Robot Vacuum Giselle ROBO G1 Penyeri Kediaman

Robot Vacuum Giselle ROBO G1 Penyeri Kediaman | Assalammualaikum semua! Apa khabar? Semoga anda semua berada di dalam keadaan selamat dan patuh SOP. Ruby ingin berkongsi gadget yang baru Ruby dapatkan. Robot Vacuum!!! Ia adalah idaman Ruby. 

Namun, Ruby ada budget untuk gadget ni. Melalui pencarian dan survey, ada murah, sederhana dan high-end. Yang high-end punya memang best. Cuma, robot vacuum ni masih baru. Jadi untuk mencuba, Ruby ambil spesifikasi mid range aje. 

Mid range yang terbaik lah kan. Sebab duit kita tuuuuu. Hehehe. Pastikan pelaburan anda bermanfaat. Mempersembahkan Giselle Smart Robot Dry & Wet Water Tank Vacuum Cleaner GI Floor Sweeping KEA0365. 

Robot Vacuum Giselle ROBO G1 Penyeri Kediaman


Robot Vacuum Giselle ROBO G1 Penyeri Kediaman


Pengalaman Ruby menggunakan Giselle sangat mengujakan. Hasil membeli dari PGMall sangat lancar. Sambil bayar bulanan Public Gold, kita cuci mata di PGMall. Senang boleh guna c-wallet. 

Ruby juga ada mesej Giselle di PGMall dan bertanya tentang jenama ini. Kemudian bertanya tentang waranti 1 tahun. Selain itu, Ruby bertanya juga Giselle ni produk buatan Malaysia ke? Giselle dimiliki oleh Alpha Living & Beauty Sdn Bhd. Mereka adalah sebuah syarikat yang berkembang pesat, berurusan dengan pengedaran produk Home Appliance dan Home & Living.

Robot Vacuum Giselle ROBO G1 Penyeri Kediaman



Spesifikasi Giselle ROBO-G1
  • Diameter : 300 mm
  • Tinggi Struktur: 74 mm
  • Berat bersih: 2.5 kg
Parameter pembersihan
  • Kapasiti kotak habuk : 200 ml
  • Jenis pengecasan : Pengecasan automatik dan pengecasan manual
  • Mod pembersihan : Pembersihan automatik; Pembersihan setempat; Pembersihan sudut.
  • Masa pengecasan : Kira-kira 300 minit.
  • Masa pembersihan : Kira-kira 100 minit
Unit utama
  • Nilai kuasa (W): 28
  • Voltan kendalian (V) : 14.4
Fungsi Giselle
  • Kering & Basah dengan Tangki Air
  • Penderia Anti Jatuh
  • Hibrid 2 dalam 1 VACUUM & MOP
  • Auto mengecas & bateri tahan lama.
  • Mengenalpasti maklumat koordinat dengan cepat.
  • Kekalkan tinjauan dinamik semasa dalam perjalanan.
  • Pemetaan dengan lebih tepat dan cekap
  • Membersih jauh ke dalam jurang dengan cekap
  • Berus Utama yang berkuasa dengan sedutan yang kuat
  • Port sedutan suspensi berdiameter besar
  • Mulut sedutan yang digantung
  • Kuasa Sedutan : 1.4kPa
  • dengan tangki air 250ml
  • Sensor ketepatan tinggi.
  • 74 mm badan slim.


Buka Kotak Giselle Smart Robot Dry & Wet Water Tank Vacuum Cleaner GI Floor Sweeping KEA0365. 


Semasa menerima bungkusan parcel Giselle dari DHL, Ruby teruja sangat. Ingatkan Ruby seorang sahaja yang teruja, anak-anak lagi teruja. Setiap hari ada soalan dari anak-anak. Giselle tu betul ke robot? Giselle nanti sapu rumah? Giselle nanti tolong ibu eh? Giselle nanti kejar Adam dan Alif macam kucing ke Ibu? Giselle ni Pet ke ibu? Giselle besar atau kecil Ibu? Giselle Giselle Giselle. 

Anda tahu tak, Ruby cari produk Robot Vacuum ni memang memilih nama jenama. Sama ada dari Samsung atau Giselle. Ini adalah robot vacuum pertama, jadi cari murah sikit. Hehehe.

Robot Vacuum Giselle ROBO G1 Penyeri Kediaman
Robot Vacuum Giselle ROBO G1 Penyeri Kediaman


Di dalam kotak Giselle Smart Robot Dry & Wet Water Tank Vacuum Cleaner GI Floor Sweeping KEA0365 terdapat barang seperti berikut:

1. Giselle Smart Robot.
2. Buku manual penggunaan.
3. Alat kawalan jauh.
4. Bateri untuk alat kawalan jauh.
5. Power plug 3 pin untuk negara Malaysia.
6. Charging docket.
7. Sepasang extra side brush.
8. Berus kecil untuk membersih roda. 
9. Ruby beli extra HEPA filter, mop cloth dan side brush.

Robot Vacuum Giselle ROBO G1 Penyeri Kediaman

Robot Vacuum Giselle ROBO G1 Penyeri Kediaman

Robot Vacuum Giselle ROBO G1 Penyeri Kediaman

Anak-Anak Teruja Ada Robot Dalam Rumah

Keterujaan mereka berganda dari saat buka kotak dan saat mula mengecas. Bila ibu sudah mula ON Giselle. Mereka ikut je kemana-mana Giselle pergi. Hahaha.

Robot Vacuum Giselle ROBO G1 Penyeri Kediaman

Robot Vacuum Giselle ROBO G1 Penyeri Kediaman

Robot Vacuum Giselle ROBO G1 Penyeri Kediaman

Hasil Kerja Giselle ROBO G1


Penggunaan pertama kali, anda boleh lihat sendiri hasilnya. Rumah Ruby memang dah sentiasa sapu dan mop. Hadirnya Giselle ni untuk pembersihan bahagian yang Ruby tidak boleh capai. Menakjubkan? Pasir, habuk, rambut dan cebisan makanan semua Giselle sedut! Hebat betul!


Robot Vacuum Giselle ROBO G1 Penyeri Kediaman

Robot Vacuum Giselle ROBO G1 Penyeri Kediaman

Cara membuang semua hasil sedutan di Robot Vacuum ini sangat mudah, buka sahaja penutup bahagian atas. Ambil box tersebut dan bersihkan. Amalkan satu kali sehari membersihkan kotak ini setelah tamat penggunaannya. Barulah Giselle boleh membersih kediaman kita dengan lebih padu!


Video Giselle ROBO G1




Infografik Mengenai Giselle ROBO G1



Robot Vacuum Giselle ROBO G1 Penyeri Kediaman

Robot Vacuum Giselle ROBO G1 Penyeri Kediaman

Robot Vacuum Giselle ROBO G1 Penyeri Kediaman

Robot Vacuum Giselle ROBO G1 Penyeri Kediaman

Robot Vacuum Giselle ROBO G1 Penyeri Kediaman

Robot Vacuum Giselle ROBO G1 Penyeri Kediaman

Cara Menggunakan Giselle Untuk Memulakan Pembersihan


Untuk keperluan pembersihan yang berbeza, produk ini menyediakan berbilang mod pembersihan untuk anda pilih. Anda boleh menggunakan mod pembersihan yang berbeza melalui unit utama atau alat kawalan jauh.

  • Pembersihan Automatik
Kaedah tetapan: Dalam keadaan mati kuasa, tekan dan tahan butang kuasa. Selepas penunjuk unit utama dihidupkan, menunjukkan bahawa unit utama dihidupkan, tekan butang kuasa sekali lagi.

  • Pembersihan Titik Tetap
Senario yang boleh digunakan: Mod pembersihan boleh digunakan untuk persekitaran tanah tempat sampah tertumpu. Unit utama membersihkan tanah dalam laluan lingkaran di kawasan yang ditentukan dan kembali ke titik asal selepas pembersihan.

  • Pembersihan Di Sepanjang Bahagian Tepi
Senario yang boleh digunakan: Mod pembersihan boleh digunakan untuk sudut dalaman. Unit utama membersihkan tanah di sepanjang tepi objek tetap (contohnya, dinding) dan kembali kepada standard pengecasan selepas pembersihan.
  • Kawalan Manual Menggunakan Alat Kawalan Jauh
Senario yang berkenaan: Kawalan manual boleh digunakan untuk pembersihan di bawah kawalan manual.

Pause, Wake-Up Dan Shutdown.


PAUSE: Apabila unit utama berfungsi, tekan butang kuasa pada unit utama atau tekan kekunci jeda pada alat kawalan jauh untuk menggantung unit utama.

WAKE-UP: Selepas unit utama digantung selama lebih daripada 10 minit, unit utama mengaktifkan mod tidur (penunjuk unit utama dimatikan). Tekan butang kuasa pada unit utama untuk membangunkan unit utama dan tekan kekunci kuasa pada alat kawalan jauh untuk memulakan semula unit utama.

SHUTDOWN: Selepas unit utama digantung, tekan dan tahan butang kuasa pada unit utama. Jika penunjuk unit utama dimatikan, produk dimatikan.

*Selepas unit utama selesai beroperasi, anda dinasihatkan untuk tidak menutup unit utama. Pastikan unit utama dalam status pengecasan supaya ia boleh berfungsi dengan lebih baik dalam operasi seterusnya.

Ruby seronok memiliki Giselle ROBO G1 ni, banyak menemani Ruby ketika sedang mengemas rumah. Semasa melipat kain waktu tengah malam, anak-anak dan suami dah tidur, Ruby ON Giselle. Hehehe. Penyeri betul Giselle ni, macam ada haiwan peliharaan gayanya. Hahaha.

Link PGMall: https://pgmall.my/Giselle-Smart-Robot-Dry-amp-Wet-Water-Tank-Vacuum-Cleaner-GI-Floor-Sweeping-KEA036537535031459985

GISELLE | FACEBOOK 

6 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Ishhhh geramm je baca post ko ni weii, macam menghasut pun ya hahahaha.. nak kena beli ke acanar ni ek.. keje mudah, robot bt keje, Mak boleh update blog hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahahaha mak boleh update blog tu rasa macam kecik je mata memalam nak ketuk story. biar Giselle menyapu, kita tengok Netflix citer tamil. hehehe.

      Padam
  2. bestla ruby.. akk teringin dyson tu.. tapi kalau dapat yg ni pun menarik juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dyson tu pun dalam senarai. tapi harga dia kak. pitam. hahahaha

      Padam
  3. Ni kalau Syu beli, vakum yang pegang guna tangan tu confirm2 simpan store buat tukun 😆.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kahkahkah akak! 50% banyak berehat. Tapi jangan simpan store, akak kena guna untuk vakum sawang kat rumah nanti. hahaha. Kalau Giselle kat ceiling dah jadi SpiderGiselle pula kan. hahaha.

      Padam

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama