SK magic All Clean Virus Fit Air Purifier Mampu Menyingkirkan Virus COVID-19

SK magic All Clean Virus Fit Air Purifier Mampu Menyingkirkan Virus COVID-19

Ruby
5
SK magic All Clean Virus Fit Air Purifier Mampu Menyingkirkan Virus COVID-19 | Assalammualaikum semua! Baru-baru ini Ruby ada sertai pelancaran produk baru mereka di Facebook LIVE. Jenama SK magic sangat baru di Malaysia. Ruby tahu pun melalui kawan Ruby yang memiliki Water Purifier Jiksoo Rich. Water filer boleh keluar ais batu oii. Hebat betul! Tak perlu dah nak buat stok ais batu dalam peti sejuk beku.

Jadi, kali ini SK magic telah melancarkan SK magic All Clean Virus Fit Air Purifier. Melalui FB LIVE tu memang straightforward menerangkan fungsi, manfaat dan cara menjaganya. Mudah sangat nak buka dan pasang balik. Tergoda! Lagi tergoda apabila melihat Park Seo Jun. Hehehe.

SK magic All Clean Virus Fit Air Purifier Mampu Menyingkirkan Virus COVID-19




SK magic All Clean Virus Fit Air Purifier Mampu Menyingkirkan Virus COVID-19


Dalam usaha melindungi rakyat Malaysia daripada Covid-19 secara berterusan, jenama kelengkapan rumah terkemuka dari Korea Selatan, SK magic, mengumumkan pelancaran penulen udara terbaharunya, All Clean Virus Fit, sekali gus mengembangkan rangkaian produk SK magic yang berteknologi canggih.

Inovasi terbaharu ini telah didaftarkan sebagai peralatan kesihatan dan perubatan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah AS (USFDA) dan mampu menyingkirkan 99.99% virus Covid-19 termasuk varian Delta. Ia juga mampu menyingkirkan bahan pencemar udara yang biasa ditemui dalam ruang tertutup seperti bakteria, virus, kulat dan habuk yang dapat mencetuskan masalah kesihatan.

Bagi menghadapi fasa endemik, langkah keselamatan dan kebersihan tetap menjadi keutamaan. Setakat ini, banyak perkara yang telah kita pelajari, dan kita sedar sistem imun amat penting dalam melawan Covid-19. Selain sanitasi kendiri, pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial di tempat awam, langkah berjaga-jaga di rumah seperti kualiti udara dalam rumah juga wajar dititikberatkan. Justeru, penting untuk kita membuat pilihan bijak bagi memastikan udara yang kita hirup di rumah adalah bersih dan segar.




Di SK magic, kami sentiasa mencabar diri dan mencari penyelesaian inovatif bagi membudayakan gaya hidup yang sihat dan berkualiti menerusi produk kami. Sejak tercetusnya pandemik, kami giat membangkitkan kesedaran tentang kepentingan air dan udara yang bersih. Salah satunya melalui program CSR SKmagicCares baru-baru ini, kami turut menyumbang sebilangan penulen udara dan air ke pusat vaksin Covid-19, Hospital dan pusat beli-belah dengan tujuan memberi akses udara serta air yang bersih kepada rakyat Malaysia.


Bagi mencapai matlamat ini, kami berbesar hati memperkenalkan penulen udara All Clean Virus Fit bagi membebaskan kediaman rakyat Malaysia daripada virus Covid-19 termasuk varian Delta. Seperti semua produk kami, All Clean Virus Fit dilengkapi teknologi serba canggih dan reka bentuk yang sofistikated pada harga berpatutan bagi memenuhi keperluan dan keutamaan pelanggan kami,” kata Kim Kyung Won, Pengarah Urusan SK magic Malaysia.


SK magic All Clean Virus Fit Air Purifier Mampu Menyingkirkan Virus COVID-19

SK magic All Clean Virus Fit Air Purifier Mampu Menyingkirkan Virus COVID-19

SK magic All Clean Virus Fit Air Purifier Mampu Menyingkirkan Virus COVID-19

SK magic All Clean Virus Fit bukan sahaja dapat menyingkirkan pelbagai bahan pencemar udara berbahaya dari kawasan tertutup, lebih penting, ia dapat menghilangkan 99.99% virus Covid-19 termasuk varian Delta, Koronavirus Manusia dan virus H1N1 menerusi fungsi pensterilan UV Arc Core yang terbukti, serta sistem penapisan lapan langkah yang menerapkan kecanggihan Penapis Habuk Gentian Tembaga Ultra Halus. Bagi menjamin perlindungan menyeluruh, All Clean Virus Fit juga dilengkapi ciri sedutan pintar 360° dari pelbagai arah.


Menyedari kepentingan penjarakan sosial, SK magic juga menawarkan pilihan perkhidmatan tanpa sentuh kepada pelanggan dengan menyediakan inovasi penyelenggaraan produk secara jarak jauh. All Clean Virus Fit mudah dibuka dengan ventilasi dan kipas yang boleh dicuci, sekali gus memudahkan kerja pembersihan dan penyelenggaraan.

Penulen udara All Clean Virus Fit berdaftar dengan Pentadbiran Makanan dan Dadah AS (USFDA) ini berkesan untuk pengguna yang mengalami masalah pernafasan atau alahan, sebagai peralatan kesihatan dan perubatan bagi membantu mereka bernafas lebih baik di tempat tertutup, di samping meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan pengguna.

SK magic All Clean Virus Fit Air Purifier Mampu Menyingkirkan Virus COVID-19

Penulen udara All Clean dapat disewa dengan harga pengenalan serendah RM79 setiap bulan, manakala All Clean Virus Fit boleh dinikmati pada hanya RM99 setiap bulan mulai 1 Oktober 2021. 

Menang SK magic All Clean Virus Fit Air Purifier


Ruby ingin berkongsi berita gembira. Sepanjang fokus menonton pelancaran produk terkini SK magic di Facebook LIVE mereka, Ruby telah menjawab pop kuiz dan tidak sangka percubaan demi percubaan. Ruby berjaya memenangi SK magic All Clean Virus Fit Air Purifier baharu! Seperti tidak percaya dan Ruby bersyukur sangat!

Air Purifier amat penting bagi Ruby sebab keluarga Ruby memerlukannya. Air Purifier kami yang lama telah berusia 7 tahun. Sama usia dengan anak sulung Ruby. Alhamdulillah Ruby dapat yang baharu dan ia dari jenama terunggul SK magic pula tu. Sujud syukur Ya Allah. Ruby doakan kalian juga mendapat apa yang anda inginkan. InsyaAllah. 


SK magic All Clean Virus Fit Air Purifier Mampu Menyingkirkan Virus COVID-19

SK magic All Clean Virus Fit Air Purifier Mampu Menyingkirkan Virus COVID-19


Mengenai SK magic


SK magic diasaskan pada tahun 1985 dan merupakan perniagaan pertama di pasaran yang menghasilkan peralatan ketuhar gas dan pembasuh pinggan mangkuk. Sebagai salah satu subsidiari SK Group, SK magic telah berkembang menjadi perniagaan yang terkemuka dalam sektor peralatan rumah berasaskan teknologi canggih yang unik serta pengurusan kualiti yang optimum. Pada Disember 2018, SK magic Malaysia telah ditubuhkan dan ia merupakan cabang terulung di Asia Tenggara. 

SK magic telah dianugerahkan Innovasi CES 2020 untuk ‘Motion Air Purifier’ dalam kategori kelengkapan rumah pintar, serta ‘All-in-one JIKSOO RICH Ice Water Purifier’ dan ‘Triple Care Dishwasher’ dalam kategori peralatan rumah. 

SK magic memanfaatkan pengalaman selama lebih 30 tahun untuk meluaskan capaiannya dalam pasaran sewaan peralatan yang sedang berkembang pesat. Kumpulan SK merupakan syarikat kedua terbesar di Korea dengan anggaran pendapatan sebanyak USD107 bilion (RM450 bilion) pada tahun 2020.

Tags

Catat Ulasan

5Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Tahniah Ruby!!! Perancangan Allah swt memang power kan. And yes, penting ada penapis udara dah now untuk kesihatan semua.

    BalasPadam
  2. Wah menariknya dapat bunuh virus macak Covid-19. Kita baru juga beli Lombok-3. Serampang dua mata la sebab ada meow kan. Btw tahniah buat Ruby sebab menang SK magic All Clean Virus Fit Air Purifier!

    BalasPadam
  3. Wah bagus ni ada penapis yang boleh ntahkan virus covid-19. Kita pun rasa selamat bila ada air purifier sk magic ni.

    BalasPadam
  4. terbaiklah kak ruby! sk magic memang jenama yg cukup hebat dgn produk yg berkualiti. lagi best bila menang hadiah produk sk magic :)

    BalasPadam
  5. saya tak familiar dengan brand ni. tak sangka dah lama established.. bagus juga ada banyak produk mcm ni.. senang kita sebagai pengguna nak buat pilihan.. nampaknya air purifier sk magic mmg sesuai guna masa sekarang..

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !