Cawangan Keempat Hard Rock Cafe Kini Di Puteri Harbour Johor Bahru

Cawangan Keempat Hard Rock Cafe Kini Di Puteri Harbour Johor Bahru

Ruby
3
Cawangan Keempat Hard Rock Cafe Kini Di Puteri Harbour Johor Bahru | Assalammualaikum semua! Sebelum nak berkongsi berita gembira tentang pembukaan cawangan keempat Hard Rock Cafe, Ruby nak tanya dengan anda semua. Rindu ke Hard Rock Cafe? Rindu makan burger sambil dengar alunan muzik? Rindu nak beli merchandise Hard Rock tak? Hahahaha. High 5 jika anda rindu! Kita sama!

Pergi travel kemana-mana, nampak Hard Rock Cafe, mesti masuk. Macam destinasi wajib kan? Lepas tu keluar dari Hard Rock Cafe sama ada perut kenyang atau bawa pulang bag hitam dari Rock Shop. Beli sehelai t-shirt pun dah girang gembira! Tahniah Hard Rock Cafe untuk pembukaan cawangan keempat! Jom ke Johor! Sabar.. Sabar.. Kita pergi bulan Disember 2021 okay? Sebab cawangan ini akan dibuka pada Disember 2021. Sempat kita nak plan trip ke sana! Yayy!


Cawangan Keempat Hard Rock Cafe Kini Di Puteri Harbour Johor Bahru


Hard Rock Cafe Puteri Harbour akan menjejakkan kaki ke Iskandar Puteri, bandar paling selatan di Semenanjung Malaysia, dan akan menandakan pembukaannya dalam bulan Disember 2021. Kafe yang bakal dibuka di Puteri Harbour ini merupakan cawangan Hard Rock Cafe yang keempat di Malaysia selain di negeri Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka. 

Restoran dan bar kontemporari ini adalah yang pertama seumpamanya kerana ia mempunyai gaya reka bentuk dalaman moden serta menampilkan susunan berkelas tinggi, mewah dan tersusun rapi dengan tempat-tempat menarik untuk peminat. 

Bar seluas 557-meter persegi ini boleh memuatkan sehingga 238 orang tetamu yang terdiri daripada ruang makan luar dan dua tingkat dibahagian dalam kafe berserta pentas untuk hiburan secara langsung. Ruang makan utama dan ruang makan peribadi di tingkat atas boleh memuatkan seramai 100 orang tetamu. 

Cawangan Keempat Hard Rock Cafe Kini Di Puteri Harbour Johor Bahru


Para tetamu juga boleh menikmati hiburan musik secara langsung dari ruang makan dalaman yang terletak di aras bawah. Konsep ruang makan ‘Alfresco’ yang menghadap ke pelabuhan yang menawan disertai dengan pemandangan matahari terbenam yang indah merupakan keistimewaan kafe.

Para tetamu di Hard Rock Cafe boleh berjalan di sepanjang ruangan dinding memorabilia, yang memaparkan serangkaian memorabilia dari pemusik legenda dari seluruh dunia. Selama bertahun-tahun, dinding memorabilia telah menjadi ciri khas bagi Hard Rock Café meraikan kepingan unik yang disumbangkan oleh atau dibeli dari bintang rock popular dari era yang berbeza selama bertahun-tahun.

Menu Segar Dari Hard Rock Cafe


Di Hard Rock Cafe Puteri Harbour, para tetamu disajikan dengan pelbagai pilihan rasa asli dari bahanbahan yang berkualiti tinggi dan segar. Hard Rock Café menampilkan ‘Original Legendary® Burger’, siri ‘Signature Steak Burgers’, ‘Specialty Entrée’, ‘Bar Bites’ dan pelbagai pilihan salad, sandwic serta pencuci mulut. 

Ia juga menawarkan pelbagai jenis minuman bebas alkohol dan minuman beralkohol seperti bir, wain, koktel buatan tangan termasuk hidangan rasmi Hard Rock sendiri iaitu koktel ‘Hurricane’.

Membeli-Belah Di Rock Shop


Rock Shop yang terkenal di dunia di bawah jenama Hard Rock ini terletak di dalam kafe tersebut. Ia menawarkan pengalaman berbelanja seperti bintang rock bagi pengumpul dan peminat untuk membawa pulang barang jualan seperti baju, topi, pin dan pelbagai koleksi lain.


“Kami mengalu-alukan kedatangan semua tetamu yang terdiri daripada penduduk tempatan mahupun pelancong dalam memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan berharap ianya dapat memberi galakan dan semangat dalam kehidupan seharian mereka yang sibuk. 

Hard Rock Cafe Puteri Harbour berusaha untuk menaikkan selera dan minat anda dengan produk-produk terbaik daripada Hard Rock dalam memberikan pengalaman yang luar biasa. " ulas Pengurus Besar, Jimmy Wong.

Hard Rock Cafe Puteri Harbour

Retail Lot 2-B2, 
Residensi & Hotel Marina, 
Persiaran Tanjung, 
Pengkalan Puteri
Iskandar Puteri, 
Johor Darul Takzim 
79100 MALAYSIA
+607-276 9999

Untuk maklumat lebih lanjut, sila hantarkan pertanyaan anda melalui e-mel kepada www.hardrockcafe.com/location/puteriharbour

Untuk pembelian barangan Hard Rock Cafe, kunjungi Rock Shop secara atas talian di https://shop.hardrock.com

Dapatkan maklumat tambahan mengenai jenama Hard Rock Café di laman sesawang www.hardrockcafe.com

Mengenai Hard Rock®


Hard Rock International (HRI) merupakan salah satu syarikat yang paling terkenal di dunia yang bertempat di 68 negara yang merangkumi 239 lokasi termasuk hotel, kasino, Rock Shops®, tempat pertunjukan langsung dan kafe yang dimiliki / dilesenkan atau diuruskan. 

HRI juga melancarkan projek usaha sama bernama Hard Rock Digital pada tahun 2020, sebuah buku sukan dalam talian, buku sukan runcit dan platform permainan internet. 

Bermula dengan gitar Eric Clapton, Hard Rock memiliki koleksi memorabilia musik asli terbesar dan paling berharga di dunia dengan lebih dari 86,000 keping, dan dipamerkan di lokasinya di seluruh dunia.

Pada tahun 2021, Hard Rock International dianugerahkan ‘Top Employer in the Travel & Leisure, Gaming, and Entertainment Industry’ oleh Forbes dan juga ditetapkan sebagai ‘U.S. Best Managed Company’ oleh Deloitte Private dan The Wall Street Journal. 

Pada tahun 2020, Hard Rock mendapat penghormatan sebagai salah satu ‘Forbes Magazine’s Best Employers for Diversity and a Top Employer for Women’. Hard Rock Hotels & Casinos juga mendapat kedudukan tempat pertama dalam ‘2020 Casino Gaming Executive Satisfaction Survey’ yang dilakukan oleh Bristol Associates Inc. dan Spectrum Gaming Group. 

Selain itu, Hard Rock Hotels dinobatkan sebagai salah satu jenama hotel dengan prestasi terbaik dalam ‘J.D. Power’s North America Hotel Guest Satisfaction Study’ untuk tahun kedua berturut-turut. Destinasi Hard Rock terletak di bandar gerbang antarabangsa, termasuk dua hartanah utama yang paling berjaya di Florida yang merupakan rumah bagi Guitar Hotel® pertama di dunia yang terletak di South Florida, ‘Global Gaming’s 2020 Property of the Year’. 

Jenama ini dimiliki oleh entiti induk HRI iaitu ‘The Seminole Tribe of Florida’. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Hard Rock International, kunjungi pautan www.hardrock.com.
Tags

Catat Ulasan

3Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Mesti meriahkan kalau dah buka, kena pulak area sana memang cantik giler pemandangannya.. nanti datang Johor jomm singgah Ruby...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah. menunggu boleh merentas je ni kak. Hahaha. Sib baik Hard Rock Cafe buka Disember 2021, boleh plan. Lagi pula cuti sekolah.

      Padam
  2. Best lah orang Johor nanti ada Hard Rock Cafe kat sana dah.. leh makan-makan sambil layan band..

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !