Terus Aktif Bersama Nu-Prep!

Terus Aktif Bersama Nu-Prep!

Terus Aktif Bersama Nu-Prep! | Assalammualaikum semua! Pada 28 Ogos 2021 semalam, Ruby telah menonton FB LIVE di akaun facebook Nu-Prep. Topiknya adalah "Senior #TERUSAKTIF Berpandukan Sains". Di dalam sesi Digital Forum tersebut dihoskan oleh Fahrin Ahmad, selebriti popular tanah air, telah disertai oleh panel-panel yang terdiri daripada pakar kajian isu penuaan antaranya Professor Madya Dr. Noorlaili, Pakar Perubatan Keluarga Fakulti Perubatan & Felo H-Care, Dr. Norman Norawi, Pakar Gaya Hidup Sihat dan Pemakanan serta Esma Daniel, pelakon terkenal tanah air yang membuat perkongsian tentang pengalaman beliau mengamalkan kehidupan yang terus aktif di usia yang telahpun mencecah 50 tahun.

Terus Aktif Bersama Nu-Prep!


Sering kali Ruby lihat, apabila seseorang meningkat usia, mereka masih berasa keadaan fizikal mereka masih sama seperti waktu muda dahulu. Ada yang masih belum sedar keadaan semasa. "Midlife Crisis" atau krisis pertengahan umur adalah peralihan identiti dan keyakinan diri yang boleh berlaku pada individu pertengahan umur.  Mungkin bagi para wanita, kita akan mula sedar usia meningkat apabila kulit wajah mula menunjukkan tanda garis halus. Manakala bagi para lelaki, mungkin akan mula sedar usia meningkat apabila penampakan beberapa helai uban di rambut.

Terus Aktif Bersama Nu-Prep!

Prof Madya Dr Noolaili Mohd Tohir Bimbang Statistik Warga Senior Masyarakat Malaysia 

Seawal usia 30-an, hormon kita semakin berkurang. Keadaan pandemik COVID-19 yang sedang membimbangkan membuatkan ramai membeli suplimen jenis Vitamin C sahaja sedangkan kita perlu penjagaan kesihatan menyeluruh. Di Malaysia, walaupun kita mempunyai kepelbagaian makanan, tetapi kita juga tergolong dalam kes kekurangan nutrisi iaitu 
Kurang Zat Makanan (KZM) dikalangan warga senior. Ini kerana, 
  1. Warga senior bergantung kepada ehsan anak-anak untuk menjaga mereka. 40% dari warga senior berisiko mengalami masalah pemakanan disebabkan anak-anak yang menyediakan keperluan mereka. 
    Anak bukan sahaja perlu menyediakan suplemen, pemantauan pemakanan yang sihat dan turut sertai amalkan gaya hidup sihat juga perlu. 
  2. Warga senior B40, tiada sumber pendapatan tetap setelah pencen. 
  3. Ada yang masih menanggung anak dan cucu. Ancaman besar sekiranya tidak menangani dengan betul. 
  4. Situasi keluarga besar ketika waktu makan, nenek dan atuk akan makan perlahan-lahan, mereka ingin mendahulukan semua hidangan makanan kepada anak dan cucu.
Sedih pula Ruby apabila mengetahui situasi para warga senior di Malaysia. Mereka sangat pendiam untuk memaklumkan jika ada apa-apa masalah. Kita sering dengar para belia merungut kekurangan itu ini. Sedangkan kita masih mempunyai tenaga dan sihat tubuh badan untuk melakukan sesuatu bagimenjana pendapatan. Astaghfirullahalazaim.

Prof juga menyarankan agar warga senior #TerusAktif untuk kekal sihat dan boleh melakukan apa yang disukai bersesuaian dengan keadaan usia dan kesihatan.
  • Lakukan aktiviti senaman kardio fizikal sekurang-kurangnya 30 minit sehari atau lengkapkan 150 minit seminggu. 
  • Sekiranya ada masalah jantung, buah pinggang, kencing manis, anda boleh merujuk doktor untuk saranan senaman yang bersesuaian. Limitasi, kemampuan, kesusaian diri.
  • Lakukan pemeriksaan kesihatan berkala.
  • Tidur yang mencukupi,  6-8 jam. 
  • Pemakanan seimbang.
  • Minum air 2 liter sehari.
  • Perkembangan otak juga penting, mulakan berperingkat. Tidak mengapa jika kita seperti kanak-kanak tadika baru mula bermain game puzzle, sudoku. 
  • Membaca buku atau Al-Quran.
  • Mula berjalan-jalan. 
  • Set minda bahawa aku sudah berusia, bukan muda lagi. Aku berhak bahagia dengan cara tersendiri.
  • Kombinasi pemakanan, senaman dan kawalan stress yang bagus akan membuatkan anda menghargai kehidupan.

Terus Aktif Bersama Nu-Prep!

Dr Norman Norawi Mahu Masyarakat Amalkan Pemakanan Seimbang


Hormon Testosteron dan gaya hidup sihat sangat penting untuk mendapatkan waktu usia emas kita lebih bermanfaat. Pergerakan, keseimbangan badan, pergerakan sendi perlu dilakukan supaya otot tidak keras kematu.  

  • Lakukan apa-apa aktiviti, jangan terlalu banyak duduk. 
  • Sapu rumah, jalan keliling rumah, berkebun. 
  • Kalau sakit lutut, jangan berjogging.
  • Mengayuh basikal statik di dalam rumah pun boleh.
  • Tidak semestinya, apabila ingin bersukan, anda perlu ke pusat gym.
  • Pemakanan seimbang adalah wajib, tidak faham berkenaan kalori, tidak mengapa. Asalkan ambil makanan kaya antioxidant. 
  • Aktiviti harian juga termasuk dalam senaman dan kecergasan. Kenali keadaan diri anda.
  • Kesan suplemen bergantung kepada individu. Amalkan gaya hidup sihat serta suplemen pasti memberi kesan positif.


Terus Aktif Bersama Nu-Prep!

Esma Daniel Menyarankan Kita Harus Sedar Kebolehan Diri


Pandemik COVID-19 membuatkan banyak masa kita di rumah. Kurang pergerakan, tambahan warga senior pada masa kini tidak berpeluang untuk ke Surau dan Masjid untuk beramal ibadat. Kebiasaannya, inilah waktu buat mereka melakukan senaman ringkas dengan berjalan kaki atau kayuh basikal ke surau atau masjid berdekatan. Kita perlu sedar segera bahawa kita berada di dalam norma baharu. Banyak cara boleh kita lakukan untuk #TerusAktif. 

Apabila ada yang menegur berat badan naik, perut buncit. Kita perlu berfikiran positif dan menganggap ia satu anjakan paradigma untuk kita melakukan senaman. PKP banyak beri tekanan, stress sebab banyak perkara normal kita lakukan secara harian tidak dapat dilaksanakan seperti biasa. Sekurang-kurangnya, dengan senaman, ia dapat membantu mengeluarkan peluh. Meningkatkan adrenalin. Tekanan darah tinggi juga akan menjadi lebih stabil.

Motivasi perlu ada, kita perlu tahu keupayaan badan. Jangan buat senaman seperti orang muda, kenali diri anda. Setelah mengetahui kebolehan diri anda. Anda boleh join kelompok senaman yang bersesuaian. Amalkan secara konsisten mengikut langkah anda. Bersosial dengan golongan yang bersesuaian. 

Sokongan dari keluarga juga penting. Apabila anda kekal sihat dan aktif, ia meningkatkan oksigen optimum dalam darah. Amalkan makanan antioxidant. Sedar kemampuan diri, langkah pelari juga berbeza dengan anda. Jangan terikut-ikut cara orang lain. Kalau denyutan jantung melebihi kemampuan. Ia boleh membahayakan diri. Statistik risiko kematian secara mengejut selepas aktiviti fizikal sangat banyak.

Aktiviti Virtual Run boleh membantu anda untuk sertai larian dengan cara anda. Lakukan pada bila-bila masa mengikut masa yang telah ditetapkan. Selesaikan perlahan-lahan dan jejak langkah anda melalui jam kesihatan atau semudah menggunakan telefon pintar sedia ada. Berlari di dalam rumah menggunakan threadmill juga boleh. 

"Apabila sihat, automatik Handsome!"- Esma Daniel



Terus Aktif Bersama Nu-Prep!

Digital Forum Di Facebook LIVE "Senior #TERUSAKTIF Berpandukan Sains".

Pada mulanya, Ruby agak skeptikal, mesti bosan lah digital forum ini. Tetapi sangkaan Ruby meleset. Sebab hos dan para panel santai-santai berkongsi informasi dan pengalaman. Menjadi tarikan apabila topik ini bertepatan dengan situasi yang sedang berlaku dikalangan masyarakat Malaysia. Semoga program begini diteruskan secara mingguan, agar memberi peluang warga senior, anak-anak untuk ambil tahu situasi semasa. Dalam masa yang sama, kita dapat membantu mengubah persepsi dalam beberapa perkara. 

Lagi pula kandungan ilmiah begini sangat berkurangan pada waktu ini. Mungkin stesen televisyen hampir lupa untuk memperbanyakkan rancangan sebegini ketika pandemik COVID-19. Kita dilambakkan dengan rancangan hiburan, drama bersiri dan filem. Maka, di sinilah Nu-Prep memainkan peranan. Terima kasih Nu-Prep. 

Ruby berasa terkesan dengan statistik Kurang Zat Makan (KZM) dikalangan warga senior yang dimaklumkan oleh Prof. Mereka adalah senior yang penuh dengan pengalaman. Seharusnya, giliran kita yang muda membantu mereka setelah semua pengorbanan yang telah mereka lakukan sepanjang bersama kita. 

Sepanjang sesi, Ruby ada ambil beberapa tips yang amat bermanfaat untuk kita semua. #TerusAktif bukan tertakluk kepada misi ingin kurus atau misi ingin menjayakan sesuatu program. Ia lebih kepada konsisten dan fokus untuk meneruskan gaya hidup sihat sepanjang usia. Iya sepanjang masa! Ramai di antara kita yang mudah berpuas hati. Apabila sihat sedikit, berhenti menjaga kesihatan. 

Apabila sudah turun berat badan, berhenti menjaga pemakanan seimbang. Apabila sudah berusia, selalu berfikir ia adalah waktu untuk tidak berbuat apa-apa. Pada hakikatnya, selagi hayat dikandung badan. Selagi Allah s.w.t memberi usia panjang. Kita perlu #TerusAktif. Terus aktif dan manfaatkan kehidupan.

Tahukah anda, Penyakit Kronik di kalangan Warga Senior mungkin bertambah menjelang 2030? Malaysia kini sedang menuju ke arah ‘Ageing Nation’ kerana populasi warga senior di Malaysia dianggarkan akan bertambah sebanyak 15% menjelang tahun 2030, sekaligus akan meningkatkan jumlah mereka yang berpenyakit kronik seperti sakit jantung, kencing manis & darah tinggi. Fakta ini telah dikongsi ketika berlangsungnya digital forum yang dibawakan oleh Nu-Prep, sebuah jenama suplemen dibawah Biotropics Malaysia Berhad (BMB) bersempena dengan Hari Warga Emas Sedunia yang disambut pada 21 Ogos yang lepas.

Terus Aktif Bersama Nu-Prep!

Bersempena dengan Hari Warga Emas Sedunia juga, Nu-Prep telah mengambil inisiatif untuk melancarkan kempen #TerusAktif dengan hasrat untuk menggalakan warga senior di Malaysia untuk terus aktif dan cergas di usia emas. Forum Digital bertajuk "Senior #TerusAktif Berpandukan Sains" ini membincangkan tentang isu-isu yang sering dialami oleh senior di Malaysia, punca masalah yang dialami dan juga bagaimana kita boleh menyelesaikan atau mengurangkan risiko masalah tersebut.

Persepsi Tentang Tongkat Ali Yang Perlu Diubah Oleh Masyarakat Malaysia

Kebiasaannya, apabila bercerita tentang Tongkat Ali, pasti ia berkenaan faktor kesuburan kaum lelaki dan seksual. Sebenarnya banyak manfaat Tongkat Ali yang tidak diketahui umum. Ia boleh diamalkan oleh mereka yang belum berkahwin juga. Walaupun anda bujang, bukan bermakna hormon sensual anda meningkat tiba-tiba. Ia akan memberi tenaga untuk anda lakukan rutin dengan lebih cergas. Malah, wanita juga boleh mengamalkan Tongkat Ali. Fahami isi kandungan dan dos yang dibenarkan. Nak lagi mudah? Amalkan Nu-Prep sahaja!


Tongkat Ali adalah herba penjagaan kesihatan untuk semua. Eurycoma longifolia, biasanya dipanggil sebagai tongkat ali atau pasak bumi adalah tanaman berbunga dalam keluarga Simaroubaceae. Ia berasal dari Indochina (Malaysia, Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand dan Vietnam) dan Indonesia (pulau-pulau Borneo dan Sumatera), juga terdapat di Filipina. Tanaman ini bersaiz sederhana yang tingginya mencapai 10 m (33 kaki), dan sering tidak bercabang. Akar tanaman telah digunakan dalam perubatan masyarakat di rantau Asia Tenggara, dan pada zaman moden ini biasa digunakan sebagai suplemen tambahan.

Tongkat Ali dikenali sebagai Malaysian Ginseng oleh seluruh dunia. Kita sepatutnya bersyukur bumi Malaysia mempunyai ginseng khas untuk kita amalkan. Ruby selalu percaya bahawa, tidak akan ada tumbuhan tumbuh jika tidak bersesuaian dengan faktor cuaca dan iklim. Tongkat Ali untuk Rakyat Malaysia. 

Manfaat Nu-Prep Kepada Kesihatan


Tahukah anda, seawal usia 25 tahun anda boleh mula mengamalkan suplemen Nu-Prep? Dos berbeza diantara lelaki dan wanita. Dos yang disarankan berdasarkan dari kajian klinikal. Tongkat Ali memberi manfaat kepada kesihatan dalaman, meningkatkan stamina dan mengurangkan stress.

Terus Aktif Bersama Nu-Prep!


Perbezaan suplemen di luar terlalu banyak. Fahami isi kandungan, pastikan ketulenannya dan telah melalui proses kajian klinikal. Ambil suplimen, lebihkan masa rehat dan amalkan gaya hidup sihat. Jangan putus asa. Teruskan bersemangat. Sentiasa berfikiran positif. Terus Aktif. Okay?


Nu-Prep Ada Physta®



Nu-Prep mempunyai pelbagai rangkaian produk seperti Nu-Prep Lelaki dan Nu-Prep Wanita yang membantu untuk mengekal dan menambah tenaga di dalam badan. Selain mencapai objektif yang sedia ada, kempen oleh Nu-Prep ini juga berhasrat untuk memberi kesedaran kepada warga senior di Malaysia untuk melakukan pengesanan awal bagi mengelakkan penyakit-penyakit yang kerap dialami di usia emas. 

Nu-Prep LELAKI adalah suplemen kesihatan lelaki yang diformulasikan dengan ekstrak akar Tongkat Ali premium (Physta®), ekstrak Tongkat Ali yang larut dalam air tulen di rumah. Setiap kapsul mengandungi bahan aktif standard yang berkesan, terbukti melalui 14 kajian klinikal dan kajian keselamatan, memastikan anda mendapat yang terbaik dengan penggunaan yang berkesan. Physta® dihasilkan melalui pengekstrakan air dan teknologi kering beku AS dan Eropah yang dipatenkan untuk memastikan komponen aktif biologi nilai terapi Tongkat Ali dikekalkan dan dipelihara.

Semua ekstrak asli Eurycoma Longifolia secara klinikal terbukti dapat Meningkatkan Tenaga, Vitaliti & Sistem Imun untuk Lelaki & Wanita.

(Paten US: US 1,132,117 B2, Paten Eropah: EP 1,313,491 B1, Jepun JP, 5607013, B dan Malaysia MY-134867-A).


Terus Aktif Bersama Nu-Prep!

Terus Aktif Bersama Nu-Prep!


Dapatkan Nu-Prep Di Farmasi Dan Laman E-Dagang.



Sejajar dengan keadaan semasa, pembelian produk Nu-Prep amat mudah untuk didapati. Anda boleh dapatkan di farmasi Guardian, Watsons dan Caring atau dengan lebih mudah berbelanja dalam talian di laman e-dagang Biotropics Malaysia, Shopee dan Lazada.

Terus Aktif Bersama Nu-Prep!






Mengenai Biotropics Malaysia Berhad



Biotropics Malaysia Berhad (Biotropics) ditubuhkan pada Februari 2007 untuk mengembangkan dan mengkomersialkan sumber daya bio Malaysia menjadi produk kesihatan semula jadi yang unggul. Di Biotropics, kami didorong oleh falsafah kami untuk mengubah pendekatan tradisional semalam untuk kesihatan dan kesejahteraan, menjadi penyelesaian kesihatan inovatif esok dengan mengesahkan tradisi yang diselaraskan melalui sains moden. Produk Biotropics merangkumi ekstrak standard proprietari, suplemen makanan semula jadi, ramuan untuk nutraseutikal, makanan berfungsi dan aplikasi kosmetik, dan terus mengembangkan ubat-ubatan herba dan ubat-ubatan botani.

Terus Aktif Bersama Nu-Prep!

  • Biotropics Malaysia Berhad telah dipilih sebagai salah satu daripada enam syarikat teladan yang berjaya mengkomersialkan penyelidikan, dalam Pelan Produktiviti Malaysia 2017-2020 oleh Unit Perancang Ekonomi.

  • Biotropics Malaysia Berhad telah dilantik sebagai Penasihat Tongkat Ali rasmi dalam Program Adopt-Herb yang dilancarkan oleh Majlis Botani Amerika dan pihak berkuasa antarabangsa terkemuka dalam produk herba dan semula jadi.

  • BIOKESUM yang merupakan ekstrak Kesum standard telah dianugerahkan pingat Gangsa untuk Produk F&B Paling Inovatif di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2017 kerana ingatan, peningkatan imun dan kesan anti-radang.

  • Ekstrak Physta® Tongkat Ali telah dianugerahkan Kisah Kejayaan Industri dalam kategori Penuaan Sihat di Vitafoods Europe Conference 2016.

  • Kisah Kejayaan Syarikat dipilih kerana inovasi dan penyelidikan berkualiti tinggi dalam berjaya membawa produk atau ramuan melalui kitaran pengeluaran penuh dari percubaan klinikal ke pasaran. Pemilihannya dilakukan oleh Lembaga Penasihat Eksekutif Persidangan Vitafoods Europe yang terdiri daripada ahli dari industri terkemuka dan ahli akademik yang disegani, melalui proses Vitafoods Call-for-Papers yang kompetitif.

  • Nu-Prep Tongkat Ali telah dianugerahkan sebagai produk paling popular dalam kategori Kesihatan Lelaki di Farmasi Guardian pada tahun 2014.



Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Haaa akak ingat lagi muka Nu Prep dulu ni Aaron Aziz. Memang la kita nak kena jaga kesihatan. Nak nak zaman pandemik ni. Selain daripada tu nak kena bersenam juga. Haa bab bersenam tu akak tak konsisten. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha. Tp bersenam cara usia kita sah tak sama macam muda dulu. Ligat zumba dan larian. Sekarang saya bleh yoga dan kardio beberapa set. Itu pun buat perlahan-lahan. Risau tergeliat je nanti. Hahaha.

      Padam
  2. Bagus kan ada program macam ni boleh bagi pendedahan kepada warga emas tentang kepentingan makanan tambahan macam nu-prep. And hopefully ramai ubah pemikiran tentang khasiat tongkat ali kan.

    BalasPadam
  3. It is good to have supplement to complement what we have for our diets more so for senior citizens. Thanks for sharing.

    BalasPadam
  4. menarik pula challenge tu.. nak try la.. makan ikut keperluan umur. Penting sebenarnya amik berat ttg kesihatan pd waktu skrg

    BalasPadam
  5. Kita baru tau gak sebenarnya Tongkat Ali perempuan pun boleh makan, bagus Nu-Prep, selain menjual produk kesihatan, mereka juga banyak beri tips dan penjagaan kesihatan bagi mereka yang dah berusia.. kalau tak ramai tau makan ubat je tanpa senaman..

    BalasPadam
  6. oooh baru tau yang NU Prep ni untuk perempuan pun ad. ingatkan lelaki je dulu sebab aaron aziz kot salu promote tu yang ingat brand ni . serius tak tau ada untuk perempuan. new info ni! hahaha

    BalasPadam
  7. Yes. Kita kena ubah minda yang Tongkat Ali nie untuk ehem-ehem je. Banyak manfaat kesihatan, especially yang berusia macam Rawlins nie.

    BalasPadam
  8. Baru tahu perempuan pon boleh amalkan tongkat ali ni. Pernah nampak kat drugstore jenama ni

    BalasPadam
  9. nice sharing, baru tahu kebaikan nu prep ni dan juga penting bersenam mengikut keupayaan diri dan umur kita.

    BalasPadam
  10. Interesting topic and great product kan.. aduiii, Nell tak fulfill criteria at my age la, lagi2 stay kat rumah seriously jarang exercise, berdansa dengan mop pun less than 10 minutes a day... nak amalkan 28 days challenge tue la... cara permakanan, etc.

    BalasPadam
  11. Thanks so much for sharing about this good program & awareness of this heqalth supplements branding. Gonna check out for myself & my mama since she is not well lately. Sigh...Cheers, siennylovesdrawing

    BalasPadam
  12. Bagus juga kuta amalkan makanan tambahan seperti NU Prep, kak mmg amik berat tentang kesihatan dan makanan

    BalasPadam

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.