Mi ARONA Produk Terkini QSR Trading

Mi ARONA Produk Terkini QSR Trading

Ruby
0
Mi ARONA Produk Terkini QSR Trading


Mi ARONA Produk Terkini QSR Trading. | Assalammualaikum semua! Hari ini kita sembang tentang produk makanan okay? Kebiasaannya apabila duduk di rumah sepanjang pandemik ni, memang banyak masa Ruby memasak untuk anak-anak dan suami. Kekerapan tu boleh tahan banyak kali juga lah. Sarapan pagi, brunch, lunch, hi-tea dan makan malam. Menu semuanya mudah-mudah sahaja. Mi goreng, mi sup, mi kari, mi rebus, mi jawa. Itu memang kegemaran keluarga Ruby. Jadi, untuk kali ini. Ruby nak cuba Mi Arona. Penyimpanan lebih tahan lama berbanding mi kuning di kedai runcit. Kalau keluarga jenis suka makan mi, stok mi kena selalu ada. Ia mudah untuk ibu beraksi kentung kentang di dapur. Hahaha. Mi ARONA hadir dengan 3 citarasa menarik, ia juga merupakan pilihan sihat, lazat, dengan cara penyediaaan yang mudah bagi semua penggemar mi.

Mi ARONA Produk Terkini QSR Trading.


QSR Trading Sdn Bhd (QSRT), sayap penjualan, pemasaran dan perdagangan QSR Brands dan juga pendorong KFC dan Pizza Hut Malaysia baru-baru ini telah melancarkan produk yang tahan disimpan iaitu mi kering berbentuk lidi, mudah disediakan dan pilihan terbaik buat semua pencinta mi.

Mi ARONA diperbuat daripada gandum import yang berkualiti tinggi, mengandungi seratus peratus bahan semula jadi dan berasaskan sayuran - dengan tekstur lembut, kenyal dan kualiti tekstur yang hampir sama dengan mi Jepun (Ramen), ia begitu mudah untuk disediakan dan serasi dengan pelbagai cara masakan – sama ada bergoreng ataupun berkuah.

Mi ARONA Produk Terkini QSR Trading
Mi ARONA Produk Terkini QSR Trading

Mi ARONA menawarkan cara masak yang mudah kepada semua pencinta mi, kerana ianya bukan sahaja cepat dimasak malah mudah bagi sesiapa sahaja untuk menyediakan hidangan mi kegemaran mereka. Kepada golongan dengan gaya hidup produktif, pasti akan menyukai cara mudah penyediaan mi ini yang cuma memakan masa sebanyak 4-5 minit. Dengan tempoh jangka hayat 18 bulan, produk mi ini boleh dibeli dan juga disimpan untuk dinikmati bila-bila masa mengikut keinginan anda.

“Kami di QSRT memahami bahawa dengan keadaan pandemik yang berterusan, ramai yang cuba untuk menyediakan dan menikmati makanan yang lebih sihat di waktu-waktu ini. Kami berharap mi ARONA akan memudahkan lagi kerja anda di dapur serta memberi alternatif yang lebih sihat untuk dimasak di rumah,” kata Chan Chong Thye, Pengurus Besar, QSR Trading Sdn Bhd.

"Mi ARONA merupakan produk yang berkualiti, dihasilkan daripada tepung gandum yang diimport, dengan kandungan asli dan bahan-bahan terpilih dan menggunakan teknologi dan peralatan terkini untuk memastikan ianya seratus peratus selamat untuk dimakan dan memberi kepuasan kepada pelanggan,” tambahnya.
Mi ARONA Produk Terkini QSR Trading

Penyediaannya juga cepat dan ringkas – Langkah pertama, rebus mi dalam air mendidih selama kira-kira 4-5 minit, kemudian bilaskan dengan air sejuk. Mi serba-serbi ini boleh dimasak dengan pelbagai cara, sama ada sup, kuah atau digoreng mengikut citarasa dan selera anda. Ianya juga sesuai untuk dijadikan hidangan sihat yang menyelerakan seperti Salad Mi kerana mi ARONA mempunyai keenakan yang terserlah apabila digabungkan dengan sayur-sayuran pilihan anda.

3 Jenis Mi ARONA Tersedia Di Pasaran


Mi ARONA tersedia dalam 3 citarasa berbeza - Asli, Oat, dan Labu, dijual dengan harga RM3.80 setiap paket (250g). Mi ARONA kini boleh didapati melalui pembelian atas talian di platform Shopee dan Lazada serta pasaraya-pasaraya besar atau sederhana dan juga pasar-pasar mini terpilih. 

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !