Yogurt Lactel Kids

Yogurt Lactel Kids

Ruby
0
Lactel Kids ialah snek yogurt untuk kanak-kanak yang lazat, sihat, dan penuh khasiat. Ibu bapa yang mahu menyediakan snek sihat dan menyeronokkan, dan akan digemari oleh anak-anak mereka kini boleh memilih Yogurt Lactel Kids, produk terbaharu daripada rangkaian yogurt Lactel.

Ibu bapa yang mahu menyediakan snek sihat, menyeronokkan, dan pasti akan digemari oleh anak-anak mereka, kini boleh memilih yogurt Lactel Kids, produk terbaharu daripada rangkaian yogurt Lactel.

Yogurt Lactel Kids


Yogurt Lactel Kids


Boleh didapati dalam pek 100 gram yang menarik dengan gambar-gambar haiwan comel berwarna terang seperti gajah, orang utan dan harimau. Yogurt Lactel Kids boleh didapati dalam perisa kegemaran kanak-kanak, iaitu strawberi, vanila dan pisang. Tiga (3) pilihan perisa ini dibuat dengan puri buah-buahan sebenar tanpa sebarang pemanis tiruan tambahan yang pasti menambat selera si cilik, dan teksturnya yang berkrim dengan jelas menunjukkan khasiat susu yang digunakan untuk membuat yogurt.

Selain kelazatan rasanya, Lactel Kids merupakan snek yogurt yang benar-benar sihat dan berkhasiat kerana ia diperkaya dengan kalsium, diperkuat dengan vitamin D dan kultur hidup yang penting untuk kesihatan usus.

Pek Yogurt Lactel Kids yang menarik dengan gambar comel gajah, orang utan, dan harimau dalam warna-warna terang digabungkan dengan snek yogurt yang lazat dan sihat menjadikan yogurt Lactel Kids cara memupuk kesedaran memulihara hidupan liar Malaysia sambil menikmati snek yang berkrim, serta lazat, dan sihat! Segera dapatkan perisa yogurt kegemaran anda di pasar raya berhampiran hari ini!

Yogurt Lactel Kids boleh didapati di semua pasar raya utama termasuk (tetapi tidak terhad kepada) AEON, Giant Hypermarket, BIG, Jaya Grocer, MYDIN, Billion, The Store, MyNews, EconSave, LuLu Hypermarket, Servay, Pantai Selamat, foodpanda dan banyak lagi!


Mengenai Lactel Kids


Yogurt Lactel Kids adalah sebahagian daripada keluarga produk tenusu Lactalis, syarikat ternusu terkenal Perancis yang bertapak di lebih 90 negara di seluruh dunia. Lactalis membeli perniagaan tenusu sejuk Nestle (yogurt dan minuman yogurt) di Malaysia pada lewat tahun 2018. Sebagai syarikat yang terkenal kerana membekalkan produk tenusu berkualiti di seluruh dunia, Lactalis akan membawa kepakaran dan pengetahuannya ke Malaysia, dengan membawa produk baharu dan inovatif ke pasaran untuk mengekalkan kedudukannya sebagai jenama produk tenusu sejuk kegemaran di negara ini! Untuk maklumat lanjut, sila ke https://lactel.com.my/
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !