HLA Concept Store
  • Lacoste
  • Levi’s
  • Massimo Dutti
  • Sacoor Brothers
  • Sandro
  • Uniqlo
Footwear
  • Bata
  • Birkenstock
  • Crocs
  • Dune London
  • ECCO
  • GEOX
  • Jelly Bunny
  • Nose
  • Vans
Jewellery
  • APM Monaco
  • De Beers
  • Pandora
  • Qeelin
  • Swarovski
  • Tomei
Lingerie
  • Calvin Klein Underwear
Maternity
  • Mothercare, ELC & Gingersnaps
Timepiece
  • A. Lange & Söhne
  • Cortina Watch
  • Hublot
  • Rado
  • Sincere Fine Watches
  • Swatch
  • TAG Heuer
  • Tissot
Beauty Salons
  • AsterSpring
  • Glo Laser Centres
Beauty / Skincare
  • Bath & Body Works
  • Benefit
  • Bobbi Brown
  • Christian Dior Paris
  • Dior Beauty
  • Estee Lauder & Aerin
  • Giorgio Armani Beauty
  • Givenchy
  • Gucci Beauty
  • Innisfree
  • Jo Malone London
  • KENS Apothecary
  • Kiehl’s
  • L’Occitane en Provence
  • Lancôme
  • Laneige
  • Le Labo
  • MAC
  • Melvita
  • NARS
  • Sephora
  • Sulwhasoo
  • Tom Ford
  • Yves Saint Laurent Beaute
Hair Salons
  • Truefitt & Hill
Pharmacies
  • Guardian
  • Health Lane Family Pharmacy
  • Himalaya
  • LAC
IT / Photography
  • All IT
  • Best Denki
  • Bose
  • Flash Gadgets
  • Machines
  • Oppo
  • Samsung
Books / Stationery
  • Kinokuniya
Gifts / Collectibles
  • Crystal Corner
  • Lego
  • Lovely Lace Baby
  • Montblanc
Fitness/Health Equipment
  • OSIM
Sports
  • Asics
  • Nike
  • Onitsuka Tiger
  • Puma
  • Under Armour
Luggages / Bags / Leather
  • Braun Büffel
  • Crumpler
  • Rimowa
  • Samsonite
  • The Travel Store
  • Tumi
Services
  • ZA ALTERA
F&B – Restaurants/Fast Food/Cafes
  • Ben’s
  • Chili’s Grill & Bar
  • Chinoz On The Park
  • Eight Ounce Coffee
  • Genki Sushi
  • K Fry
  • Little Penang Kafe
  • Nando’s
  • O’Briens Irish Sandwich Café
  • Para Thai
  • Sakana
  • San Francisco Coffee
  • Secret Recipe
  • Serai
  • The Coffee Bean & Tea Leaf
  • The Fish Bowl
F&B – Bakeries/Confectionaries
  • B&
  • Bisou Bake Shop
  • Cold Stone Creamery
  • Dunkin’
  • Famous Amos
  • Godiva
  • Gong Cha
  • Hazukido
  • Inside Scoop
  • Juice Works
  • Nadeje
  • Rotiboy Bakeshoppe
  • Salon Du Chocolat
F&B – Signatures Food Court
  • Ahh-Yum by Kampong Kravers
  • Boost Juice Bars
  • Chak’z 1964
  • Chicken Rice & Wantan Mee
  • Dubuyo
  • Eatomo
  • Fresh Delights
  • Fuel Shack
  • Go Tarbush
  • I Love Yoo!
  • JJ Chili Pan Mee
  • Nathan’s Famous
  • OldTown White Coffee
  • Saravanaa Bhavan
  • Shucked Osyter and Seafood Bar
  • Sizzles
  • Subway
  • Teppanyaki
  • Warung Prima
  • Yong Tau Foo


Mengenai Suria KLCC Sdn Bhd


Suria KLCC Sdn Bhd adalah sebuah syarikat usaha sama yang dimiliki oleh KLCC Property Holdings Berhad (60%) dan CBRE Global Investors (40%). Ia merupakan kumpulan pengurusan aset runcit bertaraf dunia yang memfokuskan kepada pembangunan dan operasi pusat membeli belah di Malaysia. Portfolio terkininya merangkumi tiga pusat membeli belah iaitu Suria KLCC (Kuala Lumpur), Alamanda (Putrajaya) dan Mesra Mall (Kertih). Dengan lebih 550 aneka kedai dan lebih 2 juta kaki persegi ruang runcit keseluruhannya, syarikat ini memberi peluang kepada peruncit tempatan dan antarabangsa untuk mendekati golongan pembeli berkemampuan tinggi di Malaysia.


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Nak kena shopping laa ni tea. Bestnya kalau dapat menang hadiah besar

    BalasPadam

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.