Minuman Baharu ecoBrown’s PLUS Series Brown Rice Drink

Minuman Baharu ecoBrown’s PLUS Series Brown Rice Drink

Minuman Baharu ecoBrown’s PLUS Series Brown Rice Drink

Minuman Baharu ecoBrown’s PLUS Series Brown Rice Drink. | Assalammualaikum semua! Pada musim pandemik COVID-19 begini, duduk di rumah tidak akan bosan apabila ada minuman sedap. Bila-bila masa boleh bancuh dan terus dihidangkan. Ruby pun sentiasa menyediakan stok minuman segera. Kadang-kadang teringin minuman coklat, esok nak kopi pula. Hehehe. ecoBrown’s memperkenalkan PLUS Series Brown Rice Drink, cara baru untuk kehidupan yang lebih sihat. Minuman bijirin yang pertama seumpamanya, diperbuat dengan kebaikan beras perang, merah dan hitam untuk kesihatan yang sempurna! #BeWholeWithecoBrowns

Minuman Baharu ecoBrown’s PLUS Series Brown Rice Drink

ecoBrown’s baru-baru ini telah melancarkan satu rangkaian produknya yang terbaru iaitu ecoBrown’s PLUS Series Brown Rice Drink yang didatangkan dalam tiga varian perisa enak, Cereal PLUS (Original), Cocoa PLUS & Coffee PLUS. Minuman bijirin yang pertama seumpamanya di Malaysia ini padat dengan kebaikan beras perang, merah dan hitam yang tidak digilap, membawakan hanya yang terbaik daripada ladang kepada semua keluarga di seluruh Malaysia!

Memandangkan semakin ramai rakyat Malaysia mula mengamalkan diet yang lebih sihat bagi menjalani kehidupan yang lebih seimbang dan menyeluruh, ecoBrown's PLUS Series Brown Rice Drink telah dicipta bagi menggalakkan dan memberi inspirasi kepada mereka untuk meneruskan gaya hidup ini dengan mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan menyeluruh.

Atas sebab itu dan sempena dengan pelancaran rangkaian produk terbaru ini, ecoBrown’s PLUS turut melancarkan kempen #BeWholeWithecoBrowns bagi memperjuangkan gaya hidup sihat dan seimbang.

“Sememangnya agak sukar untuk cuba menjalani gaya hidup aktif sambil menguruskan kerjaya dan mengekalkan hubungan yang berkualiti. Itulah sebabnya kenapa kami mencipta ecoBrown’s PLUS Series Brown Rice Drink, dengan mengutamakan tiga teras utama untuk sebuah kehidupan yang sihat sempurna iaitu keluarga, perhubungan dan gaya hidup aktif. Selain daripada itu, dengan kemudahan dan faedah khasiat ecoBrown’s PLUS Series Brown Rice Drink, kita semakin hampir ke arah mencapai kehidupan seimbang yang kita idamkan, pada bila-bila masa tidak kira di mana sahaja,” Pengurus Besar Serba Wangi, Zishi Low.

Minuman Baharu ecoBrown’s PLUS Series Brown Rice Drink


ecoBrown’s PLUS Series Brown Rice Drink menggabungkan campuran beras perang, merah dan hitam yang berkualiti tinggi, tidak digilap dengan keunikan rasanya yang asli dan halus. Ia adalah sumber Vitamin B1, B2, B3 dan B6 terbaik dan tidak mengandungi lemak trans, membolehkan rakyat menikmati minuman enak lagi sihat tanpa rasa bersalah. Padat dengan vitamin dan mineral, ecoBrown’s PLUS Series Brown Rice Drink sememangnya satu alternatif yang lebih mudah, sihat dan enak, menjadikannya pilihan minuman yang lebih baik untuk diri anda dan keluarga anda.

ecoBrown’s PLUS Series Brown Rice Drink yang serba baru ini boleh didapati di semua pasar raya utama dan kedai serbaneka di seluruh negara pada harga runcit yang disyorkan RM13.50 atau beli di shop.ecobrown.com untuk menikmati diskaun eksklusif 20% apabila menggunakan kod promosi ECOPLUS20. ecoBrown’s PLUS Series juga boleh didapati di Shopee dan Lazada. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai PLUS Series Brown Rice Drink, sila ikuti ecoBrown’s di Facebook dan Instagram.

Catat Ulasan

0 Ulasan