Filem Olympic Dream Di Astro First Menghimpunkan Legenda Atlet Badminton Malaysia

Filem Olympic Dream Di Astro First Menghimpunkan Legenda Atlet Badminton Malaysia

Filem terbaru, Olympic Dream mengangkat salah satu sukan paling popular di Malaysia dan diminati oleh semua lapisan bangsa, umur dan generasi, iaitu ‘badminton’. Lebih mengujakan, filem genre drama dan sukan ini turut menyaksikan penampilan legenda badminton negara seperti Datuk Rashid Sidek, Ong Ewe Hock, Cheah Soon Kit serta bekas pemain kebangsaan, Janice Woon Khe Wei dan Vivian Hoo Kah Mun.

Mereka bukan sahaja menyerlahkan bakat lakonan, tetapi juga mempamerkan kehebatan aksi yang masih berbisa dalam sukan badminton. Selain itu, filem hasil produksi Full Billion Entertainment ini juga mempertaruhkan gandingan generasi baru dan lama sebagai teraju utama, seperti pelakon Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem & TV Ramsgate di England, Maya Karin; Pelakon Terbaik di Anugerah Golden Awards 2017, Jordan Voon; pelakon filem Hong Kong – Malaysia, adik Annabelle Tan; dan bekas pemain kebangsaan dan kini jurulatih badminton Adelle Ng.

Filem Olympic Dream Di Astro First Menghimpunkan Legenda Atlet Badminton Malaysia



Filem Olympic Dream Di Astro First Menghimpunkan Legenda Atlet Badminton Malaysia


Tajuk: Olympic Dream 我是国手
Genre: Drama & Sport
Pengarah: Don Hoe
Skrip: Jeffrey Leong
Produksi: Full Billion Entertainment
Bahasa: Bahasa Melayu & Mandarin
Durasi Filem: 99 minit
Jumlah Hari Penggambaran: 25 Hari
Lokasi Penggambaran: Penang Malaysia
Tarikh Tayangan di Astro First:  23 September 2021

BARISAN PELAKON

Maya Karin sebagai Mak Cik Fatimah
Jordan Voon sebagai Pak Cik Quan
Annabelle Tan sebagai Wong Anna (Muda)
Adelle Ng sebagai Wong Anna

PENAMPILAN ISTIMEWA

Datuk Rashid Sidek sebagai Datuk Rashid Sidek
Cheah Soon Kit sebagai Coach Cheah
Ong Ewe Hock sebagai Coach Ong
Janice Woon Khe Wei sebagai Janice Woon Khe Wei
Vivian Hoo Kah Mun sebagai Vivian Hoo Kah Mun
Jean Tan sebagai Siu Man
John Tan sebagai Ho Hao Yu
Jeffrey Leong sebagaiSbg Cikgu Goh
Chai Zi sebagai Pak Cik Quan (Muda)

OST Filem Olympic Dream

“Olympic Dream”
Penyanyi: Maya Karin & Geraldine Gan
Lirik: Don Hoe
Composer: Don Hoe
Music Arrangment: Stanley Fam

“Aku Cinta Padamu”
Penyanyi: Jordan Voon & Don Hoe
Lirik: Don Hoe
Composer: Don Hoe
Music Arrangment: Stanley Fam

23 September Di Astro First




Filem tersebut bakal menemui penonton Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 bermula 23 September ini. Menarik, Olympic Dream bukan sahaja memberi tumpuan kepada sukan badminton tetapi dipadatkan lagi dengan konflik dan babak dramatik yang mengajak penonton untuk menghayati perjuangan seseorang dalam usaha mencapai impian, di samping babak-babak mendebarkan ibarat menonton perlawanan sebenar.

Di samping itu, karya ini turut menonjolkan keharmonian masyarakat antara kaum serta budaya, seperti contoh penyokong di kawasan kejiranan yang terdiri pelbagai bangsa saling membantu antara satu sama lain, makanan tradisi kuih muih, dan taraf hidup masyarakat yang berbeza. Olympic Dream diarahkan oleh pengarah Don Hoe dan idea asal Olympic Dream ini juga adalah daripada sutradara berbakat besar itu sendiri.


Penerbit dan Pengarah Filem Olympic Dream, Don Hoe berkata, “Badminton adalah salah satu sukan popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Secara peribadi, saya membesar dengan menyaksikan kejayaan-kejayaan atlet-atlet Malaysia antaranya di Kejohanan Piala Thomas dan itu mendorong semangat dan nilai perpaduan dalam diri. Sukan ini telah merapatkan hubungan saya bersama rakan dan jiran tetangga yang berbeza latar usia, bangsa, kaya atau miskin untuk sama-sama menyokong pasukan Malaysia.

Jadi, saya mengambil elemen sukan tersebut dan ketengahkan menerusi filem. Saya dengan rasa rendah hati berharap filem ini mampu menyuntik rasa bangga dalam diri kita sebagai rakyat Malaysia dengan pencapaian dan kegemilangan yang telah dicipta oleh barisan atlet negara. Saya juga mengharapkan ia dapat memberi inspirasi kepada semua, tidak kira rakyat Malaysia atau masyarakat dari negara luar untuk sentiasa berusaha dalam mencapai impian sehingga memperoleh kemenangan.”

Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad turut berkata, “Rentetan daripada sambutan Hari Malaysia minggu lalu, pihak kami membawakan sebuah filem yang penuh dengan nilai dan semangat cintakan tanah air menerusi Olympic Dream. Filem ini bukan sahaja memaparkan elemen sukan semata-mata, tetapi memupuk semangat patriotik dan menghargai ‘perjuangan’ individu dalam menjulang nama negara di mata dunia. 

Selain itu, kehadiran filem ini juga adalah bagi meraikan atlet-atlet negara yang telah mengharumkan nama Malaysia selama ini. Kami berharap usaha mempersembahkan filem ini kepada masyarakat mampu memacu pembangunan sukan di Malaysia, khususnya badminton yang merupakan salah satu sukan yang menyatukan rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang.”

Sinopsis Filem Olympic Dream


Olympic Dream mengisahkan tentang kecekalan seorang anak muda, Wong Anna yang menanam impian sejak kecil dan bercita-cita untuk menjadi pemain badminton kebangsaan. Walaupun Anna mengalami masalah kesihatan, itu tidak mematahkan impiannya. 

Ketika di sekolah, Anna ternampak kehebatan Pak Cik Quan yang juga merupakan bekas pemain badminton dalam mengendalikan bola tangkis. Sejak itu, Anna sentiasa berlatih dengan Pak Cik Quan sehingga berjaya memenangi pertandingan badminton. Bakat Anna telah dilihat oleh jurulatih Cheah dan itu membuka laluan Anna untuk menjadi pemain kebangsaan.

Apabila meningkat dewasa, Anna berjaya menjadi salah seorang pemain terbaik kebangsaan. Namun, pasangan beregunya, Xiu Man telah cedera parah dan Anna terpaksa bertukar pasangan beregu baru, Hao Yu. Anna dan Hao Yu berusaha keras untuk mengatasi semua kesukaran. Mereka membawa impian dan harapan 32.38 juta orang Malaysia untuk melangkah ke temasya Olimpik. Tetapi berjayakah Anna dan pasangannya mengharumkan nama Malaysia dan membawa pulang pingat emas Olimpik.


Filem Olympic Dream Di Astro First Menghimpunkan Legenda Atlet Badminton MalaysiaFilem Olympic Dream Di Astro First Menghimpunkan Legenda Atlet Badminton MalaysiaFilem Olympic Dream Di Astro First Menghimpunkan Legenda Atlet Badminton MalaysiaFilem Olympic Dream Di Astro First Menghimpunkan Legenda Atlet Badminton Malaysia


Penampilan Istimewa Datuk Rashid Sidek


Filem Olympic Dream Di Astro First Menghimpunkan Legenda Atlet Badminton Malaysia


Pengiktirafan Antarabangsa


Filem Olympic Dream turut menerima pengiktirafan di festival filem antarabangsa, antaranya, Filem Asia Terbaik di Festival Filem New York City IO 2021; Anugerah Khas Juri di Festival Filem Chambal International 2019; Anugerah Kepujian dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem & TV Ramsgate.

Jangan lupa untuk saksikan filem tentang sukan badminton, Olympic Dream yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 23 September 2021. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.

Catat Ulasan

0 Ulasan