Hebat Betul Cover Screen Samsung Galaxy Z Flip3 5G

Hebat Betul Cover Screen Samsung Galaxy Z Flip3 5G

Ruby
10
Hebat Betul Cover Screen Samsung Galaxy Z Flip3 5G. | Assalammualaikum semua! Semenjak sudah mula menggunakan Galaxy Z Flip 3 5G, Ruby berasa impak kepada kehidupan sangat luar biasa. Ruby terus bersemangat untuk mulakan hari. Malah sangat produktif. 

Sememangnya ganjaran sebuah telefon terkini amat membantu kita sebagai manusia menjadi lebih hebat. Di antara fungsi inovasi Samsung kepada Galaxy Z Flip 3 yang Ruby suka dan akan highlights adalah Cover Screen.

Hebat Betul Cover Screen Samsung Galaxy Z Flip3 5G


Bagi anda yang sedang survey telefon terkini dari jenama Samsung, Ruby rekemen sangat dengan Galaxy Z Flip3 5G. Pada pendapat Ruby ia sangat sesuai digunakan oleh lelaki atau wanita. Malah, bersesuaian untuk semua peringkat usia.

Untuk anak-anak remaja, diri sendiri, pasangan kita atau ibu bapa kita? Semua sesuai. Henfon yang boleh dilipat seperti Galaxy Flip3 5G ini amat fleksibel digunakan oleh sesiapa sahaja. 

Anda sedia maklum bahawa Galaxy Flip3 5G adalah telefon yang boleh beroperasi dalam keadaan lipat sepenuhnya, separuh atau terbuka terus. Apabila anda lipat sepenuhnya, Cover Screen akan mengambil alih untuk memberi notifikasi.

Notifikasi di Cover Screen adalah penetapan dari anda sendiri di bahagian Settings telefon Galaxy Flip3 5G. Mudah sangat! 

Ia menjadi tarikan utama ketika Ruby menggunakannya di mana-mana. Ramai yang memandang. Sehinggakan Ruby berasa segan. Tapi, lama kelamaan, Ruby okay. 

Apabila ada yang orang bertanya, terus Ruby tunjuk telefon dan menerangkan jenama, model, fungsinya dan harga. Yaaaa harga sangat berbaloi-baloi. Ramai angkat kening apabila mengetahui telefon Ruby ni hanya RM 3,999.00 untuk 128GB. Tambah RM 200, anda boleh dapat RM 4,199.00 untuk 256GB. Hehehe. 



Jadi, apa yang best sangat Cover Screen Galaxy Flip3 5G? Berikut adalah fungsi yang sering Ruby gunakan.

1. Mengambil gambar dengan hanya melambai tangan.
2. Merekod video dengan hanya melambai tangan. 
3. Menjawab telefon, ia akan automatik ke pembesar suara. 
4. Notifikasi mesej TAC bank dan mesej-mesej lain. 
5. Notifikasi mesej WhatsApp. 
6. Melihat masa. 
7. Melihat cuaca harian mengikut kawasan kediaman anda.
8. Mengawal pemain senarai muzik.
9. Samsung Health.
10. Jadual harian.




Best kan? Ia sangat elegan, futuristic dan aesthetic.


Anda boleh dapatkan Samsung Galaxy Z Flip3 5G disini : https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-flip3-5g/buy/

إرسال تعليق

10تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. style la leh amik gambar macam tu je kan..ahhhh..haruskah grab seketul ni..kuat betul racun ruby ni..seram

    ردحذف
  2. Ye akak memang minat phone ni. Dah mendapatkannya dengan RM1 di Maxis termasuk 1 supplementary line. Alhamdulilah. Bayaran hanya RM1 lepas tu bayaran supplementary line nanti dia akan bil kemudian sebanyak RM48. Akak ambik Maxis Postpaid 188. Supplementary line tu akak bagi kat Dania dengan nombor dia cantik sangat 012345****

    ردحذف
  3. serius ni memang canggih...sangat2 advance...screen notification mmg terbaiklah...

    ردحذف
  4. waaahhh... yang flip ni selalu tengok iklannya. kecik tapi comel boleh jadi besar.

    ردحذف
  5. Bestnya feature dia. Akak minat juga galaxy flip3 ni. Tapi baru je angkat ip12 tak sampai setahun. Cuma nak timbangkan untuk hadiahkan ke husband . Kecik gini senang nak masuk poket baju.

    ردحذف
  6. Canngih betullah, memang tak sangka hp lipat gini boleh memudahkan lagi gaya kita gunakan hp.. Suami duk belek je, rasa tu nanti mesti dia beli tu hahaha, so i boleh tumpang sekaki hehehe

    ردحذف
  7. mengambil gambar dengan lambaian tangan tu agak menarik features dia... suka tengok :-)

    ردحذف
  8. Memang aim je flip samsung ni, dahla bila lipat jadi kecik,nak bawa ke mana-mana pun ringan je. Boleh tahan harga dia tapi telfon sekrg penting untuk kita guna. Siap lambai tangan je erk..hehe

    ردحذف
  9. Bahaya betul bila baca Ruby nyer review pasal samsung nie. Buat hati Rawlins teringin nak 'beli' gak tapi keadaan belum mengizinkan

    ردحذف
  10. Wahh bestnya /Ruby so versatile, dedulu ada henpon yang flip Nokia ke Samsung tu lah, cam banana haha yang ni siap lipat dua ya. Memang lah tak nampak cam henpon tak heran lah orang mandang Ruby tu kalau akak pun mesti ikut terpegun

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !